Friday, January 22, 2016

Bahaya slip disc bagi mereka yang berusia.

Assalamualaikum semua.

Hari saya ingin kongsikan mengenai sakit tulang belakang atau slip disc. Pada mulanya saya menyangkakan sakit belakang ni hanyalah sakit biasa sehinggalah rakan pejabat saya berkongsi masalah suaminya yang selalu sakit pinggang. Hasil dari rawatan bertemu dengan doktor suaminya disahkan mempunyai masalah slip disc atau sakit disc tulang belakang.

Apa itu slipped disc?

Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras.Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkinmemerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.




Terdapat beberapa punca dan faktor berlakunya sakit belakang atau slip disc ini.Slip disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahagian organ dan tisu yang lain di sekeliling disc rosak. Ini menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar.



Tidak ada penyebab yang pasti kenapa ianya terjadi, Namun sebahagian berat kes slipped disc disebabkan oleh faktor usia. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.



Faktor-faktor dibawah ini dapat meningkatkan tekanan dan ketegangan pada tulang belakang anda.

#Pekerjaan yang melibatkan anda menangkat beban yang berat.

#Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi,lori dan lain-lain)

#Berat badan yang berlebihan

#Menyertai sukan angkat berat.

#Mempunyai kecederaan belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta dan kecederaan sumsum tulang belakang.

#Bersifat suka membongkok.

#Perokok.


Apakah simptom slipped disc?

*kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
*kesakitan yang meliputi lengan atau kaki
*kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
*sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
*sakit apabila berjalan jarak dekat
*kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
*kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas

CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’

Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:

#Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
#Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
#Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
#Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.

Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan.
Contoh pendakap tulang seperti dibawah :


Postur duduk maupun berdiri adalah sangat penting.ia sangat berkait rapat dengan masalah slipped disc ni.





Antara supplement yang boleh membantu masalah slipped disc ni ialah set sendi iaitu terdiri daripada
1. Advanced joint herbal tablet (AJHT)
2.OMEGA GUARD
3. OSTEMATRIK
4. VIVIX






posted from Bloggeroid

No comments: