Wednesday, May 31, 2017

Cegah kanser lympoma tahap 4 berulang dengan makanan tambahan.


Assalamualaikum...

terpanggil rasanya kak enan hendak kongsikan kisah anak sideline kak enan yang mengidap kanser lympoma ni...

Bila kesihatan anak menjadi yang utama..
Duit bukan lagi halangannya...
Berikhtiar dengan supplement untuk sihat dengansupplement vivix merupakan satu langkah untuk tingkatkan kesihatan anaknya...sungguh hanya ibu yang mengalami nya saja yang tahu kan kak Saadiah Arbain..

Jom sama-sama kita ikuti kisah benar anak sideline akak ni.


Alhamdulillah ...berikhtiar dari pelbagai kaedah untuk sembuh dan sihat sebaiknya..
Menggunakan dan mengamalkan vivix untuk terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
sudah tentu sebagai ibu inilah yang kita harapkan .


Kenapa VIVIX sangat membantu ?
ketahui tentang keistimewaan dan kebaikan VIVIX shaklee ini..

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Image result for vivix shaklee
selain itu ikuti bagaimana vivix sangat membantu dalam membaiki sel dan telomeres kita disini.

untuk ketahui tentang bahan yang terkandung didalam VIVIX si tonik ajaib ini boleh saja kesini =>bahan-bahan VIVIX


untuk dapat kan VIVIX boleh sj klik icon dibawah ye : 

Image result for esell shaklee

untuk dapatkan info lanjut serta cara pemakanan yang betul anda boleh hubungi kak enan untuk dapatkan konsultasi secara percuma..jangan lupa tau hubungi kak enan setelah anda membeli di Esell tu.. jika nak direct pembelian dengan kak enan pun boleh , hubungi kak enan disini ye. :



Tuesday, May 16, 2017

5 perbezaan yang membuatkan vitamin c shaklee sangat istimewa dan berkesan.

Tahukah kawan-kawan.....Vitamin c shaklee adalah berbeza dengan vitamin c yang berada dipasaran di luar sana. Apa yang membezakannya membuatkan vitamin c shaklee sangat istimewa.



5 perbezaan yg membuatkan vitamin c shaklee sangat istimewa iaitu :


1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik

- Vitamin yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! Sangat bahaya tau...

2. Vitamin C Shaklee bersifat
'Sustained Release'/ pelepasan masa berfasa

- Saat anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti.



3. Satu tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren

- Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat seperti anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

4. Vitamin C Shaklee mengandungi "bioflavonoids".

- Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.

Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya,Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

- Semua yg dihasilkan adalah daripada semulajadi.


Ujian klinikal telah membuktikan  vitamin c didalam 2 tablet vitamin shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.


Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yg juga dikenali sebagai vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkab keberkesanan vitamin c didalam tubuh kita , melegakan inflamasi , menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Untuk dapatkan sustainable release vitamin c shaklee ini boleh saja hubungi kak enan ye :


posted from Bloggeroid

Thursday, May 11, 2017

4 tahap buasir yang perlu dipeduli sebelum ia menjadi semakin parah.

Buasir atau hemorrhoid ialah penyakit dikawasan dubur yang berlaku akibat pembengkakan pada kusyen vaskular .

Apabila kusyen vaskular mengalami tekanan dan stress  pada rektum ketika kita meneran saat proses pembuangan.


Bengkak ini berlaku disebabkan pengembangan salur darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.


Buasir dikategorikan kepada 4 tahap iaitu :



Tahap 1- berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

Tahap 2- disebabkan pergerakan usus,   bengkak keluar tapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula.

Tahap 3 - sama seperti tahap 2, tapi bengkak berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4 - darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Jadi,buasir akan berada di luar.





Rawatan buasir di hospital.
======================

Selalu bila dihospital pesakit yang mengalami buasir akan dirawat dengan mengikut tahap buasir mereka.


Bagi yang masih diperingkat awal cream hemorrhoid akan dibekal bagi membantu mengecutkan buasir tersebut.


ubat tahan sakit dan ubat suppository juga dibekalkan bagi mengecutkan buasir dibahagian dalam.


Bagi tahap yang teruk,satu pembedahan akan dilakukan bagi membuang buasir yang terjulur. Pembedahan ini dilakukan apabila ubat-ubatan sudah tidak dapat membantu menyelesaikan masalah buasir tersebut.


Tahukah kawan-kawan buasir dapat dicegah dengan mengamalkan supplement tambahan atau makanan tambahan yang betul. Ia dapat membantu menyelesaikan masalah suka meneran saat proses buang air besar dan juga membantu mengecutkan buasir yg dialami.


Ikuti pengalaman buasir pengguna shaklee ini yang telah mengambil produk shaklee bagi membantu masalah buasirnya. Disini..

untuk dapatkan set buasir boleh sj klik pada image dibawah ye :

Image result for esell shaklee

hubungi kak enan untuk dapatkan konsultasi secara percuma tentang kaedah dan cara makan supplemen ini dengan betul untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Untuk info lebih lanjut tentang supplemen yang membantu didalam masalah buasir ini boleh la hubungi kak enan ye..

posted from Bloggeroid

Buasir ketika hamil yang menganggu sembuh setelah amalkan supplement shaklee dengan konsisten.

Buasir kalau dibiarkan tanpa diambil peduli boleh menyebabkan masalah kepada kita. Ia juga boleh menganggu aktiviti seharian kita. Buasir ketika atau saat hamil sangat menakutkan sebenarnya.

Jika kita tidak ambil langkah-langkah untuk mencegah diperingat awal ,ia boleh menjadi atau berlaku berkali-kali dan menjadi masalah kepada kita.

Ikuti perkongsian dari ibu ini tentang masalah buasir yg dialami olehnya,dimana pada awalnya dia mengambil mudah tentang buasir ini.




SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 24: FARAH QURRATUN AINI

[BUASIR KETIKA HAMIL SEMBUH & JAUNDICE CEPAT TURUN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE]
.

Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.
.

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.
.

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita.
.

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras.
.

Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice
.

Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg.
.

Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!


Semiga dengan perkongsian daripada puan farah ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk mencegah diawal berlakunyanya buasir ni.

Jika anda ingin dapatkan info mengenai supplement yang dapat membantu masalah buasir ni boleh hubungi kak enan ye:

posted from Bloggeroid

Monday, May 8, 2017

10 tips ibu travel bersama bayi menaiki ETS.

Travel memang best sebenarnya. Travel sendiri memang tak banyak sangat keperluan yang perlu kita prepare sebabnya ia hanyala keperluan diri kita sj. Memang berbeza apabila kita travel bersama si kecil ini terutama apabila hanya kita berdua bersama dengan si kecil.


So kak enan nk kongsikan beberapa tip dari mula tempah tiket ets sehinggalah hari travel nya..



1. Time beli tiket tu...pastikan kita tau pilihan kita samada arah kerusi follow arah tujuan atau berlawanan.

Tip : kalau dr padang besar ,kepala ets akan bermula dgn Dock A,B hingga F . Dan kedudukan setiap no tiket adalah dr no 1 hingga no 19. No tiket yg follow arah tuju kita bermula dr no 1 hingga no 8..slps itu akan berada arah berlawan. So klu ets dr gemas pula adalah berlawanan dr arah yg kak enan bg tu. Ni klu beli online mudahla nak pilih seat pilihan kita ye.
Perlu juga tahu dock/coach mana yang ada tandas jika berlaku kecemasan la.samada baby perlu dibersihkan atau ibu yg perlu selesaikan hajat. 😍😎😎😎


2. Amik posisi sblh cermin agar mudah untuk buat baby melihat sekeliling.

Tips: borak dengan baby agar dia tak bosan jika baby tak tidur.


3. Pakaian baby. Pastikan pakaian yg boleh tahan sejuk. Berlengan pjg atau bw bj sejuk berseluar pjg atau bwla selimut.



4. Makanan. Make sure ada bekalan makanan kesukaan anak kita. Ataupun roti dan air minumannya. Walaupun dalam train ada bistro tp rasanya susah sikit kot kita nk gerak kesana kesini dengan babykan.


5. Mainan. Bawa juga mainan yang anak2 kita suka main agar masanya boleh diisi dengan main mainan tersebut. Bayangkan +- 5 jam tu masa perjalanan.



6. Biasakan di awal permulaan perjalanan dan didalam perjalanan membaca surah2 untuk pagar diri kita dan baby kita. Bukan apa baby kita ni bijakkan..


7. Beg. Pastikan beg mudah alih dan senang kita nak guna samada beg galas maupun beg sandang sisi bergantung pada keselesaan kitalah.


8. Tisu basah atau wet tissue juga penting untuk hal-hal kecemasan. Xperlu yg besar cukupla yg kecik bg setiap perjalanan kita tu.


9.Pakaian ibu. Sebenarnya ia mengikut keselesaan kita dan mudah bagi kita nak bergerak agar tak serabut atau ganggu pergerakan kita.kalau ibu nk.pakai shawl pastikan lesa pin shawl tu dan mesra baby. Baju pula jangan la yg meleret2 nanti susah nak bergerak juga. Apa-apa pun bergantunglah pada keselesaan ibu juga ye.


10. Kasut ibu. Pastikan kasut yang comfortable agar pergerakan ibu lebih mudah. Bayangkan kita nak carrier anak lebih 20 minit atau dalam masa sejam. Jadi kita perlu jaga posisi tulang kita dan keselesaan kaki kita juga ye.


Okla mungkin itulah serba sedikit perkongsian yang ingin kak enan rasa boleh dan bermanfaat pada ibu -ibu diluar sana yg ingin travel bersama baby buat kali pertama.

tips tambahan kepada ibu-ibu yang ingin travel bersama bayi.:
# pastikan menggunkan baby carrier soft support carrier (SSC) bagi memudahkan urusan dan menjaga keselamatan bayi kita saat bayi tidur dan jika ibu juga tertidur. Dengan SSC ini pergerakan ibu lebih mudah dan senang. InsyaAllah.


Semoga ia bermanfaat untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Ingin dapatkan vitamin bagi membantu kecergasan ibu saat travel bersama baby? Boleh saja dapatkan disini ye ;


posted from Bloggeroid

Sunday, May 7, 2017

5 tanda sakit yang tidak boleh diabaikan.

Habit atau tabiat atau perangai pada sesetengah orang yang suka menahan sakit tanpa mahu diperiksa adalah tidak bagus dan tindakan ini adalah kurang cerdik.



Ini kerana semakin lambat kita buat pemeriksaan semakin tinggi risiko sesuatu penyakit tersebut. Jadi jangan ambil mudah jika mengalami sesuatu gejala sakit yang berlarutan.

Ketahui 5 simptom kesihatan atau gejala sakit yang tidak boleh diabaikan iaitu :

✔ sakit kepala paling teruk yang pernah dialami ( nisbah 10:10)
✔pendarahan yang berlarutan( walaupun minor)
✔rasa pedih ulu hati yang teruk atau nafas pendek
✔kehilangan berat badan yang tidak diketahui punca
✔rasa sakit yang ekstrem dan tiba-tiba pada bahagian tulang belikat ( berpunca daripada jantung)

jika anda mengalami masalah atau sakit seperti diatas ambil langkah segera dengan jalankan pemeriksaan di hospital dengan kadar segera. Elakkan menangguh untuk membuat pemeriksaan.

Langkah pertama yang anda ambil untuk melakukan pemeriksaan boleh mengurangkan risiko untuk ke arah penyakit yang lebih kronik. Jadi pilihlah keputusan yang bijak.

