Kanser merupakan pembunuh senyap bagi wanita. Ia merupakan penyakit yang amat menakutkan bagi wanita kerana sel kanser sangat cepat merebak dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa dalam sekelip mata.
Wanita seharusnya memahami bahasa bodynya agar dapat membuat 'check up 'kesihatan diperingkat lebih awal. Adalah sangat penting untuk kita melihat sebarang perubahan yang berlaku pada tubuh kita.
Jadi kak enan ingin kongsikan 14 tanda-tanda kanser yang sering diabaikan oleh wanita :
1. Sukar untuk bernafas atau termengah-mengah.
- ia merupakan salah satu petanda pertama kanser paru-paru. Dimana kadangkala berjalan sedikit sahaja bokeh menyebabkan termengah-mengah.
2. Batuk kronik atau sakit dada.
- beberapa kanser seperti leukemia dan tumor paru-paru boleh menyebabkan gejala-gejala yang hampur sama dengan batuk teruk atau bronkitis. Sesetengah pesakit kanser paru-paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik ke bahu atau ke bawah lengan ketika batuk.
3. Kesukaran untuk menelan makanan.
- ia berkait rapat dengan kanser tekak. Sujar menelan makanan kadangkala tanda-tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru-paru.
4. Lemah dan lesu.
- adalah gejala-gejala terhadap pelbagai jenis kanser. Jika mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya,anda disaran agar bertemu dgn doktor.
5. Lebam melampau atau pendarahan yang tidak berhenti.
- gejala ini berlaku menunjukkan ada perkara tidak normal berlaku terhadap platlet dan sel-sel darah merah. Ia ju boleh jadi tanda-tanda leukimia. Lebam-lebam boleh berlaku pada jari-jari tangan,tompok-tompok pada muka ,leher dan dada . Pendarahan gusi juga mungkin boleh berlaku.
6. Kekerapan demam atau mengalami jangkitan.
- ia mungkin petanda penyakit leukimia iaitu kanser pada sel-sel darah yang bermula dalam tulang sum-sum. seringkali doktor baru dapat mengesan penyakit ini apabila pesakit mengalamai demamsakit-sakit badan dan gejala selsema yang berpanjangan.
- pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadang-kadang adalah petanda kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah ketiak ,paha dan leher mungkin tanda-tanda awal leukimia.
8.Sakit pada pelvik dan abdomen.
- sakit pelvik boleh menandakan banyak perkara, ia boleh jadi tanda-tanda fibroid, sista ovari dan penyakit reproduktif.Lakukan pemeriksaan penuh kerana kadangkala sakit pada pelvik dan abdomen disertai dengan bengkak badan adalah petanda kanser ovari.
9. Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.
- salah satu tanda kanser ovari ialah tidak lalu makan dan tiada selera makan serta tidak boleh makan walaupun mereka belum makan. jika wanita mengalami bengkak badan atau penambahan berat badan berlaku banyak kali( lebih dr 13 kali dalam sebulam) dan kemudianya disertai dengan sakit pelvik atau rasa terlampau kenyang perlulah berjumpa doktor dan minta untuk lakukan imbasan.
10. Pendarahan rektal atau darah dalam najis.
- Perkara ini juga adalah antara tanda-tanda kanser kolorektal.
11. Haid yang banyak atau menyakitkan atau pendarahan ketika haid.
- ini boleh menunjukkan tanda-tanda kanser endometritis atau uterus( rahim).
12. Kehilangan berat badan secara mendadak.
- adalah tanda-tamda awal kanser kolon( usus besar) dan kanser sistem penghadaman yang lain. ia juga menandakan kanser yang merebak pada hati, memberi kesan pada selera dan kebolehan tubuh mengeluarkan bahan buangan.
13.Pembengkakan pada wajah
- mereka yang mengalami kanser paru-paru akan menunjukkan tanda-tanda muka bengkak dan kemerahan pada wajah. Ini berlaku kerana sel-sel tumor menyekat saluran darah dalam paru-paru sekaligus menghalang darah daripada beredar dengan bebas daripada kepala dan wajah.
14. Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal.
-masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba-tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.
Ketahui FAKTA menarik jus anggur merah yang boleh bantu melawan kanser.
Oleh itu kita sebagai wanita diharap tidak lagi mengambil jalan mudah atau meremehkan setiap simptom-simptom kesakitan yang kita alami . Jadi ambil langkah membuat pemeriksaan di klinik atau hospital dahulu agar kita dapat mengetahui apa sebab yang terjadi pada keadaan diri kita.
mengambil langkah mudah dengan berdiam diri umpama kita menempah tiket maut yang bakal tiba untuk kita. Jadi sayangi diri kita agar kita dapat menyayangi orang-orang disekeliling kita dan menjaga mereka untuk hidup lebih sihat. insyaAllah..
jika anda ingin mengetahui tentang vitamin shaklee bolehlah hubungi kak enan disini ye.
011-20757343 atau email kepada kak enan di lovetinimade@gmail.com.