Dengkur semasa
tidur? Memang sangat menganggu . Kalau anda atau pasangan anda adalah salah
seorang yang berdengkur ketika tidur, anda perlu tahu apa punca yang
menyebabkan anda berdengkur dengan kuat
semasa tidur..
APA ITU DENGKUR?
Berdengkur
adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran
pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada
aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung
seseorang.
Bunyi itu
dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan
bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan
biasanya tidak membahayakan.
Rujukan
; http://www.myhealth.gov.my/berdengkur/
MITOS DENGKUR
Orang tua-tua
kata dengkur ini berpunca sebab kerja penat , terlalu letih dan stress . Ia
juga boleh jadi salah posisi ketika tidur yang menyebabkan bunyi dengkuran
semasa tidur.
Dengkur bukan
terjadi ketika tidur malam sahaja malah ia juga boleh berlaku saat tidur di
siang hari.
Namun hakikatnya
dengkur terjadi kerana beberapa punca bukan hanya kerana penat bekerja. Ia
mungkin di sebabkan beberapa punca berikut.
PUNCA DENGKUR
- · Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
- · Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
- · Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
- · Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Jangan dibiarkan
masalah dengkur ini begitu saja. Ini kerana menurut pakar Telinga, Hidung dan
Tekak masalsah berdengkur ini adalah sejenis gejala dan jika ia semakin teruk
ia boleh membawa kepada masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu dimana
laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.
Jadi lebih baik
mencegah sebelum ia menjadi semakin parah.
Dengkur boleh dicegah jika ia bukanlah
didiognosis kepada masalah yang berat Seperti SLEEP APNEA. Jadi bertemu dengan doktor
dahulu untuk mengetahui tahap dengkuran anda. Jika telah mendapat nasihat dari doktor
dan dikategorikan sebagai dengkuran biasa anda boleh mencuba beberapa kaedah
ini ;
- · Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- · Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- · Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- · Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- · Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- · Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
CARA ATASI DENGKUR DENGAN VITAMIN SHAKLEE.
Anda juga boleh
cuba atasi masalah dengkuran anda dengan set cadangan vitamin ini.
• Vitamin E mempunyai antioksidan
selain membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia berfungsi
melancarkan pernafasan anda ketika tidur dan ini sekaligus amat sesuai bagi
mereka yang berdengkur. Vitamin E berfungsi membekalkan hemoglobin dalam sel
darah merah bagi membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih baik.
• Omega Guard juga membantu
melancarkan pernafasan dan salur darah yang sempit. Ia merupakan vitamin yang
anti inflamasi yang bantu kurangkan masalah dengkuran.
• Lecithin merupakan pemecah lemak
yang mana mampu membantu menurunkan berat badan berlebihan yg juga merupakan
salah satu penyebab berdengkur.
• B Complex juga boleh membantu anda
mengatasi masalah dengkur akibat stress.
Anda juga boleh
hubungi kak enan untuk dapatkan info lanjut seperti yang tertera ;
Hartini
zulaikha
Call/sms/whats
up : 01120757343
Fb
Page : Dunia Vitamin Tini
Jadilah pengguna yang bijak
iaitu dengan menyertai kami dishaklee. Anda akan perolehi penjimatan dari 5%
sehingga 25 %.. hubungi kak enan ye. Kak enan juga boleh COD
VITAMIN SHAKLEE DISELURUH KAWASAN NEGERI PERLIS DAN KONSULT ANDA
SECARA PERCUMA.
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk
membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment