Pages

Sunday, May 7, 2017

10 tips ibu travel bersama bayi menaiki ETS.

Travel memang best sebenarnya. Travel sendiri memang tak banyak sangat keperluan yang perlu kita prepare sebabnya ia hanyala keperluan diri kita sj. Memang berbeza apabila kita travel bersama si kecil ini terutama apabila hanya kita berdua bersama dengan si kecil.


So kak enan nk kongsikan beberapa tip dari mula tempah tiket ets sehinggalah hari travel nya..



1. Time beli tiket tu...pastikan kita tau pilihan kita samada arah kerusi follow arah tujuan atau berlawanan.

Tip : kalau dr padang besar ,kepala ets akan bermula dgn Dock A,B hingga F . Dan kedudukan setiap no tiket adalah dr no 1 hingga no 19. No tiket yg follow arah tuju kita bermula dr no 1 hingga no 8..slps itu akan berada arah berlawan. So klu ets dr gemas pula adalah berlawanan dr arah yg kak enan bg tu. Ni klu beli online mudahla nak pilih seat pilihan kita ye.
Perlu juga tahu dock/coach mana yang ada tandas jika berlaku kecemasan la.samada baby perlu dibersihkan atau ibu yg perlu selesaikan hajat. 😍😎😎😎


2. Amik posisi sblh cermin agar mudah untuk buat baby melihat sekeliling.

Tips: borak dengan baby agar dia tak bosan jika baby tak tidur.


3. Pakaian baby. Pastikan pakaian yg boleh tahan sejuk. Berlengan pjg atau bw bj sejuk berseluar pjg atau bwla selimut.



4. Makanan. Make sure ada bekalan makanan kesukaan anak kita. Ataupun roti dan air minumannya. Walaupun dalam train ada bistro tp rasanya susah sikit kot kita nk gerak kesana kesini dengan babykan.


5. Mainan. Bawa juga mainan yang anak2 kita suka main agar masanya boleh diisi dengan main mainan tersebut. Bayangkan +- 5 jam tu masa perjalanan.



6. Biasakan di awal permulaan perjalanan dan didalam perjalanan membaca surah2 untuk pagar diri kita dan baby kita. Bukan apa baby kita ni bijakkan..


7. Beg. Pastikan beg mudah alih dan senang kita nak guna samada beg galas maupun beg sandang sisi bergantung pada keselesaan kitalah.


8. Tisu basah atau wet tissue juga penting untuk hal-hal kecemasan. Xperlu yg besar cukupla yg kecik bg setiap perjalanan kita tu.


9.Pakaian ibu. Sebenarnya ia mengikut keselesaan kita dan mudah bagi kita nak bergerak agar tak serabut atau ganggu pergerakan kita.kalau ibu nk.pakai shawl pastikan lesa pin shawl tu dan mesra baby. Baju pula jangan la yg meleret2 nanti susah nak bergerak juga. Apa-apa pun bergantunglah pada keselesaan ibu juga ye.


10. Kasut ibu. Pastikan kasut yang comfortable agar pergerakan ibu lebih mudah. Bayangkan kita nak carrier anak lebih 20 minit atau dalam masa sejam. Jadi kita perlu jaga posisi tulang kita dan keselesaan kaki kita juga ye.


Okla mungkin itulah serba sedikit perkongsian yang ingin kak enan rasa boleh dan bermanfaat pada ibu -ibu diluar sana yg ingin travel bersama baby buat kali pertama.

tips tambahan kepada ibu-ibu yang ingin travel bersama bayi.:
# pastikan menggunkan baby carrier soft support carrier (SSC) bagi memudahkan urusan dan menjaga keselamatan bayi kita saat bayi tidur dan jika ibu juga tertidur. Dengan SSC ini pergerakan ibu lebih mudah dan senang. InsyaAllah.


Semoga ia bermanfaat untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Ingin dapatkan vitamin bagi membantu kecergasan ibu saat travel bersama baby? Boleh saja dapatkan disini ye ;


posted from Bloggeroid
Post a Comment