Tuesday, June 2, 2015

Kepentingan Iodin semasa hamil.

Assalamualaikum..
apa khabar semua? moga kalian sentiasa sihat dan dibawah lindungan rahmatnya..

InsyaAllah kali ini sama-sama kita berkongsi maklumat untuk ibu hamil.
moga bermanfaat untuk kalian semua..insyAllah..



Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat.
kekurangan sesetengah nutrien penting boleh mengakibatkan kandungan bermasalah.
Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin.

Apakah itu iodin?

Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia . Ia diperlukan untuk merangsang proses pembesaranperkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak. Kekurangan zat iodin dalam badan akan menjejaskan kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.

Menurut Prof.Eastman ,Perunding Perubatan Endokrinologi dari Unversiti Sydney, Australia , Iodin penting untuk wanita hamil bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah.Menurut beliau, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan dan keperluan berlarutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia 2 hingga 3 tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiriod. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. selain itu, hormon tiriod ini dapat membantu mengekalkan tahab metabolisme badan.

Apakah kesan kekurangan iodin?

Antara kesan kekurangan iodin adalah menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Disinilah punca berlakunya kanak-kanak sumbing dan terencat akal.



Bagaimana untuk mendapatkan iodin?



untuk pengetahuan, lazimnya iodin tidak disimpan didalam tubuh badan dan ia perlu diambil setiap hari.
Antara makanan yang mengandungi iodin  ialah seperti makanan laut,susu dan produk tenusu.
bagi wanita hamil yang vegetarian , pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin mereka  dapat menampung keperluan harian.Jadi wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak iodin daripada orang biasa.






Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekuranan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang baru lahir.Antaranya ialah :

  • terencat akal
  • pembesaran terbantut
  • bisu 
  • lemah anggota badan
Oleh sebab itu , pengambilan iodin sepanjang tempoh kehamilan sangat penting.Ketahuilah bahawa tubuh hanya memerlukan sedikit iodin dan bahan ini perlu diambil dalam kebanyakkan makanan..




Apakah kesan kekurangan iodin bagi wanita hamil?

antaranya ialah:
  • Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • keguguran
  • kematian bayi dalam kandungan
  • mati semasa dilahirkan
  • kelahiran anak yang juga kurang iodin

Berapakah kuantiti iodin yang diperlukan ?

Hanya sedikit kuantiti sahaja yang diperlukan bagi orang dewasa iaitu 150 mikrogram setiap hari.
Dan Majlis penyelidikan kesihatan dan perubatan negara menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220 mikrogram setiap jari . Manakala bagi ibu yang menyusukan bayi dicadangkan agar mengambil sebanyak 270 mikrogram setiap hari.





semoga sedikit sebanyak info ini bermanfaat pada anda semua..insyaAllah...

**sumber info: pa&ma dan google



No comments: