Monday, January 25, 2016

Tanda-tanda penapis buah pinggang bocor



Assalamualaikum semua..
Didoakan semua pembaca blog akak ni didalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.

Pernah tak kawan-kawan dengar perkataan ini NEPHROTIC SYNDROME ?

Apa itu Nephrotic Syndrome ni?
Bunyi pun cam pelik je kan...nak sebut pun terkial-kial lidah ni hah.

Nephrotic Syndrome ini adalah dalam istilah kesihatan. Maksudnya dalam bahasa mudah dan terhampir ialah masalah buah pinggang bocor.

Didalam buah pinggang kita yang normal terdapat satu penapis yang dipanggil 'Glomeruli'.
Tugas penapis ini ialah untuk menapis protein dari terkeluar ke dalam air kencing kita.
Jika penapis ini gagal berfungsi dengan baik badan kita akan kehilangan protein yang sangat penting untuk tubuh badan kita.
                                    

Apakah punca terjadinya buah pinggang bocor ni ye?

Punca ini masih belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh.salah satu punca yang biasa ialah jangkitan kuman dalam darah  seperti sifilis , aotoimun (SLE) ,penyakit darah sejak lahir atau kencing manis.

Tanda gejala nephrotic syndrome atau buah pinggang bocor 

Antara tanda-tanda terjadinya buah pinggang bocor atau nephorotic syndrome ini ialah :



  • Badan berasa lemah dan tidak bermaya
  • kencing berbuih-buih
                                                     
  • perut kembung
  • cirit birit
  • sakit perut
  • kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri
  • mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi ketika bangun dari tidur.                                            

Untuk mengetahui tentang  kaedah rawatan yang perlu bagi buah pinggang bocor atau nephrotic syndrome kawan-kawan boleh baca disini.

moga  maklumat dan perkongsian diatas memberi informasi terbaru untuk kita didalam menjaga kesihatan dan mengambil berat tentang tindak balas tubuh badan kita.

                                                               Image result for sayang buah pinggang




Jika anda berada di sekitar negeri perlis anda boleh dapatkan supplemen shaklee dari saya  secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee area kangar ini.

Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 01120757343
Email : lovetinimade@gmail.com
FB : Hartini Zulaikha


1 comment:

Kakmastory said...

Mmg pelik nama penyakit ni.selama ni tahu pun kewujudan penyakit ni.