Tuesday, July 7, 2015

Tip untuk kurus , sihat dan anggun di pagi raya..

assalamualaikum....dah masuk fasa ke tiga ramadhan.
saat-saat ini adalah waktu yang afdal untuk memantapkan momentum ibadah dan berdoa memohon apa saja yang kita hajatkan...InsyaAllah..

Saat-saat Hampir nak raya ni ramai pstinya ingin kelihatan sihat, kurus dan anggun bergaya di pagi rayakan, betul tak?

disini saya nak kongsikan sedikit tip yang berguna agar boleh diguna pakai untuk semua ,InsyaAllah.

Walau bagaimana pun semua tip dibawah ini perlu diamalkan dalam masa kurang 10 hari lagi sebelum menjelangnya aidilfitri , jadi untuk itu anda perlu konsisten mengamalkan nya InsyaAllah..


Tip ini dikongsi oleh pakar nutrisi Shaklee dan pakar fitness..

1) Lakukan senaman ringan mengikut rutin setiap hari . 
    Kata Kevin azhari " mengamalkan senaman   Intensif rendah ( heart rate slow jog atau brisk walk)1 jam sebelum berbuka adalah waktu terbaik untuk bakar lemak".
    Walau bagaimanapun pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan             orang sebelah tanpa rasa tercungap-cungap.

2) Mengamalkan pemakanan yang sihat saat-saat berbuka dan bersahur.
   - Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak ,kolestrol yang tinggi dan kafein.
     Mengamalkan pengambilan jus buah-buahan,sayur- sayuran dan memilih cara masakan makanan yang sihat akan  membantu anda mengurangkan berat badan anda sepanjang ramadhan ini.




3) Mengambil supplemen.
    - mengambil supplemen membantu melengkapkan nutrion yang tidak lengkap dan yang kita tidak dapat perolehi dari pemakanan seharian kita. Jadi suplemen yang diambil membantu melengkapkan sel-sel yang perlu didalam badan dan seterusnya memberi tenaga serta kesihatan imun badan kita.
  


 Moga tip diatas berguna untuk anda. Diharapkan boleh terus diamalkan walaupun badan anda sudah kurus dan mencapai berat ideal yang diidamkan. Pastikan anda tidak menggunakan diet yoyo kerana ia akan meningkatkan lagi kadar kenaikan berat badan anda tanpa anda sedari...
Apa itu diet yoyo?
nak tahu klik di sini ye...

ok berjumpa lagi di lain entry ye..
selamat berpuasa dan menambah ibadah di penghujung ramadhan...