Thursday, July 2, 2015

Tips memilih makanan yang sihat.

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah bersyukur masih bernafas dipertengahan ramadhan 1436 H..
bersahur tadi makan apa ye kawan-kawan?
masih ingat lauk berbuka semalam..beli ke masak sendiri tu? hihi
kalau masak sendiri alhamdulillah pastinya marvellous kan hihihi...
kalau beli pastikan gerai yang dipilih bersih dan penjualnya juga turut menjaga kebersihan gak ye..

sekadar perkongsian untuk peringatan kita dalam memilih makanan yang sihat sepanjang ramadhan ini agar ibadah kita tidak terganggu insyaAllah..




1.ketika memilih makanan atau untuk membeli makanan yang siap dimasak pastikan memilih makanan yang tidak mempunyai lemak yang tinggi. Pastikan memilih pengambilan lemak baik dari sumber kekacang dan buah-buahan sebab ia tidak membuatkan perut kita merasa sebu setelah habis makan.





2.Elakkan membeli makanan yang mengandungi bahan pengawet. Jika membeli pastikan baca dahulu label makanan tersebut dan pilih yang tiada bahan pengawet.


3.Warna sangat memainkan peranan..dalam pemilihan jus buah-buahan atau air minuman pastikan kita membeli yang tidak dicampur dengan bahan pewarna ye.


4.Ketika memasak elakkan pengambilan MSG yang tinggi didalam masakan kita.

5.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan didalam bulan puasa ini bagi melengkapkan vitamin , mineral air ,antioksidan dan serat didalam tubuh badan kita.




6.Cara kita olahkan makanan memainkan peranan juga. Untuk tips makanan yang sihat ni lebih baik kita mengamalkan teknik memasak yang kurang menggunakan minyak .Amalkan memasak secara bakar , rebus atau kukus agar  zat yang terdapat dalam makanan tadi tidak hilang dan sudah semestinya bila kita makan masakan tersebut, kita akan mendapat zat tersebut.insyaAllah.


7. Mengamalkan pengambilan air putih didalam bulan ramadhan amat perlu untuk kurangkan kita dehidrasi pada waktu siang saat-saat kita berpuasa. Elakkan mengambil minuman yang bergula tinggi dan mempunyai kafein yang tinggi saat-saat berbuka dan bersahur. 





moga bermanfaat serba sedilit tip dari saya ini untuk anda semua sepanjang ramadhan ini dan kalau boleh jom sama-sama amalkannya berterusan selepas ramahdhan ini juga..
JOm ubah gaya hidup lebih sihat.

No comments: