Wednesday, June 17, 2015

Tips untuk kecantikan

Assalamualaikum semua...

sempena promosi set kecantikan shaklee bulan ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk  semua.

Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.

Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.



Bagi mereka yang sukakan secara semulajadi atau remedi boleh amalkan petua-petua dibawah ini..

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.




Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.



Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.



Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.



bagi mereka yang kurang rajin untuk menggunakan kaedah semulajadi boleh saja mengamalkan pengambilan supleman shaklee ini yangpastinya semulajadi,berkesan dan halal.
yang penting pengambilan yang konsisten akan memberi kesan yang lebih baik.



Daripada makan,  suplemen tersebut juga boleh dibuat masker. jadi anda akan jimat dan untung berganda.



selamat mencuba ya kawan-kawan.

berminat hendak tau lanjut tentang suplemen shaklee boleh hubungi saya ye :


tini
Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini





No comments: