Thursday, March 30, 2017

Tingkatkan inteferon dalam tubuh dengan Nutriferon Shaklee

Sapa tak kenal buah labu?ishhh bior betul kamu tak kenal...jangan wat malu wehhh tak kenal buah labu...hihi.



Buah labu ni banyak khasiatnya. Antara nya ialah mempunyai vitamin A dan vitamin c yang tinggi serta mengandungi sumber kalsium,fosforus zat besi ,beta keretoid dan serat..



Manakala biji labu pula mempunyai khasiat yang bagus untuk masalah kecacingan kanak2. Mudah sj untuk membuat biji labu ni pada anak yg mempunyai kecacingan ini tapi cuma bimbang maukah mereka makan?

😎😎😎

Jadi yang paling mudah... Boleh je amik.nutriferon nih...lagi mudah..



Ok nutriferon ini dihasilkan dari 4 bahan utama iaitu bunga sunflawor,honey suckle,biji  plantigo dan sudah tentu biji labu.



Antara manfaat biji labu ni:
~cantikkan kulit dan mengurangkan kedutan
~atasi masalah kecacingan
~baik untuk kesihatan lelaki (prostat)
~melawan kanser
~awet muda
~antioksidan
~memerangi virus,kuman dan mikrob
~atasi jangkitan kulat

~mengurangkan senggugut dan lain-lain.

.

Nutriferon ni dikaji selama 40 tahun oleh pakar imun iaitu Dr.kojima dan ia telah dipaten kan oleh shaklee.bermakna hanya shaklee sj yg ada nutriferon ni tau.😍😍

.

4 bahan utama nutriferon ini mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran interferon tubuh.

.

Interferon ini mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imuniti tubuh.

.

Interferon juga bertindak sebagai imunisasi semulajadi dan menjadikan tubuh imun kepada penyakit.

.

Interferon juga bertindak sebgai perisai yang siap sedia menentang penyakit-penyakit yang dtg.

.
Wahhh...banyak betul ye kebaikan mengamalkan nutriferon  yang mempuyai interferon semulajadi ni ye..



Sebab itu kak enan sentiasa pastikan nutriferon ini sentiasa ada stok dirumah bagi bekalan untuk anak2 dan seisi keluarga kak enan. Jika ada je simptom-simptom nak demam.maupun selsema kak enan akan bagi nutriferon dlu sebagai perisai pertahanan imun tubuh.

.

Alhamdulillah sejak amalkan nutriferon ini tiada lagi demam atau selsema yang berpanjangan...alhamdulillah...

.

Eh..klu nak cuba nutriferon yang mengandungi inteferon yang semulajadi ni ,rogerlah kak enan ye.. 01120757343.

Ingat tau...😘😘😘



posted from Bloggeroid

Friday, March 24, 2017

Perlukah ambil vitamin lagi jika telah ambil makanan yang cukup vitaminnya?

Kenapa kita perlu mengambil vitamin atau supplement juga walaupun kita makan dah cukup keperluan yg diperlukn oleh tubuh badan kita?



Persoalannya...betulkah apa yg kita makan dari pengambilan diet harian kita mencukupi keperluan makanan sel2 kita.

.

Adakah makanan yg kita ambil ditanam tanpa menggunakan bahan kimia maupun baja kimia?



Terjaminkah kita protein dari ayam atau daging yg kita makan masih ada dan mencukupi keperluan diet kita setelah menjalani proses memasak diatas api yg panas tu?

.

Dan adakah  udara yang kita hirup ini benar2 bersih tanpa toksin dan bahan bahan kimia?

.

Hah ...oleh kerana persoalan diataslah kita perlu tahu adakah apa yg kita makan benar2 mencukupi diet dan keperluan zat sel-sel didalam tubuh badan kita. 

.

Ini adalah untuk mengelakkan sel-sel tubuh badan mudah mengalami tekanan oksidatif dan mengidap penyakit neurodegeneration.

.

Maka disebabkan kita perlu lengkapkan keperluan zat-zat yg diperlukan oleh sel-sel kita..kita perlulah lengkapkan keperluan tersebut dengan mengambil supplement tambahan atau vitamin tambahan yg diperlukan agar sel-sel kita kekal sihat . 



Makanan,udara,tanah dan air yang kita minum sekarang tidak seperti nenek moyang kita yang dulu. Pada zaman kita ni..udara tercemar dengan asap2 kilang dan kenderaan. Tanah tercemar dengan bahan toksik dari baja kimia malah makanan yg kita makan juga mengandungi toksin tanpa kita sedar.

.

Selain itu gaya hidup yg tidak sihat  seperti pemakanan yg tidak seimbang ,stress dan tiada masa untuk berehat menyebabkan perlunya kita mengambil makanan tambahan .

proses penyimpanan,pembekuan dan pemprosesan makanan yg lama juga menyebabkan kehilangan nutrien didalam makanan kita. Jadi pentingnya kita menambah dengan makanan tambahan atau vitamin yg penting.

.

Jadi walau makanan harian kita dah cukup lengkap vitamin kita tetap perlu mengambil makanan tambahan untuk mengisi lopong vitamin dan nutrien yg hilang dan tidak cukup.

.

Malah bagi mereka yg sakit keperluan makanan tambahan atau vitamin ni lagi penting kerana nak baiki sel-sel yang sedang mengalami kerosakan tanpa kita tahu dan tanpa kita sedar.

.

Nah sekarang tahu dah kan betapa pentingnya kita mengambil makanan atau vitamin ni. Tapi perlu berhati-hati didalam membuat pilihan vitamin ye. Pastikan vitamin yang diambil bukan dari vitamin sintetik ye. 😎

.

Perlu pastikan juga vitamin yang diambil adalah vitamin yang semulajadi ,selamat dan berkesan... Macam pilihan kak enan sudah tentulah vitamin dari SHAKLEE.



Nak tahu apa lagi keperluan vitamin dan bg melengkapan yg keperluan tubuh badan kita?

Roger ajer kak enan ye...insyaAllah kak enan akan terangkan apa yg diperlukan..


Jangan lupa...nak vitamin shaklee roger kak enan lekaih ye...


posted from Bloggeroid

Monday, March 13, 2017

Jujur landasan dalam urusan perniagaan untuk berjaya.

Dalam setiap perhubungan maupun urusan harian ada satu sifat yang memainkan peranan yang sangat penting. Ia berkait rapat dengan banyak perkara didalam urusan kehidupan. Tanpa ia akan rosak perhubungan yang dibina walaupun telah sekian lama.

.

Itulah kejujuran.. Kejujuran sering kali dikaitkan didalam apa jua perjalanan dalam kehidupan kita. Sama da kejujuran dalan perhubungan kekeluargaan ,jujur dengan Allah, Jujur dengan diri sendiri ,jujur dalam perniagaan ,jujur dengan rakan-rakan dan byk lagi yang berkaitan didalam urusan harian kita.

.

Jujur sangat penting didalam urusan perniagaan dimana apa jua akad beli dalam perniaagaan ni perlu sangat  agar nilai hasil yang kita perolehi itu lebih berkat.

.

Alhamdulillah sebab itu dlm urusan perniagaan jualan online kak enan ni..kak enan sangat tekan kan sifat jujur ni. Apa jua urusan pembelian didalam group bersama2 anak shaklee kak enan, juga pembelian diantara pelanggan kak enan sangat-sangat kak enan jaga. Kerana dengan kejujuran akan lahir perasaan trust orang-orang disekeliling terhadap apa yang kita jual dan apa yang kita kongsikan.

.

Berkongsi info kesihatan yang sebetulnya sangat memainkan peranan dalam urusan jualan online kak enan ni. Sukar rasanya dimaafkan bila kita dapati ada peniaga online yang kurang jujur dalan urusan jual beli kan.? Jadi sebab  itulah jujur menjadi pegangan kak enan .apa yang kita jual kita tahu benefitnya,masalahnya dan jika ia merbahaya pada pelanggan harus sejujurnya memberitahu bahawa ia memang tak sesuai tuk pelanggan tu. 

.

InsyaAllah dr situlah terhasilnya trust atau kepercayaan yang mana lebih membawa kepada kebaikan didalam urusan jual beli kita insyaAllah..

.

Yakin Allah itu ada..jadi jujurla kita berniaga..


#tsunamishaklee #thebestone #omsgroup #pengedarshakleeperlis

posted from Bloggeroid

Thursday, March 9, 2017

Bagaimana omega guard membantu masalah keradangan?

Lewat hari ini seringkali kita dengar pelbagai  jenis penyakit yang berkait rapat dengan keradangan. Radang sendi,radang paru-paru ,radang lidah dan macam-macam lagi jenis radang. Pendek kata banyaklah kan...



Keradangan atau inflamasi ini sangat bahaya jika ia tidak di rawat dengan betul.

.

Kalau ada mereka yang sering mengalami dan datang bertanya kepada kak enan tentang cara untuk membantu mengurangkan keradangan ni kak enan akan cadangkan salah satu supplement didalam set2 tersebut mestilah ada omega guard shaklee.

.

APA SEBAB OMEGA GUARD SHAKLEE?

Ini adalah kerana didalam omega guard shaklee mengandungi omega 3  dimana omega 3  ini adalah blok binaan kepada ecosanoids yang mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya ialah membantu mengurangkan keradangan atau anti radang.



Ecosanoid ini adalah hormon yang diubah dalam badan samada daripada omega 3 dan omega 6.

.

Ecosanoid yang dihasilkan dari omega 3 adalah anti-keradangan,mengurangkan daeah beku dan mengembang kan saluran darah agar daeah mudah mengalir dengan baik.



Omega 3 terbukti mampu merendahkan LDL dan meningkatkan HDL . LDL yang berlebihan didalam darah akan menyebabkan adanya plug pada salur darah yang boleh menyebabkan keradangan dimana apabila salur darah pecah dan terjadinya blood clot atau darah beku yang boleh menganggu peredaran darah. Dan kesan daripada itu ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku dengan tiba-tiba.

.

Jadi pengambilan omegaguard shaklee secara konsisten mampu membantu mengurangkan masalah keradangan yg dihadapi.

.

Pastikan pengambilan diet harian kita balance diantara omega 6 dan omega 3 agar ia tidak akan menganggu agen-agen pro dan anti-keradangan didalam badan kita. Inibadalah kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk mengidap penyakit yang kronik seperti diabetes,arthritis ,astma dan lain-lain lagi.

.

Kalau ada simptom-simptom.sakit kepala tu..lekaih-lekaihla p jumpa doktor buat blood test ye..jgn sampai dah kronik baru tahu ..bahaya tu.... Nak ikhtiar dengan supplement shaklee pun boleh,roger aje kak enan k..  

🌷01120757343🌷



#tsunamishaklee #thebestone #omsgroup #pengedarshakleeperlis #shakleegerik #pengedarshakleegerik #pengedarshakleegerik #antiradang #inflammation 

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 8, 2017

Kurangkan gula dalam darah dan risiko komplikasi diabetes dengan ESP SHAKLEE.

Diabetes atau kencing manis adalah salah satu pembunuh senyap dikalangan rakyat malaysia. Menakutkan bukan?
Ia datang dalam pelbagai faktor terutama dari segi gaya hidup,pemakanan dan juga keturunan.


.

Diabetes berlaku dimana tahap gula didalam darah lebih tinggi dari paras normal. Diabetes terjadi apabila pankreas didalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri. Dengan berkesan. Jadi bila jadi gini ramailah yang terpaksa menyucuk insulin sendiri.

.

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk menbawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu ,dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

.

Apabila berlaku kekurangan insulin ,gula tak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu,maka paras gula dalam badan akan meningkat . Ini akan merosakan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

.

ESP DAN DIABETES

*



tahukah kawan-kawan didalam badan kita ada non essential amino asid . Iaitu dimana hati manusia menghasilkan 80% asid amino ,dan 20% lagi diperolehi dari diet seharian kita.

.

Hati kita menghasilkan asid amino : alaine arganine,aspartic asid,citrulline ,cystine,gamma amino asid,glutamine,glycine,ornithine,proline ,serine,taurine,tyrossine ..

Perghhh...agak2 boleh ingat tak...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi itulah semua asid amino yg dihasilkan oleh hati kita dimana setiapnya ada fungsi tersendiri. Dan  salah satu asid amino iaitu arganine berfungsi membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa dalam badan kita. Berkait rapat dengan diabetes.

.

Manakala 20%essential amino yg perlu kita dptkan dr diet pemakanan harian kita ialah  histidine,isoleucine,leucine,lysine,methionine,phenylalanine,threorine,trytophan dan valine. 9 essential asid amino ini terdapat didalam ESP SHAKLEE dan makanan yg turut ada ke 9 asid amino ini ialah daging namun daging mempunyai lemak yang tinggi.


Bagaimana ESP membantu Pesakit DIABETES?

***

Mereka yang mempunyai diabetes perlu mengawal corak pemakanan agar tidak mengalami  hiperglikemia yang berkait rapat dengan kerosakan berpanjangan tubuh badan serta kegagalan pelbagai organ dan tisu.

.

Esp adalah minuman soya non -gmo yang ber glisemik indeks yang rendah. Jadi ia boleh membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan akan mengurangkan risiko komplikasi.

Malah esp juga mengandungi 9 asid amino lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita bg melengkapkan keperluan 20% asid amino dari diet pemakanan harian.

.

Esp mengandungi asid amino isoleucine dan leucine yang mampu mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga..

.

Kajian mendapati pesakit diabetes yang mengikuti diet 'low glisemix indek' selama 6 bulan mempunyai gula dalam darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikut diet2 lain.

.

Wah ...jadi terbukti ESP SHAKLEE sangat membantu untuk mereka yang ingin mengawal kandungan gula dalam darah dan ingin mengurangkan risiko komplikasi diabetes .

.

Jadi dapatkan esp sekarang sebagai makanan tambahan bagi melengkapkan keperluan asid amino anda dan sebagai makanan tambahan untuk tingkatkan kesihatan kita.



Roger kak enan untuk info lebih lanjut ttg ESP ..oh ye bukan pesakit diabetes je boleh amalkan ESP ni..mereka yang ingin cantik,inginkan tenaga ,ibu menyusu dan ibu didalam pantang juga boleh amalkan ESP ni ye.banyak sangat benefitnya..



Roger kak enan disini ye.. ➡01120757343



#tsunamishaklee #pengedarshakleeperlis #pengedarshakleegerik #shakleekangar #shakleegerik 

posted from Bloggeroid

Monday, March 6, 2017

Pulihkan sel-sel kanser dengan bantuan vivix.

Sedih sungguh kan bila org yg kita tengok sihat jer selama ni tetiba dapat berita dapat kanser stage 4...😭😭😭 dan doktor plak sahkan yg hayatnya tak lama..dlu jarang2 kita dengar penyakit kanser ni tapi sekarang ni macam.dah biasa kan..tahu2 lak dah stage 3 atau 4...huhuhu..allahu...berat nya rasa hati bila dengar kan...



Apa sebabnya ye kanser atau penyakit2 yang bermacam-macam yang kita dengar sekarang nikan?..

Ok hari ni kak enan nk berkongsi ilmu tentang sel-sel didalam badan kita. Kenapa kita perlu jg dan bagaimana kita nak jaga agar dalam badan kita hanya ada sel-sel yg sihat..

.

Tahukah kawan-kawan dalam badan kita ada sel-sel hidup yg juga hidup seperti kita ; makan,berkumuh dan membiak. Dr kita didalam rahim ibu lagi sel-sel ini telah hidup dalam badan kita sehingga sekarang,menjalani rutin macam kita ,bila sampai usia matang dan tua dia akan mati dan mengganti sel-sel baru yang lebih sihat .bukan satu sel ye malah beribu-ribu sel didalam badan kita ni...



Akibat dr pencemaran udara,toksin ,bahan kimia ,radikal bebas ,radiasi dan kecederaan ,trauma sel-sel didalam badan kita boleh mati sebelum usianya. Malah boleh tercedera dan rosak. Proses sel yg mati  atau tercedera ini dipanggil necrosis. Sel-sel yang rosak ini mampu untuk membaiki dirinya . DAN  jika sel yang rosak ini tak dapat dibaiki dia akan terus ke proses semulajadinya yg dipanggil apoptosis iaitu menghantar dirinya ke tpt sel dimatikan.

.

Akibat dr faktor-faktor luaran tadi seperti radikal bebas ini..sel-sel didalam badan  tidak melalui proses kehidupan semulajadinya.. Sel-sel yang rosak tidak melalui proses apotosis malah ia menduplicate sel-sel yang telah mengalami kerosakan ini ,membiak dan membiak maka terhasil sel-sel yang cacat lebih byk didalam bdn kita,maka sel-sel inilah yang akan menjadikan sel kanser. 



