Wednesday, March 21, 2018

Mati itu pasti ,Hidup ini InsyaAllah,. Apa perancangan kita?

Pernah tak terfikir pagi ni pergi kerja dan hantar anak-anak ke sekolah adalah pagi terakhir kita jumpa anak-anak kita. Dan kita telah pergi bertemu ilahi pada waktu kerja tersebut.

Dalam keadaan ini..pernah tak korang terfikir apa kah bekalan dan tinggalan serta harta yg dah kita tinggalkan buat anak-anak kita? Adakah tinggalkan hutang ptptn yang belum dibayar serta hutang ah long yg banyak?apa perancangan kita untuk mereka yang bakal ditinggalkan?

Ataupun dah prepare simpanan dan duit pengajian serta perbelanjaan untuk mereka sehingga mereka telah dewasa dan telah dapat berdikari dalam kehidupan mereka?

Diam dan terpaku sekatika bila mengingatkan situasi ini.. Memang mati itu pasti ....
hidup itu insyaAllah.

Dan kerana itulah Allah mengingatkan kita agar bekerjalah kita seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kita umpama sebentar lagi akan mati..

Takut bila mengingatkan ini...takut untuk membayangkan situasi anak-anak saat kita tinggalkan mereka...huhuhu...😭😭😭😭

Jadi apa kah cara yang kita dah buat..?Apakah perancangan kita?
Bekerja bersungguh-sungguh dan membuat simpanan untuk mereka serta cari harta untuk kita tinggalkan pada mereka tanpa mengenepikan ajaran islam sebagai panduan untuk mereka?

Ya ..sememang nya itulah jawapan yang akan diberikan oleh setiap dari kita, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Dan tak terkecuali kak enan juga.

Sebab itulah kak enan walaupun dah bekerja tetap ,masih juga buat part time dengan bisnes shaklee. Tak kiralah apa pun yg kawan-kawan buat ..ia pasti untuk menambah income dan simpanan pada masa depan kan?


Nyata segala usaha kita dan ikhtiar kita ini tidak sia-sia jika buat dengan jujur serta ikhlas..insyaAllah... Berniaga dengan jujur tanpa melanggar aturan bisnes dan tiada tipu helah untuk keuntungan lebih .insyaAllah..apa yang bakal kita kita tinggalkan untuk anak-anak nanti akan membawa keberkatan dan berkat untuk anak-anak kita.aminnn

Dan pada kawan-kawan diluar sana...supportlah bisnes kawan-kawan kita yang berbisnes untuk survive kehidupannya..tak semestinya dengan membeli malah doa juga adalah cara kita support kawan-kawan...tapi jangan sesekali kita tindas dalam senyap dan tikam dr belakang kawan-kawan yg berbisnes untuk survive hidup ni..sebab doa mereka lebih makbul jika benar teraniaya oleh berbuatan  yang menzalimi mereka.

Alamak jauhlah sembangnya...papepun hidup perlu survive untuk kehidupan yang lebih baik. Tahu tak rm10 keuntungan bg mereka yang berbisnes umpama rm100 bagi mereka yang ada duit. Sebabnya mungkin rm10 itu adalah untuk diaorang survive kehidupan seminggu dengan tepung sekilo ,beras sekilo dan telur 10 biji.

Pernah tak kita terfikir sebegitu?
Moga semua ini memberi impak yang lebih positif untuk kita semua aminn..

Oh ye ..kak enan jual vitamin shaklee ..nak dapatkan vitamin dan konsultasi terbaik bolehla pm kak enan okey...😍😍😍😍COD seluruh negeri perlis dan kdikawasan yang berhampiran dengan kak enan.



No comments: