Monday, July 20, 2015

Tip di saat terperangkap dalam 'jem'

Saat pulang di musim perayaan kita akan menghadapi pelbagai situasi terutama ketika di lebuhraya.
Samada ada s3masa pulang ke desa atau kembali ke bandaraya,dua-dua situasi ini perlu kita ambil kira..

Apa yang saya ingin kongsikan ialah beberapa tips yang seharusnya semua keluarga ambil kira  terutama yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia lingkungan 1-ke 6 tahun.

Antara tips nya ialah...

1. Pastikan saat bertolak dari desa maupun dari bandaraya ke destinasi yang dituju ,anak-anak didalam keadaan yang sudah bersih dan bersedia untuk menghadapi long journey ..
- maksud bersih tu anak-anak dah mandi dan berpakaian yang sepatutnya.

2. Bekalan makanan dan minuman didalam kereta mencukupi untuk semua ahli keluarga.Bagi anak yang menyusu,susu dan botol susu tersedia rapi berhampiran ibu dan bayi. Bagi anak-anak yang lain makanan seperti roti dan air masak sedia ada berhampiran agar mudah untuk dicapai bila saat- saat mereka mula lapar.

3. Pasang lagu-lagu yang menenangkan hati pemandu dan seluruh ahli keluarga didalam kereta seperti bacaan zikir,bacaan ayat suci al -quran dan nasyid atau yang seumpama dengannya.

4.Adakan sesi game mudah didalam kereta seperti teka teki agar dapat menghilangkan rasa bosan seluruh ahli keluarga.
Yang ini haruslah bersesuaian dengan umur seluruh ahli keluarga agar semua dapat mengambil bahagian bersama.

5. ' Sing together' boleh juga menghilangkan kebosanan terlampau saat terperangkap dalam kes3sakan dimusim perayaan ini. Sama ada bersama -sama mengalunkan zikir atau nasyid maupun lagu-lagu yang berunsur nasihat ia dapat mengelakkan pemandu dari mengantuk.


Itu saja tips yang saya rasa sangat  berguna disaat terperangkap dlm kesesakan di high way . Jika anda ada tips lain diharap sudi berkongsi bersama dengan saya.
Semoga ia berguna untuk anda..
......
Dengan ingatan tulus ikhlas ...


No comments: