Malah bila diumumkan kenaikan harga gula, banyak menimbulkan kebimbangan pada peniaga , surirumah dan yg mereka yg bekerja. Namun sebenarnya ia adalah salah satu langkah pada kita untuk mengawal penggunaan gula dalam pemakanan harian.
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO),pengambilan gula tambahan sepatutnya tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian.Ini bermakna pengambilan gula tambahan ( gula yang digunakan semasa proses penyediaan makanan atau ditambah semasa memasak dan pemprosesan makanan) tidak boleh lebih daripada 10 sudu teh iaitu bersamaan dengan 50gram sehari.
Nah kau 10 sudu teh je sehari, agak-agak mampu tak kita menyahut seruan kerajaan ni.
Ini bukannya apa untuk tingkatkan tahap kesihatan kita juga kan.
jom kita tangok apa cara yang kita boleh buat untuk elakkan pengambilan gula yang berlebihan.
Bagaimana tu...meh saya kongsikan langkah demi langkah..
ada tujuh langkah yang harus kita ambil sebagai kesedaran untuk kesihatan kita.
jom ....
1. Minum air kosong sekurang-kurangnya 6~ 8 gelas sehari. kalau boleh dapat 3 liter sehari tu... anda memang terbaiklah. sebabnya air kosong nitidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman manis yang lain. secara tak langsung ia membantu proses penghadaman juga.
tahukah kita?
- satu sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori.
- 1 tin air bikarbonat mengandungi 140 kilokalori
untuk membakar 420 kilokalori yang kita ambil dalam 21 sudu teh ,seseorang itu perlu berlari atau menaiki tangga selama satu jam atau berjoging atau berjalan menaiki bukit selama sejam atau melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah , membasuh ,memasak dan mengemas selama 3 jam.
2.Hadkan penggunaan Susu pekat manis, susu isian manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
Fakta kesihatan.
- tinjauan kesihatan dan Morbiditi kebangsaan (national Health and morbidity survey, NHMS) 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di malaysia berlebihan berat badan manakala 14.0% pula obes.Ini menunjukkan peningkatan dar NHMS 1996 iaitu 16.0 % (lebih berat badan) dan 4.0% obes.
- Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
- peningkatan pesakit diabetes di kalangan penduduk berusia 30 tahun iaitu daripada 8.3% tahun 1996 kepada 14.9% pada tahun 2006.
3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gulanya.
ini kerana sekiranya 2 biji cupcakes dimakan, gula tambahan yang diambil adalah bersamaan dengan 5 sudu teh.Pengurang gula secara berperingkat dalam masakan boleh membantu mengurangkan pengambilan gula.
Fakta kesihatan.
- setiapkali makanan dan minuman manis diambil, bakteria didalam plak gigi akan bertindakbalas dengan gula dan menghasilkan asid. jika dibiarkan asid ini akan mereputkan gigi dan menyebabkan karies gigi. jadi amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dapat membantu seperti berkumur-kumur selepas makan dan minum air kososng diantara waktu makan utama.
4.Elakkan pengambilan snek dan minuman yang bergula diantara hidangan utama dan sebelum waktu tidur. ini kerana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengambilan snek menyebabkan peningkatan pengambilan tenaga harian.Snek yang tinggi gula juga mendorong kepada pengambilan yang berlebihan.
Fakta kesihatan.
- Pada label makanan , gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa( sukrose) , fruktosa ( fructose) , sorbitol , manitol , sirap jagung , madu , malt , ekstrak malt , maltosa ,ekstrak beras , molas , golden syrup dan inverted sugar.
- sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan , ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut. maka jadilah pengguna yang bijak yang sihat ,buatlah pilihan produk yang kurang gula dan lebih sihat.
5.Gantikan pencuci mulut seperti kuih , kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Ini kerana kuih,kek dan bubur mengandungi gula dan kandungan kalorinya lebih tinggi berbanding buah-buahan. oleh itu menggantikan kuih,kek dan bubur dengan buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori tambahan.
6.Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman dimana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
Fakta kesihatan.
- Gula hanya memebekalkan kalori tanpa nutrien lain. Mengambil buah-buhan yang mengandungi vitamin dan mineral adalah lebih baik daripada kuih-muih.
- sebiji pisang membekalkan 44 kilokalori , 6 gram gula, dan 2.3 gram vitamin c berbanding sebiji kuih yang manis yang hanya mengandungi tenaga , gula dan lemak. oleh i tu , gantikan pengambilan makanan manis dengan buah-buahan.
7. PIlih produk makanan dan minuman yang dilabel rendah gula dan bebas gula. Ini kerana Mengikut peraturan-peraturan makanan 1985 , makanan yang dilabel sebgai rendah gula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 5 gram per 100gram atau 2.5 gram per 100ml.
"BEbas Gula" pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5 gram per 100gram atau 100ml.
Fakta kesihatan.
- sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari( iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari ) anda telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan.
- Oleh itu anda dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh 2 bulan atau 3.6 kilogram dalam tempuh setahun.
dari pembacaan kat atas tu maka kita patut tahu sebanyak mana sudah gula yang kita ambil setiap hari. Jadi untuk mengamalkan cara hidup sihat tanpa penyakit kronik , jadilah pengguna yang bijak dalam membeli dan menyediakan makanan untuk ahli keluarga kita. Elakkan pengambilan gula berlebihan kerana ia adalah pembunuh senyap tanpa kita sedar..
JOm sihat tanpa penyakit kronik..
Jika kawan-kawan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang supplemen shaklee boleh terus hubungi saya :
No comments:
Post a Comment