apa khabar hari ini kawan-kawan? moga diberi kesihatan dan dibawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t.Alhamdulillah.
.
Cantikkan gambar kat atas tu. simetri je kedudukannya kan. boleh bayangkan tidak kalau menara disebelah kiri atau kanan gambar kat atas tu runtuh?adakah masih simetri dan cantik permandangan taj mahal tu? emmm...apo la tetiba dok tanya gitukan....hihihi....okla..hari ini saya nak berkongsi perkara yang ada kaitan dengan simetri ni.
kawan-kawan tahu tak apa itu BELL'S PALSY ?
loceng palsy ka nama orang ka kan...hihihi... nama sungguh antik dan sedap gakla bila nak sebut ni.
Bell's Palsy adalah satu nama penyakit bersempena nama pakar anatomi Scotland Charles Bell's yang pertama menggambarkan keadaan penyakit mononeuropati akut atau penyakit yang melibatkan satu saraf.
BELL's PALSY adalah salah satu penyakit saraf yang berkaitan dengan saraf pada wajah atau muka seseorang yang boleh menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah sehingga wajah menjadi tidak sama atau simetri pada kedua-dua sisi wajah dimana salah satu sisi wajah mengalami seakan jatuh sebelah.
hah tu dia nama penyakit ni...kalau selalu kita tengok orang ada masalah gini kita akan katakan mereka ini tergolong dalam kalangan orang yang kena strok tapi sebenarnya tidak ye.
Apa beza BELL's PALSY dan STROKE ?
Menurut seorang doktor iaitu Dr. Loganathan , Bell's Palsy berbeza dengan stroke.
Bell's Palsy hanya berlaku kelumpuhan pada wajah sahaja dan tidak berpunca dari penyakit darah tinggi, kolestrol maupun kencing manis.
Manakala stroke berlaku berpunca dari penyakit darah tinggi, kolestrol tinggi , kencing manis dan sebagainya . Stroke mengakibatkan kelumpuhan tidak hanya pada wajah malah pada tangan ,kaki dan boleh juga menyerang sebelah tubuh badan serta seluruh badan.
Apa punca Bell's Palsy terjadi?
Setakat ini belum dapat dikenalpasti apakah punca berlakunya Bell's Palsytetapi beberapa sumber mengatakan Bell's Palsy berlaku disebabkan oleh berlakunya keradangan saraf yang mengawal otot-otot salah satu sisi wajah manakala ada juga sumber mengatakan ia berlaku disebabkan kerosakan saraf dari infeksi virus.
Siapakah yang mudah dihidapi?
Bell's palsy boleh terjadi pada semua golongan dan semua peringkat usia lelaki dan wanita.
Bell's Palsy juga boleh berlaku pada mereka yang berusia lanjut , wanita selepas bersalin atau ketika haid ,remaja dan mereka yang sentiasa mengalami stress.
Kelumpuhan sebelah sisi wajah ini boleh bersifat sementara , atau kekal. Menurut Dr Loganathan lagi 50 % pesakit boleh pulih dalam masa2 minggu hingga 3 minggu malah dalam tempoh 10 hari boleh pullih dengan rawatan yang khusus. manakala 35 hingga 40 peratus memerlukan masa sehingga setahun untuk pulih sepenuhnya dan hanya 5% sahaja yang tidak dapat pulih dan akan kekal mengalami Bell's Palsy ini.
Cukup untuk sekadar itu dahulu nanti saya akan kongsikan lagi tentang gejala atau tanda-tanda terjadinya Bell's Palsy ini disini ye...moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ye.
**sumber rujukan : ww1.utusan.com.my
Jika kawan-kawan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang supplemen shaklee boleh terus hubungi saya :
Jika anda berada di sekitar negeri perlis anda boleh dapatkan supplemen shaklee dari saya secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee area kangar dan beseri .
Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 01120757343
Email : lovetinimade@gmail.com
FB : Hartini Zulaikha
No comments:
Post a Comment