Monday, December 24, 2018

Resepi Bubur Ikan Bilis Quaker Oat.

Suka makan bubur nasi atau moi tak? Moi ni panggilan orang utara untuk bubur nasi. Awal-awal dulu sewaktu mula tinggal di Sungai Petani Kedah, kak enan pelik sungguh orang dok panggil dan sebut -sebut moi ni. Apa benda makanan lah ni..hahaha..





Sekali dah kenal dan belajar makan mula la..asal demam jer cari moi sup , asal makan moi sup jer mesti badan tak berapa sihat tu..hihi.. dan sekarang memang jatuh hati dah dengan moi sup ni..

Tapi kali ini kak enan nak share resepi sihat moi sup  iaitu menggunakan Quaker Oat.

Image result for quaker oat
Apa bagusnya makan Oat ni?

Banyak Kebaikan makan oat ni tau.. antaranya ialah :

  1. Bantu turunkan kolestrol
  2. Mencegah Penyakit Kardiavoskular
  3. Mencegah Kanser
  4. Kaya dengan Antioksidan
  5. Pilihan yang baik untuk pesakit Diabetes
dan banyak lagi sebenarnya kebaikan mengambil oat sebagai sarapan atau pengganti dinner.


Jadi kak enan nak share dengan anda semua resepi BUBUR IKAN BILIS QUAKER OAT.
resepi mudah sangat. anda boleh terus cuba ni..



Bahan-bahan

1/2 cawan Quaker Oat

Bahan-bahan sup:  
6 ulas bawang putih di cincang
1/2" halia
1/4 cawan ikan bilis ditumbuh halus
1/4 cawan ikan bilis digoreng garing
fish cake
sayur sawi
karot
serbuk lada sulah atau lada hitam
sedikit minyak sayur
bawang goreng

air secukupnya
air panas.


Cara-cara :

1. Kembang kan oat dengan air panas.
2. Gorengkan fish cake dan ikan bilis. ketepikan. 
3. Tumiskan bawang putih dan halia menggunakan minyak sayur tadi.
3. selepas kekuningan masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan masukkan air secukupnya.
4. Selepas mendidih masukkan sayur sawi dan karot.
5. bila sayur dah sedikit empuk , masukkan oat yang dikembangkan tadi,
6. Kacau sebati sehingga rata. Masukkan lada sulah atau lada hitam atau kedua-duanya sekali.
7. Sedia dihidangkan dengan fish cake goreng, ikan bilis , bawang goreng dan daun sup.



yummy....

kak enan memang suka sangat benda berkuah begini, Jadi memang letak kuah lebih sikit. Tahu tak kalau ada sambal ikan bilis atau cabai kicap potong pun ngam sangat bagi yang suka pedas tau..

Apa yang penting kat sini, menu ni memang mengenyangkan dan sangat sihat. kalau suka sayur banyak boleh letak sayur lebih tau.. memang bestlah..


Resepi ni memang bagus diamalkan bagi mereka yang ingin berdiet dengan menu sihat cuma kuantiti pengambilan ikan bilis perlu dititik beratkan . Boleh juga gantikan ikan bilis tadi dengan ayam atau udang asalkan dengan kuantiti yang disarankan dalam diet pemakanan sihat lah iaitu tidak melebihi sepenumbuk besar saiz ayamnya.


Oklah moga resepi ini bermanfaat untuk korang semua. Kalau nak cuba vitamin shaklee anda boleh hubungi kak enan di no di bawah :


HARTINI ZULAIKHA

whatsapp: 01120757343

FB PAGE : DUNIAVITAMINTINI.BLOGSPOT.COM

EMAIL: duniavitamintini@gmail.com

untuk penjimatan lebih banyak ,kak enan sarankan anda join kak enan sebagai ahli shaklee dan anda boleh penjimatan berganda dan boleh nikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli shaklee. Kak enan juga boleh COD VITAMIN SHAKLEE di seluruh NEGERI PERLIS dan dikawasan sempadan negeri perlis. Hubungi kak enan untuk nikmati penjimatan yang lebih besar...

No comments: