Sunday, June 7, 2015

Zat Makanan Penting Semasa Hamil PART 1

Assalamualaikum semua...

Mengandung kali ini membuatkan saya lebih banyak mencari informasi tentang zat-zat yang sangat perlu diambil oleh ibu semasa hamil. Bukan hanya untuk kandungan saya tetapi untuk tubuh badan saya agar kekal aktif dan sihat sepanjang kehamilan untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak yang lain..

Jadi jom sama-sama kita tambah input tentang ini...

ZAT-ZAT YANG PENTING

o   DHA   o


kajian menunjukkan Omega-3 seperti DHA banyak ditemui didalam otak,saraf dan retina.Oleh itu, ia dipercayai membantu perkembangan otak dan mata bayi maupun kanak-kanak.
Jika anda memperolehi bekalan DHA yang mencukupi pada peringkat akhir kehamilan, anda akan melahirkan bayi yang memiliki status DHA yang baik.
       Kajian turut menunjukkan kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil supleman DHA semasa hamil dan ketika menyusukan,menunjukkan prestasi kognitif san keputusan ujian IQ yang lebih berbanding kanak-kanak yang mana ibunya tidak mengambil suplemen DHA.
       Antara lain suplemen omega-3 dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.malaj pengambilan DHA turut digalakkan kepada anda yang merancang untuk memiliki anak melebihi daripada seorang. Hal ini kerana kajian membuktikan kelahiran yang ramai menjejaskan tahap DHA tubuh ibu dan merencatkan status DHA anak yang dilahirkan.Omega 3 boleh didapati daripada minyak ikan , kacang walnut dan lain-lain lagi.



Jadi disarankan ibu hamil mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA asid lemak omega-3 setiap hari. Supplemen yang dicadangkan oleh saya dan saya amalkan ialah OMEGA GUARD SHAKLEE.


o   PROBIOTIK   o

Bakteria hidup bermanfaat kepada kesihatan kerana didalam usus, probiotik menghasilkan enzim dan vitamin B tertentu.Pengambilan suplemen probiotik yang berkualiti tinggi berupaya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien serta dapat mencegah sembelit dan radang usus.keberkesanan probiotik untuk  sistem imunisasi berjaya dibuktikan menerusi jakian ke atas bayi dan kanak-kanak.
     Probiotik tidaj sahaja bermnafaat untuk usus anda,malah berguna dalam mencegah penyakit urogenital seperti jangkitan saluran kencing ketika hamil. Jenis-jenis bakteria yang digunakan untuk menangani jangkitan saluran kencing,yis dan kulat adalah Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillys Reuteri RC-14. Untuk pengetahuan anda, suplemen probiotik adalah selamat untuk diambil dalam jangkkka masa panjang.



o  ASID FOLIK   o

Ia penting dalam pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yang mengangjut oksigen je sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf( NTD).Ibu hamil disarankan mengambil 400-600 mcg asid folik sehari.
ia boleh didapati daripada sayur berdaun hijau dan kekacang.ketahuilah pengambilan suplemen folat sebelum dan semasa 2 bulan pertama kehamilan dapat memberi perlindungan kukuh terhadap kecacatan tiub saraf seperti Spina bifida.



o   KALSIUM DAN VITAMIN D   o

bagi perkembangan tulang dan gigi yang sihat,pengambilan vitamin D dan kalsium patut diberi perhatian sewajarnya. Vitamin D boleh diperolehi daripada cahaya matahari,susu dan produk tenusu. Fungsinya ialah membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.
     Disebabkan keperluan kalsium bayi meningkat, ibu hamil perlu menambah pengambilan kalsium harian bagi mencegah kehilangan kalsium daripada tulang.Kalsium pula boleh diperolehi daripada susu, produk tenusu , bayam ,tofu,ikan bilis dan ikan sardin. Ibu hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya 1000-1200mg kalsium sehari.



Sampai sini dulu untuk kali ini...saya akan bersambung untuk part 2 nanti ok.InsyaAllah..

Sambungan nya di sini --> PART 2







No comments: