Friday, June 19, 2015

Zat Makanan Penting Semasa Hamil PART 2

Assalamualaikum semua...

alhamdulillah hari ni 2 ramadhan 1436H... syukur masih dapat bersama ramadhan kali ini..

Kali ini sungguh istimewa bagi saya kerana insyaAllah akan berpuasa penuh sempena ramadhan ini dengan usia kandungan saya mencecah 24 minggu pada minggu ni....  Alhamdulillah...

ok kawan-kawan...saya nak sambung berkongsi tentang zat makanan yang diperlukan oleh ibu yang hamil.

Kenapa ibu hamil memerlukan zat yang secukupnya?
Ini adalah kerana untuk pembesaran badan dan otak yang diperlukan oleh bayi dan juga bagi tubuh badan ibu hamil agar kekal sihat sepanjang kehamilan.

Sambungan dari sini ye PART 1 jom kita sambung.....

o  KARBOHIDRAT  o



Karbohidrat berfungi membekalkan tenaga untuk badan sepanjang hari. Jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari ialah sekitar 55% jeperluan tenaga yang boleh didapati daripada sumber karbohidrat. Sumber karbohirat yang penting adalah nasi,pasta,bijirin,roti bijirin penuh, dan kentang.


o  PROTEIN  o

Protein sangat penting untuk sel-sel baru bayi. Lebih kurang 80gm proten diperlukan daripada pelbagai sumber protein yang diambil oleh ibu hamil. 10gm digunakan di keseluruhan waktu trimester pertama. ketika trimester ke 2 10 gm diperlukam setiap minggu ,dan 10 gm setiap hari diperlukan di penghujung trimester kehamilan. sumber makanan ini merangkumi jenis makanan seperti daging , ikan , ayam , telur putih , kekacang dan tofu.


o  VITAMIN C  o

Vitamin c juga dikenali sebagai asid askorbik. vitamin iini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kedihatan gusi , tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh. Ibu hamil dan bayi memrlukan vitamin c mencukupi setiap hari kerana ia penting untuk pembentukan kolagen sebagai komponen tulang rawan,otot,tulang dan kulit.



Berdasarkan kajian , penyelidik percaya bahawa kekurangan vitaminc di kalangan bayi baru lahir boleh melemahkan perkembangan mentalnya. anda boleh memperolehi vitamin c daripada buah-buahn sitrus,sayur-sayuran hijau, jambu batu dan tomato.


o ZAT BESI  o

Ibu hamil memerlukan 30 mg zat besi setiap hari. Zat ini penting untuk membentuk hemoglobin bagi menghindari diri daripada masalah anemia. Tanpa zat besi yang mencukupi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sehingga boleh menjejaskan fungsi organ dan tisu tubuh akibat kekangan oksigen. Keadaan ini turut membahayakan bayi didalam kandungam disebabkan oleh kekurangan oksigen.



Nutrien ini boleh ditemui dalam kebanyakan jenis makanan , namun sumber haiwan(daging) lebih mudah diserap oleh tubuh badan berbanding sumber tumbuh-tumbuhan.( sayur-sayuran)


o  AIR  o

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan tubuh badan agar tidaj dijangkiti penyakit kerana ia boleh memudaratkan bayi didalam kandungan. Oleh kerana itulah, ibu hamil digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam dan selsema.



Adalah sangat penting untuk ibu hamil minum air didalam jumlah dan kuantiti yang mencukupi. Tambahan pula , isipadu darah ketika hamil meningkat secara mendadak. Jadi dengan meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari turut boleh mengelakkan masalah-masalah berbangkit seperti dehidrasi dan sembelit.



~ kajian : 56% orang dewasa mengambil suplemen tambahan untuk memenuhi keperluan makanan seharian.


Vitamin-vitamin diatas boleh juga didapati didalam bentuk suplemen.
Bagi ibu hamil keperluan zat -zat ini sangat penting ,anda boleh memilih untuk mendapat sumber vitamin tambahan daripada suplemen untuk melengkapkan zat-zat yang diperlukan untuk bekalan tubuh anda dan juga bayi...


Antara vitamin shaKlee yang dicadangkan untuk ibu hamil :



untuk maklumat lanjut tentang set ibu hamil boleh hubungi saya :

tini

Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini

# sumber rujukan > Pa&ma , Google



1 comment:

Kakmastory said...

Alhamdulillah mmg saya amalkan vitamin shaklee.dari sebelum.hamil semasa hamil dan sekarang berpantang dgn.shaklee..syukur sgt anak ke 3 ni tkde demam kuning.