Monday, April 20, 2015

Diet yo-yo dan akibatnya

Assalamualaikum...

alhamdulillah masih bernafas dimuka bumi Allah ini..
syukur...

hari ini ingin berkongsi dan bercerita tentang diet yo-yo  ..
diet yo-yo dikaitkan dengan diet yang sering gagal.

Jadi persoalannya, kenapa kebanyakan diet sering saja GAGAL?

SEBAB:
  1. Kekurangan nutrisi
  2. Jadual makan yang sukar untuk mengikuti
  3. Hasil yang lambat
  4. Kandungan produk tidak selamat
  5. Metabolisme menjadi rendah
  6. Tidak tahu cara yang betul

Apa itu diet yo-yo?

Diet YO-YO ialah  dimana seseorang itu berusaha menurunkan berat badan dalam waktu sesingkat yang boleh dan kembali menikmati makanan seenaknya tanpa dikontrol pemakanannya.

Jika berat kembali naik mereka berusaha kembali melakukan diet seketat yang boleh . Diet ini yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyiksa tubuh badan mereka sendiri. Ia akan mengakibatkan risiko pada tubuh badan dan melemahkan metabolisma tubuh badan serta amat membahayakan kesihatan hati .


Istilah yg diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell dari Yale University.
Merujuk kepada keadaan di mana pergerakan turun naik seperti yo-yo dalam amalan diet penurunan berat badan.

Mereka kelihatan berjaya menurunkan berat badan, namun menghadapi masalah untuk mengekalkannya dalam jangka panjang; lalu penambahan berat berlaku semula. Kitar berulang apabila diet kembali diamalkan  untuk menurunkan berat badan.


Apakah kesan daripada diet yo-yo?

Kesan diet yo-yo amat membahayakan kesihatan dan organ dalaman tubuh badan kita.Apa yang boleh dikatakan kesan akibat diet yo-yo akan dapat dilihat 5~ 10 tahun akan datang.


********************************************************************************
Antara kesan daripada diet yo-yo ialah:

1.sering mengalami pening-pening
   Ini adalah kerana mereka mengamalkan makanan cair( liquid food ) bagi menggantikan makan padat. Jadi dengan mudah berat badan akan turun secara cepat. Namun kaedah menggantikan makanan padat dengan makanan cair ini boleh menyebabkan mata berkunang-kunang, akan mengalami pening-pening bahkan boleh mangakibatkan anda pengsan.

2. Daya tubuh badan menjadi lemah
Perubahan berat tubuh yang mendadak secara singkat ternyata juga mempengaruhi sistem daya tahan tubuh anda. Dalam satu kajian menyatakan bahwa dengan menjalani program diet yoyo, maka sebenarnya mereka sudah menurunkan daya tahan tubuh mereka sebesar 30% setiap hari.

3. membahayakan kesihatan hati




Berat badan yang turun naik secara mendadak dalam waktu yang singkat ternyata juga berpengaruh terhadap kesihatan hati anda. Berat badan yang tidak stabil ini mampu meningkatkan jumlah lemak yang terkandung didalam hati anda. Jika dihati sudah banyak lemak maka kesihatan hati anda juga terancam. Penyakit – penyakit kronik dapat muncul dari sini. Hal ini sudah disampaikan oleh Journal Physiology of Gastrointestinal and liver physiology.

4.Gangguan metabolisme tubuh
Saat anda melakukan diet maka anda akan kekurangan otot-otot anda.Otot-otot anda dapat anda peroleh kembali jika anda mendapatkan daripada pemakanan yang sihat. Sementara jika otot-otot anda berkurang maka proses metabolisme menjadi semakin lambat, hal ini akan mengakibatkan pada tenaga yang akan dihasilkan oleh tubuh.

5.stress dan tekanan perasaan
Stress dan tekanan perasaan ini biasanya akan muncul ketika orang tersebut gagal dalam menjalankan dietnya. Sementara dalam diet yoyo sendiri berat tubuh juga akan bertambah setelah melakukan diet yang ketat. Hal inilah yang dapat menimbulkan suatu perasaan stress dan tekanan perasaan. Biasanya meraka akan melampiaskan rasa tekanan yang dialami mereka dengan memakan banyak makanan.





Cara atasi efek buruk diet yo-yo pada tubuh badan

Antara tips yang boleh diamalkan   untuk menjaga berat badan agar berat badan tidak bertambah secara mendadak dan dengan itu dapat mengelakkan kesan negatif ke atas tubuh badan.
antara yang boleh diamalkan ialah:

Mengambil buah dan sayuran.


Buah dan sayuran adalah makanan yang tinggi akan kandungan seratnya. Dengan mengkonsumsi buah dan sayur, saluran pencernaan anda akan lancar kembali yang mana ia juga dapat membantu menjaga berat badan anda. Selain itu, mengamalkan pengambilan buah dan sayur juga dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama.  Kajian membuktikan bahwa wanita yang dalam sehariannya sering mengamalkan pengambilan buah dan sayur memiliki rasio 60% untuk menjauhkan tubuh dari kegemukan.

Hindari makanan ' junk food'

Makanan 'junk food' majoriti mengandung lemak dan kalori yang sangat tinggi. Yang mana jika ini diamalkan pengambilan secara berulang – ulang dapat membuat tubuh menjadi gemuk dalam waku yang singkat. Dalam kajian menunjukkan 62% orang lebih mudah mempertahankan berat badan mereka jika mereka tidak mengambil 'junk food' sebgai makanan kunyahan diwaktu lapang mereka.




Jadi mengamalkan pengambilan makanan yang sihat adalah lebih baik daripada melakukan diet yo-yo yang akan memberikan kesan yang sangat buruk pada tubuh badan kita pada jangka waktu yang singkat.

itu saja untuk perkongsian tentang diet yo-yo dari saya.
moga bermanfaat untuk kita semua dalam memilih diet yang lebih sihat.


ingin dapatkan set  diet atau set kurus  secara sihat dengan supplement?

konsultansi percuma dari saya untuk anda.

pengedar shaklee perlis...

hubungi saya : 
hartini zulaikha
call/ wasap : 01120757343
email : lovetinimade@gmail.com
fb page : dunia vitamin tini.


No comments: