Monday, December 24, 2018

Resepi Bubur Ikan Bilis Quaker Oat.

Suka makan bubur nasi atau moi tak? Moi ni panggilan orang utara untuk bubur nasi. Awal-awal dulu sewaktu mula tinggal di Sungai Petani Kedah, kak enan pelik sungguh orang dok panggil dan sebut -sebut moi ni. Apa benda makanan lah ni..hahaha..





Sekali dah kenal dan belajar makan mula la..asal demam jer cari moi sup , asal makan moi sup jer mesti badan tak berapa sihat tu..hihi.. dan sekarang memang jatuh hati dah dengan moi sup ni..

Tapi kali ini kak enan nak share resepi sihat moi sup  iaitu menggunakan Quaker Oat.

Image result for quaker oat
Apa bagusnya makan Oat ni?

Banyak Kebaikan makan oat ni tau.. antaranya ialah :

  1. Bantu turunkan kolestrol
  2. Mencegah Penyakit Kardiavoskular
  3. Mencegah Kanser
  4. Kaya dengan Antioksidan
  5. Pilihan yang baik untuk pesakit Diabetes
dan banyak lagi sebenarnya kebaikan mengambil oat sebagai sarapan atau pengganti dinner.


Jadi kak enan nak share dengan anda semua resepi BUBUR IKAN BILIS QUAKER OAT.
resepi mudah sangat. anda boleh terus cuba ni..



Bahan-bahan

1/2 cawan Quaker Oat

Bahan-bahan sup:  
6 ulas bawang putih di cincang
1/2" halia
1/4 cawan ikan bilis ditumbuh halus
1/4 cawan ikan bilis digoreng garing
fish cake
sayur sawi
karot
serbuk lada sulah atau lada hitam
sedikit minyak sayur
bawang goreng

air secukupnya
air panas.


Cara-cara :

1. Kembang kan oat dengan air panas.
2. Gorengkan fish cake dan ikan bilis. ketepikan. 
3. Tumiskan bawang putih dan halia menggunakan minyak sayur tadi.
3. selepas kekuningan masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan masukkan air secukupnya.
4. Selepas mendidih masukkan sayur sawi dan karot.
5. bila sayur dah sedikit empuk , masukkan oat yang dikembangkan tadi,
6. Kacau sebati sehingga rata. Masukkan lada sulah atau lada hitam atau kedua-duanya sekali.
7. Sedia dihidangkan dengan fish cake goreng, ikan bilis , bawang goreng dan daun sup.



yummy....

kak enan memang suka sangat benda berkuah begini, Jadi memang letak kuah lebih sikit. Tahu tak kalau ada sambal ikan bilis atau cabai kicap potong pun ngam sangat bagi yang suka pedas tau..

Apa yang penting kat sini, menu ni memang mengenyangkan dan sangat sihat. kalau suka sayur banyak boleh letak sayur lebih tau.. memang bestlah..


Resepi ni memang bagus diamalkan bagi mereka yang ingin berdiet dengan menu sihat cuma kuantiti pengambilan ikan bilis perlu dititik beratkan . Boleh juga gantikan ikan bilis tadi dengan ayam atau udang asalkan dengan kuantiti yang disarankan dalam diet pemakanan sihat lah iaitu tidak melebihi sepenumbuk besar saiz ayamnya.


Oklah moga resepi ini bermanfaat untuk korang semua. Kalau nak cuba vitamin shaklee anda boleh hubungi kak enan di no di bawah :


HARTINI ZULAIKHA

whatsapp: 01120757343

FB PAGE : DUNIAVITAMINTINI.BLOGSPOT.COM

EMAIL: duniavitamintini@gmail.com

untuk penjimatan lebih banyak ,kak enan sarankan anda join kak enan sebagai ahli shaklee dan anda boleh penjimatan berganda dan boleh nikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli shaklee. Kak enan juga boleh COD VITAMIN SHAKLEE di seluruh NEGERI PERLIS dan dikawasan sempadan negeri perlis. Hubungi kak enan untuk nikmati penjimatan yang lebih besar...

Saturday, December 8, 2018

Jeragat Memalukan Kini Tiada Lagi. Wajah Kini Bersih Berseri.


Jeragat banyak diwajah memang memalukan. Apatah lagi kalau kita bekerja perlu bertemu dengan ramai pelanggan. Nak keluar sahaja terpaksa tempek foundation dan make up yang tebal sebabnya malu keadaan kulit wajah bertempek dengan jeragat. Betui tak?

eragat, masalah jeragat, cara atasi jeragat, jeragat pada muka, jeragat memalukan, cara atasi masalah jeragat, cara untuk hilangkan jeragat, cara mudah hilangkan jeragat, jeragat dan cara merawatnya, pengedar shaklee perlis, pengedar shaklee kangar,pengedar shaklee arau, pengedar shaklee padang besar, cod vitamin shaklee, cod vitamin shaklee arau.


Memang sangat tidak selesa bila perlu buat banyak perkara begini semata-mata untuk kelihatan cantik dimata mereka yang memandang. Sedih dan rasa rendah diri bila orang tahu keadaan sebenar kulit wajah kita jangan dok kata la .. memang sedih amat sangat laa kan...

Jadi meh kak enan nak bagitau ni kisah seorang adik ni yang masih muda tapi banyak jerawat diwajahnya kerana pekerjaannya yang terdedah dengan haba. Awl-awal tu dia rasa perkara ini biasa. Lama-kelamaan dia rasa rendah diri kerana jeragat ni semakin banyak. Kita ikuti apa yang merubah keadaan adik ini sehingga sekarang wajah kini bersih berseri.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 2 : NORHASLINDA AZIZ
.
[TIADA LAGI JERAGAT YANG MEMALUKAN DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE]
.

Saya seorang pelajar jurusan Pastry and Bakery dan berumur 18 tahun. Sepanjang bergelar seorang pelajar hidup saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk uruskan diri untuk tampil cantik. Bila dh ambil kursus pastry and bakery tahu-tahu jela, kita akan lebih terdedah kepada haba yang panas. Selalu berdepan dengan panas oven yang besar dekat kitchen. Kelas pagi sampai malam kadang duduk dekat kitchen. 
.

Malangnya pada semester ke-3 saya perasan muka saya ada kesan-kesan hitam yang ada dekat bawah mata. Walaupun sedikit dah boleh menggusarkan diri saya. Bila saya lihat betul-betul barulah saya tahu rupanya jeragat. Punyalah sedih masa itu, tak tahu macam mana nak hilangkan jeragat. Belilah pelbagai produk jenama apa pun tetap gitu je malah makin besar pulak. Jadi bila muka dah ada jeragat cara saya nak tutup ye terpaksa lah pakai conceler. Banyakkan pergi kelas dengan pakai conceler.
.

Sehingga tamat belajar dan mula bekerja jeragat tidak juga berkurang. Jadi bila dah bekerja saya Google untuk hilangkan jeragat tapi untuk remaja tak ada pun. Saya dengan nekad tanya dengan salah satu blog tentang jeragat. Risau juga pada awalnya sebab takut tak boleh hilang lagi pun mahalkan produk tu. Dengan senekadnya hati saya beli juga 2 botol GLA Complex.
.
Image result for gla complex

Selepas beberapa minggu saya dapati kulit wajah saya tidak berjeragat lagi. Paling best GLA Complex ini boleh stabil period yang huru hara ini. Memang tak menyesal saya beli produk daripada Shaklee ini. Seperti tidak percaya bila upline saya kata belum pernah lagi jumpa jeragat remaja.


Alhamdulillah setelah konsisten amalkan vitamin GLA Complex shaklee wajah nya kini lebih bersih dan berseri. Jika anda juga mengalami masalah ini bolehlah cuba amalkan vitamin ini.

anda boleh dapatkan info lanjut tentang jeragat dan cara atasinya disini.

Untuk dapatkan vitamin ini , anda boleh sahaja terus  klik ikon di bawah :


Image result for buy now

anda juga boleh hubungi kak enan untuk info lanjut dan dapatkan cara berkesan untuk makan vitamin ini . Boleh hubungi kak enan seperti yang tertera ye :


                                       
HARTINI ZULAIKHA

whatsapp: 01120757343

FB PAGE : DUNIAVITAMINTINI.BLOGSPOT.COM

EMAIL: duniavitamintini@gmail.com

untuk penjimatan lebih banyak ,kak enan sarankan anda join kak enan sebagai ahli shaklee dan anda boleh penjimatan berganda dan boleh nikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli shaklee. Kak enan juga boleh COD VITAMIN SHAKLEE di seluruh NEGERI PERLIS dan dikawasan sempadan negeri perlis. Hubungi kak enan untuk nikmati penjimatan yang lebih besar...

Friday, December 7, 2018

Kelebihan Mengamalkan Surah Yasin Setiap Hari.

Surah yasin merupakan salah satu surah yang terdapat didalam Al-quran nur Karim. Surah Yasin mempunyai banyak kebaikannya. Banyak kelebihan mengamalkan surah Yasin setiap hari. Surah Yasin adalah surah yang mempunyai segudang keistimewaan dan termasuk sebagai surah Makkiyah. Surah yasin mempunyai 83 ayat yang mencakupi ayat-ayat pendek dan mampu mengikat dan menggetarkan hati orang-orang mukmin yang membaca, dan mendengarya termasuklah orang-orang yang dipenuhi dengan perasaan dengkin dan dendam.



Ayat-ayat didalam Surah yasin mengandungi dan menyentuh tentang banyak perkara antara nya ialah :


  • menyatakan tentang keimanan pada Allah S.W.T beserta sifat-sifatnya dan tentang malaikat -malaikatnya yang setia beserta tugas-tugasnya.
  • Menyatakan tentang keimanan Al-quran beserta hadith-hadtih yang mencakupi ilmu yang diterapkan dalam kehidupan seharian seperti moral, perilaku baik , perbuatan mulia dan lain-lain.
  • Menyatakan tentang kekuasaan , keberkahan dan kemuliaan Allah SWT yang tidak pernah terbatas untuk siapa saja yang percaya dan mencintaiNya.
  • Menyatakan tentang kisah -kisah nabi , termasuk nabi Isa AS bersama penduduk Anthakiyah dan lain-lain.
  • Menyatakan tentang Keimanan pada hari akhirat , tentang syurga dan neraka agar manusia menyedari bahawa hidup hanya sementara .


Banyak sebenarnya kebaikan mengamalkan membaca surah yasin setiap hari . Antaranya ialah :

#1.Melindungi Dari Kejahatan.
       - membaca surah yasin setiap hari dapat menolak kejahatan yang sedang akan terjadi. Allah SWT akan melindungi dari kejahatan tersebut dengan cara yang kita sendiri tidak tahu.


#2. Mententeramkan Hati dari rasa cemas
- Membaca surah yasin merupakan cara untuk pulihkan hati agar sentiasa tenang, tenteram jiwa dan dapat mengusir rasa cemas dan atkut terhadap sesuatu yang tidak terlihat atau dapat menghalau rasa takut pada kezaliman


sesuai dengan Firman Allah SWT bahwa “Orang orang yang beriman hati mereka akan tenteram dengan mengingat Allah SWT . ingatlah hanya dengan mengingatiNya maka hati menjadi tenteram.”(QS. Ar-ra’du :28)”



#3. Menurut sabda Nabi Muhammad saw, siapa membaca surah Yaasiin(Yasin) satu kali, sama dengan membaca Alqur’an sampai khatam(selesai)sepuluh kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasiin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.
#4. Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai sore, dan jika dibaca disore hari maka dapat gembira sampai pagi.
#5. Jika anda ada maksud kepada pembesar supaya berhasil, maka bacalah surah yaasiin dari rumah sebanyak 25 kali, maka insya Allah berhasil.
#6. Jika dibacakan untuk orang yang akan meninggal dunia, maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.
#7. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya, jika ditulis dan dilebur air, lalu diminum, sama dengan meminum seribu obat.
#8. Khasiatnya lagi adalah dapat dipergunakan sebagai pengobatan sakit panas, caranya dibaca sekali, setiap sampai pada lafadz “MUBIIN” dengan mengikat benang sekali sampai tujuh, kemudian diikatkan pada bahu kanannya orang yang sakit panas, maka insya Allah sehat kembali.

semoga sama-sama kita dapat amalkan dan info ini bermanfaat untuk semua. insyaAllah..