Pages

Thursday, October 25, 2018

Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Dan Cepat.

Ayam masak kurma ni memang kegemaran kak enan dan anak-anak terutama anak kak enan yang sulung,kakak iman. Kali ni resepi ayam masak kurma ni kak enan mudahkan ikut versi kak enan, nak cepat dan mudah saja.

Ayam masak kurma ni memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas berulamkan timun rapuh dan sambal belacan . Memang makan tak perasan mak mertua lalu di belakang jawabnya nanti.hihi

Ok kak enan tak mahu celoteh panjang, mari kita tengok apa bahan-bahan mudah yang kak enan gunakan ye..

BAHAN-BAHAN

Ayam sebelah
2 bijiUbi kentang - dikupas dan dipotong 
Rempah kurma sepeket
3 sudu besar rempah kari daging
1 biji tomato
Santan ( kalau tak ada pun tidak apa)

Bahan tumis
Bunga lawang
Kulit kayu manis
bawang putih - dihiris
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
4 ulas bawang besar
1 inci halia


Cara-cara :

1. Masukkan minyak secukupnya. Apabila minyak sudah panas ,masukkan bahan-bahan tumis.
2.Bila dah kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan kisar.

3. Setelah bahan kisar sekata dan bertukar sedikit warna,masukkan rempah kurma dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.

4. Setelah rempah hampir masak, masukkan ayam dan tambah secawan air.

5. Biarkan didih seketika. Masukkan ubi kentang dan tambah secawan lagi air.

(Time ni dah terlupa nak ambil gambar ,maaf ye..😅😅)

6. Apabila ubi hampir empuk ,masukkan santan dan biarkan didih seketika.

7. Masukkan bawang yg dipotong 4 dan tomato.

8. Masakkan seketika sambil kacau. Masukkan bahan perasa secukupnya.

9.Dan  siap sudah kurma ayam mudah dan cepat.


Selalunya kak enan masak stail begini bila masa suntuk sikit. Contoh nya untuk makan malam dah tentunya nak cepat dan pantas sajakan..

Sedikit tip untuk anda.

Untuk bagi ayam dan ubi kentang empuk cepat ,boleh tutupkan dengan tudung periuk . Biarkan ia mendidih dalam tu tapi jangan lupa pula untuk menjenguk dan tambah air jika ubi atau ayam belum empuk sepenuhnya ye..

Semoga resepi mudah ini dapat memberi ilham untuk teman-teman yang fikir nak masak apa untuk hari ini ye..



Kalau anda hendak cuba vitamin shaklee, anda boleh hubungi kak enan seperti yang tertera ye :

Hartini zulaikha
Call/sms/whats up : 01120757343
Fb Page : Dunia Vitamin Tini
Email : duniavitamintini@gmail.com

Jadilah pengguna yang bijak iaitu dengan menyertai kami dishaklee. Anda akan perolehi penjimatan dari 5% sehingga 25 %.. hubungi kak enan ye. Kak enan juga boleh  COD VITAMIN  SHAKLEE DISELURUH KAWASAN NEGERI PERLIS DAN KONSULT ANDA SECARA PERCUMA.




No comments:

Post a Comment