Jadi pentingnya kita menjaga kesihatan dr peringkat awal dan dalaman lagi terutama dr segi kesihatan sel-sel kita. Disinilah Vivix memainkan peranan yang sangat penting.

.

Kenapa kak enan kata vivix terbaik? Sebabnya vivix mempunyai 4 mekanisma yang penting dalam menjaga dna sel agar lebih sihat iaitu 

➡pembaikan sel

➡perlindungan sel

➡tenaga sel

➡prestasi sel

.

Vivix yang mengandungi polifenol dan resveratrol yang mampu bertindak sebagai sistem imunisasi untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan maupun membiak sel-sel yang cacat.



Vivix yang mengandungi resveratrol ini mampu membina daya ketahanan terhadap kanser melalui 3 fasa iaitu :

1. Fasa 1 - mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen2 karsinogenik.

2. Fasa 2- mengaktifkan gen sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel kanser.

3. Fasa 3- mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.



Nah inilah sebab kenapa kak enan sering mengesyorkan Vivix pada setiap mereka yang ingin tingkatkan kesihatan dan ingin melawan kesakitan serta ingin berikhtiar agar kembali sembuh dari penyakitnya.

Betapa bernilainya kesihatan itu apabila sudah jatuh sakit ..

Jadi sebelum terlambat ubah gaya hidup kita ,tingkatkan kesihtan kita dan amalkan VIVIX sebelum terlambat.



Vivix sesudu setiap hari untuk lebih sihat,menghalang kanser dan kekal awek muda juga...

.

Dapatkan dari kak enan untuk info lanjut tentang vivix ye .πŸ’01120757343 .

posted from Bloggeroid

Thursday, March 2, 2017

Berikhtiar dengan vivix agar ibu dapat kembali sihat seperti biasa.

Assalamualaikum..apa khabar semua...
Alhamdulillah semiga sentiasa sihat hendaknya...

Hari ini kak enan nak berkongsi tentang kisah mereka yang mengamalkan supplement shaklee untuk tingkatkan kesihatan dan sebagai ikhtiar mereka bagi penyakit mereka...insyaAllah...

Jom baca......


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

TESTIMONI 8 : A'BIDATUL MU'TADILLAH
MOTOLANI

[KESIHATAN IBU SEMAKIN MENINGKAT SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE]
.

Pada 1 September 2016 kami sekeluarga dilanda kebimbangan apa bila mak saya tidak sihat. Mak tiba-tiba jadi lemah sebelah badan sebelah kiri. Berjalan pun seret kakinya. Hati mana yang tak risau. Macam-macam benda difikirkan.
.

Pada keesokan hari adik bawa mak jumpa doktor. Alhamdulillah tidak serius. Mula-mulanya mak ada bagi tahu jari manis sebelah kirinya tak boleh dibengkok. Ingat biasa-biasa je lah. Rupanya dia melibatkan sarafnya melekat. Bila dah jumpa doktor jadi kita tahulah kan apa sebabnya.
.

Saya yang duduk di Gopeng ni bergegas pergi branch Ipoh pergi beli sebotol Vivix. Tak fikir lain dah. Nak mak sihat. Terus hantar kat mak. Disamping itu kami hantar mak berurut 3 hari berturut -turut untuk membetulkan urat-urat yang bermasalah.
.

Alhamdulillah selepas 2 minggu mak dah nampak cergas. Muka yang sebelum ni nampak mcm turun pipinya dah kembali asal balik dan yang seronok nya mak dapat pergi berjalan-jalan ke Pulau Pinang.
.

Selepas kejadian tu saya usaha untuk bagi mak konsisten minum Vivix. Alhamdulillah hari ini jari mak dah boleh lipat sepenuhnya tanpa sebarang pembedahan dan cucuk seperti yang disarankan doktor.
.

Hari ini mak punya muka merah pink je,ceria dan cergas. Mak ni pantang sihat suka lah dia berkemas di tepi rumah sambil membelai pokok-pokok bunganya.
.

Terima kasih Vivix, terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.




nak.berikhtiar dengan vivix ?jom dapatkan vivix twinpack dgn freevreg keahlian sekarang...



untuk maklumat lanjut tentang promosi vivix twinpack ini bolehlah hubungi kak enan ye..


posted from Bloggeroid