Kebiasaan dalam penyediaan makanan bersama seisi keluarga ini akan boleh memberikan impak yang positif atau negatif kepada tahap kesihatan seluruh ahli keluarga. Jadi pemilihan dan pengendalian bijak dalam menyediakan hidangan akan membawa kepada impak yang positif kepada seluruh ahli keluarga , lebih sihat dan terhindar dari penyakit berbahaya.
Jadi kak enan ingin kongsikan beberapa tips dari pembacaan kak enan untuk kawan-kawan jadikan panduan ketika menyediakan hidangan keluarga .
Tip menyediakan hidangan sihat.
antara tip-tip tersebut ialah :
1. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan dari merendam buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu lama. Kak enan suka guna basic H time cuci buah-buahan ni.
2.Buang lemak daging dan kulit ayam. Elakkan dari mengambil kulit ayam tersebut .
3.Rebus ubi kentang dan keledek bersama-sama dengan kulitnya setelah dibersihkan.
4.Elakkan dari memotong buah-buahan atau menghiris sayur -sayuran terlalu kecil.
5.Biarkan air hingga mendidih atau minyak benar-benar panas ,ketika mahu memasukkan makanan yang hendak dimasak saat menggoreng atau merebus.
5. Elakkan memasak terlalu lama untuk mengelakkan sayur kehilangan zat dan vitaminnya.
6. Kurangkan pengguna garam,kicap,sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
7.Elakkan daripada menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali atau yang sudah bertukar dari warna selepas dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangka masa yang lama.
8.Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku selepas disimpan didalam peti sejuk.
9. Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ayam , susu, telur , ikan dan makanan yang sudah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah didalam peti ais sebelum digunakan.
10.Potong daging dan ayam mengikut portion yang diperlukan untuk sekali dimasak. begitu juga dgn ikan. Membekukan semula makan yang dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.
11. Tutup kuali atau periuk ketika memasak sayur-sayuran untuk mengelak daripada vitamin hilang. Tutup kuali atau periuk ketika menggoreng tanpa minyak untuk memendekkan tempoh memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
Jika anda ingin mendapatkan vitamin shaklee untuk seisi keluarga anda , anda boleh hubungi kak enan seperti berikut :
whatsapp/sms/call : 01120757343
Facebook : hartini zulaikha
Instagram :@hartini_penjualshaklee_perlis
Kak enan juga boleh COD vitamin shaklee di seluruh negeri perlis dan membuat pengeposan ke seluruh malaysia.
Amalkan pemakanan yang lebih sihat untuk kualiti hidup dan gaya hidup yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment