Monday, September 14, 2015
projek ktt shaklee
projek baru yang dilancarkan oleh master-master group shaklee saya sangat menerujakan saya..
insyaAllah akan tetapkan momentum dan hala tuju dengan lebih baik..
don't talk too much, just do it..
#korang tau tak..
Tuesday, September 1, 2015
8 Cara untuk mengatasi stress
Stress adalah salah satu punca bermulanya semua penyakit. Antara sedar dan tidak sedar stress mempengaruhi kehidupan harian setiap insan jika tidak diatasi dengan perkara-perkara yang boleh menghindarinya dari berterusan.
Berikut ialah sedikit perkongsian cara untuk mengatasi stress.. ;
1.bersukan/Melakukan senaman
Kita boleh pilih senaman atau pun sukan yang kita minati
bagi menenangkan jiwa kita. Namun pastikan sukan yang dipilih bersesuaian dengan umur dan keadaan kesihatan diri kita.
2.Berseronok
Dalam erti kata lain kita menikmati kehidupan dan suasana disekeliling kita dengan berseronok dan take advantage dari apa yg ada disekeliling kita. Contohnya : menikmati suasana
bersama anak-anak dengan bermain atau menemani mereka bermain.
3. Pilih reaksi yang positif
Cuba bertenang disaat didatangi stress dan pilih reaksi untuk tersenyum bagi menghadapinya.walaupun terdengar seperti susah untuk melakukan cuba dulu ambil reaksi begitu.anda akan rasai kesannya...
4. Bertenang/berehat secukupnya
Ambil masa untuk diri bertenang dan berehat . Bila terlampau stress badan akan terasa sangat penta begitu juga dengan otak. Jadi ikhtiarkan untuk diri agar boleh rileks seperti mendengar lagu atau zikir.
5. Tidur secukupnya
Tidur yang berkualiti sangat penting untuk memberi impak positif pada badan dan minda yang positif untuk berfikir. Jadikan amalkan untuk tidur seawal mungkin dan tidur dalam lingkungan 6-7 jam sudah mencukupi untuk diri kita.
6. Bernafas dengan betul
Mengamalkan pernafasan yang betul membantu mengurangkan stress . Saat- saat didatangi stress cuba tenangkan diri dan tarik nafas berulangkan kali bagi meredakan perasaan tersebut.
7. Risau....tapi hanya untuk 10 minit shj
Jika anda rasa risau..fikirkan dalam 10 minit pertama shj.
Selepas itu buangkan jauh-jauh dan ambil positif dari pelbagai sudut dari perkara tersebut.
8. Letakkan didalam pelbagai perspektif
Hadapi masalah yang membuatkan anda stress dan letakkan ia didalam pelbagai sudut yang positif yang boleh anda ambil kira.
Semoga tip diatas membantu anda menghadapi keadaan dan suasana yang me!buatkan anda stress.
Dari segi supplement juga ada yang boleh membantu anda untuk merembes enzim-enzim dan memberikan anda perasaan rileks..
B compleks sangat membantu bagi mereka yang sering kali menghadapi stress ditempat kerja maupun di rumah..
InsyaAllah kita hanya berusaha untuk lebih tenang bg menghadapi masalah-masalah dom kehidupan diri kita.
Selain itu mendekatkan diri kepada Maya Pncipta adalah salah satu jalan untuk memberikan diri kita tenang.
Monday, July 20, 2015
Tip di saat terperangkap dalam 'jem'
Saat pulang di musim perayaan kita akan menghadapi pelbagai situasi terutama ketika di lebuhraya.
Samada ada s3masa pulang ke desa atau kembali ke bandaraya,dua-dua situasi ini perlu kita ambil kira..
Apa yang saya ingin kongsikan ialah beberapa tips yang seharusnya semua keluarga ambil kira terutama yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia lingkungan 1-ke 6 tahun.
Antara tips nya ialah...
1. Pastikan saat bertolak dari desa maupun dari bandaraya ke destinasi yang dituju ,anak-anak didalam keadaan yang sudah bersih dan bersedia untuk menghadapi long journey ..
- maksud bersih tu anak-anak dah mandi dan berpakaian yang sepatutnya.
2. Bekalan makanan dan minuman didalam kereta mencukupi untuk semua ahli keluarga.Bagi anak yang menyusu,susu dan botol susu tersedia rapi berhampiran ibu dan bayi. Bagi anak-anak yang lain makanan seperti roti dan air masak sedia ada berhampiran agar mudah untuk dicapai bila saat- saat mereka mula lapar.
