Tuesday, August 9, 2016

KEK SUSU PEKAT MANIS KOKO aka MARBLE KEK

Assalamualaikum....alhamdulillah dapat bertemu lagi kali ni.
hari ini rasa macam nak kongsi resepi kek yg saya buat baru-baru ni.
resepi asal kek ini dari kak  hafizah yahaya. Tapi saya tukar sikit bahan-bahan dan carabuat mengikut cara saya sebabnya anak-anak dan husband kurang gemar kek kosong begitu.

Sebab itulah saya tambah sedikit koko untuk jadikan is seperti kek marble.
Kek ni memang saya sarankan pada semua kawan-kawan untuk mencubanya.
sangat mudah dan cepat aje nak buatnya...



KEK SUSU PEKAT KOKO aka marble kek susu pekat manis.

Bahan Bahan :
240gm mentega 
220gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
300gm susu pekat manis

60gm gula kastor
4 biji telur - Gred B( sy guna saiz ni ja)
1 sudu teh esen vanila


Cara-caranya :

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. selalunya ia akan bertukar dari kuning kepada warna kuning yg sangat pudar atau pucat.

2. Masukkan susu pekat manis dan putar sehingga sebati. pastikan putar dengan kelajuan yg sederhana saja.
tini guna no 1 saja pada mesin mixer tu.

3.Selepas itu masukkan telur sebiji dan putar. selepas itu masukan tepung sikit demi sedikit. ulang buat ini sehingga habis tepung yg telah dimasukkan. 

4. selepas itu masukkan esen vanilla ye dan putar sebati.

5. bahagikan adunan tersebut kepada 2. Satu bahagian dibiarkan begitu sj dan satu lagi dimasukkan serbuk koko. dan dikacau sehingga sebati.

6. lenserkan dulang pembakar dengan mentega atau minyak.selepas tu sendukkan adunan biasa kedalam dulang berselang seli dgn adunan koko.

7.pada masa yg sama panaskan oven pada suhu 150 ikut kesesuaian oven ye..dan kata kak hafizah kalau bakar dengan kaedah ban marie boleh mengelakkan kek dari cepat hangit.boleh rujuk dekat blog kak Hafizah ye.

8.Bakar sehingga kek masak dalam sejam lebih kurang ..



selamat mencuba.



Mencari supplement shaklee?

boleh hubungi saya ye :
pengedar shaklee perlis

Tini 01120757343
fb : hartini zulaikha
Fb page : dunia vitamin tini



No comments: