Pages

Friday, October 26, 2018

4 Kelebihan Surah Al-Kahfi

Seringkali setiap pagi jumaat kak enan diingatkan oleh suami dan leader bisnes kak enan untuk membaca surah Al -Kahfi. Alhamdulillah dikelilingi dengan insan-insan yang sering mengingatkan betapa pentingnya untuk kita ,umat sekarang ini membaca surah Al- Kahfi ini. Banyak manfaat dan kelebihan mengamalkan surah Al-kahfi ini.







Surah Alkahfi ini juga disebut sebagai surah Ashabul Kahf. Berikutan sirah dalam surah ini berkaitan dengan 7 orang pemuda yang beriman bersama seekor anjing yang ditidurkan oleh Allah didalam gua selama 309 tahun untuk menyelamatkan aqidah islam mereka dari pemimpin kafir yang zalim.




Surah Al-kahfi ini mengandungi 110 ayat yang boleh dibahagikan ayatnya dari selepas asar hari khamis sehingga selepas asar hari jumaat. Ia bagi memudahkan fasa menghabiskan satu surah Al-kahfi ini.





Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith: 
  1. Para malaikat akan turun daripada langit untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca oleh setiap orang Islam yang bertaqwa.
  2. Kelebihan membaca surah al-Kahfi yang terdapat keramat atau perkara luar biasa boleh berlaku kepada hamba-hamba yang soleh sebagai penghormatan bagi mereka.
rujukan : Jakim




Jadi hari ini kak enan nak berkongsi dengan anda kelebihan mengamalkan surah Al-Kahfi setiap hari jumaat ini. 





4 Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kahfi.






1. Terhindar dari Fitnah Dajjal




Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.


Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ



“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)


Image result for kelebihan al kahfi


2. Akan dipancarkan cahaya darinya diantara dua jumaat.

Bahawa ganjaran disiapkan bagi mereka yang membaca surah Al-kahfi pada malam jumaat atau pada siang jumaat dengan sinari cahaya .


Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ



“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Image result for kelebihan al kahfi

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ



“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
Rujukan : Disini 



3. Memperolehi Pengampunan Dosa dari Dua Jumaat


Jaminan setiap dosa diampunkan dari jumaat surah Al-Kahfi dibaca sehingga jumaat berikut nya.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ



“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.



4.Terpelihara dari gangguan syaitan.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surah Alkahfi dan surah Al-Baqarah makan rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

Ia merupakan salah satu usaha kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan dipelihara daripada syaitan, insyaAllah.



Image result for kelebihan al kahfi



Jadi bilamana kita mengetahui akan kelebihan surah Al-Kahfi dan mengamalkannya, sedikit sebanyak ia membantu kita didalam keadaan dunia hari ini yang penuh pancaroba dan fitnah-fitnah yang kita tak terkecuali akan merasai dan melaluinya.



Semoga kita semua terhindar dari fitnah dajjal yang menyesatkan ini dan semoga kita sentiasa didalam rahmat Allah s.w. t. Aaaminn.





Semoga perkongsian kak enan kali ini memberi manfaat pada semua dan ia bukan hanya untuk anda tetapi juga ia peringatan bagi diri kak enan sendiri.




wallahualam.

Image result for kelebihan al kahfi






No comments:

Post a Comment