3. Pasang lagu-lagu yang menenangkan hati pemandu dan seluruh ahli keluarga didalam kereta seperti bacaan zikir,bacaan ayat suci al -quran dan nasyid atau yang seumpama dengannya.
4.Adakan sesi game mudah didalam kereta seperti teka teki agar dapat menghilangkan rasa bosan seluruh ahli keluarga.
Yang ini haruslah bersesuaian dengan umur seluruh ahli keluarga agar semua dapat mengambil bahagian bersama.
5. ' Sing together' boleh juga menghilangkan kebosanan terlampau saat terperangkap dalam kes3sakan dimusim perayaan ini. Sama ada bersama -sama mengalunkan zikir atau nasyid maupun lagu-lagu yang berunsur nasihat ia dapat mengelakkan pemandu dari mengantuk.
Itu saja tips yang saya rasa sangat berguna disaat terperangkap dlm kesesakan di high way . Jika anda ada tips lain diharap sudi berkongsi bersama dengan saya.
Semoga ia berguna untuk anda..
......
Dengan ingatan tulus ikhlas ...
Wednesday, July 8, 2015
Pilihan set untuk kurus , Segak dan Anggun Bergaya
Antara yang perlu diambil perhatian ialah
- tentang cara pemakaian,
- cara pemakanan ,
- kandungan dalam setiap pil kurus ,
- kesan dan tindak balas dari set kurus tersebut
- banyakkan membaca testimoni dari set kurus tersebut.
- dihasilkan oleh 16 gram protein soya non-gmo setiap hidangan untuk rasa kepuasan dan kenyang.
- membantu merendahkan tekanan darah tinggi
- melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
- mengurangkan gula dalam darah
- baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit-birit
- mengurangkan kolestrol
Tuesday, July 7, 2015
Tip untuk kurus , sihat dan anggun di pagi raya..
Friday, July 3, 2015
Anak syurga menjadi impian.
- ENDOMETRIOSIS
- KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
- HORMON DAN HAID
- FIBROID
- SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
- KEKURANGAN SPERMA
- SALURAN AIR MANI TERSUMBAT
- Stress - kurangkan memberi tekanan kepada sesama sendiri bagi meringakan masalah.seharusnya setiap pasangan perlu memberi sokongan diantara satu sama lain.
- Menggelakkan makanan rapu - Makanan rapu ialah makanan yang tinggi MSG dan sangat tidak menyihatkan serta tidak membantu dalam meningkatkan kesuburan
- Amalkan cara hidup sihat- setiap pasangan disarankan mengamalkan pemakan yang sihat dan mengikuti program diet yang disarankan oleh doktor bagi memudahkan proses untuk hamil.
- Tingkatkan sistem imuniti diri - pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk meningkatkan kesuburan samada dengan dengan cara mengambil vitamin-vitamin tambahan yang bersesuaian bagi meningkatkan kesuburan.
Impian menjadi kenyataan ...Amalkan tip ini insyaAllah..
moga beransur-ansurnya fasa ke dua ramadhan ini pergi dengan meninggalkan iktibar dan peringatan buat kita..
sesungguhnya doa-doa di bulan ramadhan ini sangat mustajab dan minta lah bila masa dan di mana saja apa yang anda impikan dan apakah yang diharapkan oleh anda.. tak perlu sebenarnya nak berdoa kn ada ditikar sembahyang...dimana-mana yang terlintas dihati anda tentang hasrat hati teruskanla doa anda ...sesungguhnya Allah Maha Mendengar , Maha Melihat dan Maha Mengatahui apa yg terdetik di hati kita.. insyaAllah moga impian dan hasrat kita akan termakbul...
bila bercerita tentang impian ni...tentunya semua orang ada impian kan.?
begitu juga bagi mereka yang sudah lama berumah tangga ,tentunya mengimpikan suara-suara ahli Syurga di kediaman dan disisi mereka...
sesungguhnya setiap ujian Allah beri pada hambanya bersesuaian dengan tahap iman mereka jadi jangan cepat mengalah dan teruslah berusaha mencari penawar dan teruslah berdoa..kerana Allah amat suka hambanya yang sering berbicara denganNya..
WAduhhhhhhhh...panjangla mukadimah ni..iyelah kan kadang-kadang terusik dijiwa saya bile bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama berumah tangga namun masih belum ada waris mereka...
moga tip yang saya ingin kongsikan ini berguna untuk semua ye.. dan sampaikan juga pada mereka-mereka diluar sana..insyaAllah ...moga bermanfaat..
Bagi pasangan yang berumur 20 an yang telah lama berumah tangga yang belum ada waris bermula di tahun ke 2 perkahwinan dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan manakala bagi mereka yang berusia 30an dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan bermula lebih awal di thn pertama usia perkahwinan mereka..
apa yang perlu dibuat?
Langkah-langkah untuk rawatan kesuburan :
1. Setiap wanita @isteri perlu tahu masa kesuburannya, jadi melakukan hubungan kelamin dimasa kemuncak kesuburan boleh meningkatkan kebarangakalian untuk mengandung.
2. Mendapatkan nasihat doktor puan bagi mendapatkan rawatan ubat kesuburan seperti clomiphene dan Ganodotropins adalah langkah awal sebelum melakukan rawatan yang lebih canggih. Bagi masa untuk ubat kesuburan ini bertindak baru melakukan kaedah yang lain.
3. Jika pemeriksaan telah dibuat keatas isteri dan mendapati terdapat cyct dan masalah tiub falloppian tersumbat. Lakukan dahulu pembedahan minor ini.
4. Melakukan kaedah IUI iaitu satu kaedah yang membantu sperma suami untuk sampai kepada telur isteri. Ini berikutan sperma suami mempunyai kuantiti yang rendah dan lemah.
5. Doktor akan menyarankan kaedah ART iaitu teknologi bantuan reproduktif apabila penyelesaian yang diatas gagal bagi anda dan pasangan anda. Kaedah ini lebih berteknologi tinggi dan mahal iaitu antaranya IVF ( In vitro Fertilization) , ICSI ( intracytoplasmic sperm injection) dan GIFT ( Gamate intrafallopian Transfer )
walaubagaimana pun langkah-langkah ini perlu diambil dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan memerlukan kos kewangan yang tinggi.
Selain itu amalan tradisional dan doa-doa juga boleh diamalkan bagi pasangan tersebut.
Dalam perubatan tradisional terdapat herba-herba yang boleh membantu merawat masalah tidak mendapat zuriat ini bagi suami dan isteri..
Rawatan herba bagi isteri :
- akar pokok tunjuk langit dimakan bagi yang mempunyai masalah rahim
- secekak akar semalu kering direbus dan diminum airnya bg ubati kemandulan wanita.
- campuran buah badam,susu cair, telur kuning, madu dan halba( dimasak ,dikisar dan diminum suami dan isteri)
- Digalakkan suami dan isteri makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman.
- Air kunyit dicampur dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung ( dimkn setiap pagi)
- Baca Bismillah sekali
- selawat keatas Nabi 3x
- setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- dalam sujud itu mohonlah pada Allah hajat kita;
- kemudian tutup doa ini dengan membaca selawat 3x.
Thursday, July 2, 2015
Jus Anggur yang banyak khasiat...
sejuk-sejuk dikupas kulit terus masuk ke mulut...tapi kalau dah basuh dan direndam air garam terus saja dipetik dari tangkai masuk ke mulut ...aduhhh sedapnya..tambah-tambahan lagi masih sejuk dari peti ais..nikmatnya terasa...haippp...bulan pose dok berangan makanan aje ye... hihihi...
Anggur mempunyai pelbagai jenis dan bentuk yang hampir sama untuk semua jenis..
- agen antioksida yang tinggi
- melambatkan proses penuaan
- menyihatkan jantung
- mencegah kanser
- dan banyak lagi.
- meningkatkan sistem imun badan
- meningkatkan kesihatan mata
- membekalkan antioksidan yang tinggi
- melambatkan proses penuaan
- mencegah kanser
- mengurangkan risiko penyakit jantung
- mengurangkan insiden bagi penyakit ALzheimer
- mengurangkan komplikasi penyakit diabetes
- menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat Atau jus awek muda.
- dan banyak lagi.....
- pesakit jantung
- pesakit kencing manis
- pesakit alzhemir
- wanita yang ingin kekalkan awek muda
- Mereka yang ingin sentiasa sihat
- pesakit buah pinggang bocor
- dan yang lain-lain..