Jika ingin mendapatkan vitamin shaklee bolehlah hubungi no tertera ye ;

posted from Bloggeroid

Thursday, May 4, 2017

Cegah batu karang berulang dengan makanan tambahan dan gaya hidup yang sihat.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit  perubahan hidup. Walau bagaimanapun, pulih daripada masalah ini tidak bererti dijamin untuk tidak berulang lagi.


Peratus untuk bekas pesakit menghidapi batu karang semula selepas 10 tahun adalah sebyk 50%.



Jadi tabiat pemakanan yang sihat secara konsisten serta mengamalkan makanan tambahan atau supplemen yg semulajadi membantu untuk mencegah batu karang daripada berulang.


Hari ni kak enan nak kongsikan aupplement shaklee yang membantu mencegah batu karang daripada berulang yang terdiri daripada :


Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.


Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress dan membantu menenangkan  serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang.


Vitamin C Sustained Released ini juga diambi untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid.


Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.


Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.


Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.


Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!


Jadi jika anda tidak mahu sakit batu karang berulang kembali amalkan lah gaya hidup yg lebih sihat dan amalkan pemakan yg sihat serta mengambil supplement yg membantu untuk.mencegah penyakit ini.


Untuk info lanjut tentang supplement shaklee boleh sj hubungi kak.enan ye.. Anda akan dikonsult dengan percuma serta penuh kasih..insyaAllah... 😁😁


posted from Bloggeroid

Wednesday, May 3, 2017

8 tanda anda menghidap batu karang yang boleh menganggu aktiviti harian.

Batu karang atau dalam istilah perubatan 'nephrolothiasis/renal calculi' adalah merujuk keadaan yang mana terdapat sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing.



Saluran ini merangkumi organ seperti buang pinggang,ureter,pundi kencing dan uretra yang berfungsi menapus darah untuk membyang kekotoran yang kemudian disingkit daripada tubuh.

Pembentukan batu biasanya mula terbentuk dibuah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi,batu uritenik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit merasa sakit yang teramat sangat.

Bagaimana batu karang terbentuk?

Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan-bahan seperti kalsium ,oksalat,asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Air kencing yang terlalu pekat akan menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal lalu bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.



Tanda -tanda anda menghidap batu karang ialah ;

1. Terdapat darah didalam urin.

2. Berpeluh secara berlebihan.

3. Kerap membuang air kecil.

4. Rasa sakit ketika membuang air kecil.

5. Ketidakupayaan nak buang air kecil dgn lawas akibat ada batu tersekat pada pundi kencing.

6. Hilang selera makan .

7. Muntah-muntah dan cirit birit.

8. Cepat letih dan rasa nak deman.


Bagi mereka yang menghidap batu karang ini..boleh ikuti beberapa panduan ini untuk untuk tingkatkan kesihatan  :


➡ banyakkan minum air  masak untuk membersihkan air kencing.

➡kurangkan pengambilan protein dari haiwan gantikan dengan protein dari sumber tumbuh-tumbuhan.

➡kurangkan pengambilan garam dan gula terutama seperti ikan masin dan jeruk.

➡Elakkan minuman manis seperti minuman berkarbonat. Ketahuilah akibat kekurangan potassium dan vitamin B6 ia mudah sbbkan batu karang terjadi.

➡Elakkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid oksalid seperti bayam,tomato ,lobak merah,daging dan teh.

➡ Pengambilan suplemen atau makanan tambahan yang  membekalkan vitamin yg diperlukan mampu mengelakkan masalah batu karang ini terjadi lagi. Boleh cuba amalkan set vitamin yg membantu mencegah batu karang .



Hakikatnya mencegah batu karang ini bukanlah rumit malah mudah saja jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh . Dengan sikap dan azam ingin sembuh daripada sakit batu karang ia mudah untuk dilaksanakan. InsyaAllah.


Nak cuba cegah batu karang dengan supplement shaklee boleh saja hubungi kak enan untuk info lebih lanjut ye :

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 2, 2017

Shaklee conference 2016/2017 membina seribu impian.

Shaklee conference baru2 ni mmg banyak sungguh auranya..
.
Bak kata ummi datang lah sc dan seraplah aura orang2 hebat ni...
.
Tambah2 sc kali ni ada speaker undangan dari team #ireach iaitu master lyna noh n master z...mereka ialah upline2 kak enan ye... Waaaa lagila tegak je bulu roma saat2 diaorg sharing nih.air mata pun xkurang hebat dok ngalir...
.
Antara point yang penting dan kak enan dapat saat sharing mereka ialah dan sgt berguna tuk bisnes kak enan ialah;
.
🌷fokus ; buat pilihan 1 bisnes kn fokus 100 peratus.
.
🌷 amalkan 3s dengan konsisten
- apa itu 3s( sharing,sponsor n servicing)
.
🌷 Jaga P &R dalam bisnes shaklee dan ajar downline ttgnya.
.
🌷klu stuck,jgn mudah mengalah pandang terus ke hadapan dan terus buat tanpa lihat ke kiri mau ke kanan.
.
🌷buat dan terus buat..lama2 ia jadi kebiasaan walau dlm apa jua keadaan..
.
Wah berkobar-kobar kak enan..klu kawan2 nak rasai juga apa yg kak.enan rasa ni meh klik.jer ebook ni dan rasailah sendiri ok..
.
https://www.facebook.com/ireach.my/posts/1394361070610641:0
.
Jom layan gambar sepanjang shaklee conference ni..

Sesi pendaftaran




speaker jemputan
Master lyna n master z



new master 2016/2017 in ireach group
Master adilah n master fahmy


bersama-sama group OMS yg dtg


2 orang upline kak enan yg tak pernah jemu membantu kak enan




bersama-sama #ireach group



semangatkan tengok sesi ni...meremang kome..berkobar-kobar semangatnya..moga terus kekalkan momentum..insyaAllah..

Mau sama2 kak enan...roger jer kak enan okey....

posted from Bloggeroid

13 simptom-simptom kanser yang sering diabaikan oleh kaum lelaki.

Kanser dan lelaki . Nak kata sinonim atau selalu kita dengar tu tidaklah sangat kan tapi sebenarnya ramai aje kaum lelaki yang menghidap kanser ni selalu dapat tahu dah stage 4 atau hampir kritikal baru dpt tahu.



Ini adalah kerana kaum lelaki ni suka sangat ambil mudah tentang kesihatan diri malah menganggap apa yang berlaku tu hanya sementara saja.



Kali ni kak enan nak kongsi tentang punca atau simptom-simptom kanser yang sering diabaikan oleh kaum lelaki.


Ketahui 13 simptom-simptom  kanser tersebut iaitu ;


1. Berlaku perubahan pada testis

2. sukar menelan

3. Berdepan masalah sewaktu membuang air kecil.

4.  Terdapat darah didalam urin atau najis.

5. Deria rasa berubah.

6. Kerap sakit perut dan murung.

7. Rasa sakit yang berterusan.

8. Kerap demam.

9. Sering letih dan kelesuan.

10. Perubahan pada nodus limfa.

11. Perubahan pada kulit.

12. Turun berat badan secara mendadak.

13. Perubahan pada payu dara.

 

Jadi kalau anda merasai seperti simptom-simptom di atas ..janganlah biarkan begitu saja. Ambillah langkah yang betul iaitu dengan jalani pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik-klinik swasta.



Ketahuilah mencegah itu lebih baik dari kita terus menzalimi diri kita dan keluarga yang tersayang kan...so buat keputusan yang bijak ok.


Ingin dapatkan makanan tambahan bagi tingkatkan mutu kesihatan anda? Boleh saja dapatkan supplement shaklee dari kak enan di bawah ye ;


posted from Bloggeroid