Tuesday, June 2, 2015

Susu ibu baik untuk bayi dan Ibu

Assalamualaikum...

sedikit perkongsian ilmu untuk ibu yang menyusu..


Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi.Susu ciptaan Allah ini sememangnya memenuhi khasiat semulajadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia.Saintis terus menemui kelebihan-kekebihan terbaru yang ada pada susu ibu .Berbanding susu formula susu ibu bertukar berdasarkan keperluan bayi.
manakala susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan usia bayi. Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi.

Pakar laktasi iaitu Puan rahayu Omar berkata banyak kebaikan yang boleh dinikmati oleh bayi,ibu,keluarga dan masyarakat dari ibu yang menyusukan anaknya..

Antara kebaikan untuk ibu


  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method(LAM)
  • mengurangkan risiko kanser payudara, ovari , dan uterine.
  • mengurangkan risiko penyakit osteoperosis.
  • membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi.
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.


Antara kebaikan untuk bayi :
  • kandungan kolostrym dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi.
  • mengurangkan masalah alergi
  • mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum.
  • mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak.
  • kajian menunjukkan bayi menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang baik ( IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyaj 5 poin berbanding dengan bayi menyusu susu formula.


jadi sudah pastinya memilih untuk menyusukan anak secara ekslusif adalah lebih baik seperti mana yang disarankan oleh Al-quran juga.


 kebaikan untuk keluarga :
  • mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula.
  • megurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit.
  • merapatkan hubungan kekeluargaan.

Antara kebaikan untuk masyarakat :
  • Mesra alam sekitar - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan,pembungkusan dan pemasaran.
  • menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga , cirit birit  dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.
  • mengurangkan kos untuk menimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.


FAKTA
Kolostrum dikeluarjan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan.is kaya dengan protein dan antibosi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit.pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum shj.

MITOS
- ada yang mengatakan kolostrum yang keluar berwarna kuning pekat adalah nanah dari payudara.ini sama sekali salah dimana warna kuning yang pekat itu menunjukkan betapa kolostrum ibu itu mempunyai zat yang tinggi dan terbaik untuk bayi tersebut.Jadi jangan terpengaruh dengan kata-kata orang yang cetek ilmu tentang penyusuan susu ibu ini.





semoga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana yang berazam untuk menyusukan anak secara ekslusif..insyaAllah..


** sumber rujukan dari pa&ma dan google.

No comments: