Sunday, August 7, 2016

Tip untuk ibu hamil muda

Assalamualaikum... apa khabar semua?
Moga sihat hendak nya kalian semua ye..

Hari ni nak berkongsi tentang tip untuk ibu-ibu muda yg baru disahkan hamil. Memang tak dinafikan memang banyak yang risau akan kesihatan janin di awal kehamilan ni kan..

Meh saya nak kongsi serba sedikit tips.

1. Di awal kehamilan ini ibu hamil tidak digalakkan melakukan aktiviti yg berat .ini kerana ibu hamil akan cepat letih yang boleh mengakibatkan pengsan kerana tekanan darah rendah. Ibu hamil juga harus elakkan berdiri terlalu lama dan duduk terlalu lama serta ibu hamil perlukan rehat yg cukup.

2. Ibu hamil dilarang makan ubat -ubatan tanpa rekomen doktor, rokok ,kafein dan alkohol kerana ia boleh membahayakan kesihatan janin. Malah kafein akan mempengaruhi zat besi didalam darah dan mempengaruhi bekalan kalsium yg diambil.

3. Ibu hamil memerlukan bekalan makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi diperingkat awal kehamilan terutama ditrimester satu dimana saat-saat ini ada ibu hamil yg mengalami alahan yg teruk. Jadi bekalan makanan yg sesuai dan baik membantu ibu hamil kekal sihat.

4. Ibu hamil perlu menjaga emosi dan mood di saat- saat kehamilan.ini kerana jika ibu terlalu mengikut emosi ia boleh memberi kesan dan mempengaruhi janin. Ibu hamil disarankan untuk lebih banyak bertenang,memperbanyakkan zikir dan bergurau senda .

5. Ibu muda disarankan agar mengurangkan perhubungan intim diperingkat awal kehamilan bagi mengurangkan risiko pada kandungan yg masih muda untuk gugur..

Semoga tips yg dikongsikan serba sedikit membantu mereka iaitu ibu muda diluar sana didalam menjaga kesihatan kandungan mereka.


Mencari set kehamilan untuk kekal cergas sepanjang kehamilan?

Meh cuba set kehamilan shaklee.



Hubungi tini untuk info lanjut.

Tini
Pengedar shaklee perlis
01120757343
Fb : hartini zulaikha
Fb page: dunia vitamin tini

No comments: