Pages

Friday, November 2, 2018

Kenapa Perlu Solat Dhuha ? Inilah kelebihan Solat Dhuha.

Sudah Solat dhuha? Ada yang merasakan ia pelik  bila ditanya begini  dan ada yang merasakan ia kesalahan pula bila dilakukan. Namun masyarakat kita kini semakin sedar dan ramai yang sudah dengan mengamalkannya. Walau apa pun perbezaan pandangan orang-orang terhadap solat dhuha ini , namun tahukah kita mengamalkan solat dhuha sangat banyak kebaikan dan kelebihan. Solat dhuha sering dikaitkan sebagai solat yang membuka dan menjemput rezeki bagi umat islam.


Solat dhuha atau maksud istilah 'dhuha' dapat ditemukan dibeberapa tempat didalam Al-quran, antaranya dalam surah Thaha; 59. Al-A'raf ;98  dan An-nazi'at ;46. Perkataan 'dhuha' dimaksudkan sebagai 'pagi hari' atau sebagai ' panas sinar matahari ' , dalam surah Thaha:119. Iatilah  dhuha juga mencakupi kedua-dua makna yang dimaksudkan 'sinar matahari dipagi hari' 9 as-syams: 1. Pada tempat lain ( an-Nazi'at : 29) , kata dhuha diertikan sebagai 'siang yang terang '
rujukan ; disini


KELEBIHAN MENGAMALKAN SOLAT DHUHA

#1 . Sebagai wasiat dan sunah Nabi.

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir. (Hadis Riwayat Bukhari).


#2 . Diberi Pahala Bersedekah.

Dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

  • Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]




#3. Mendapat Pahala Umrah

Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha , ia bagaikan mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)


#4. Pintu Rezeki Dibuka Seluas-luasnya

Kebiasaannya fadhilat inilah yang sering menjadi tumpuan mereka yang sering melaksanakan solat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan hanya semata-mata fadhilat ini yang dikejar.
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666)

#5. Dibina Sebuah Rumah Disyurga 
Terdapat sebuah hadith yang menceritakan akan kelebihan orang yang melakukan solat Dhuha sebanyak 12 rakaat akan mendapat sebuah istana emas di dalam syurga. Hadith ini diriwayatkan oleh:

  • Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الجَنَّةِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.” [Riwayat al-Tirmizi (473) dan Ibn Majah (1380)]


Alhamdulillah banyak sungguh kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi bagi mereka yang mengamalkan solat dhuha seperti yang dianjurkan oleh baginda nabi kita , Muhammad SAW. Sesungguhnya amalan ini juga menjadi amalan sunah yang harus kita amalkan.


Semoga segala perkongsian kak enan kali ini , memberi manfaat buat teman-teman dan marilah kita sama-sama amalkan dengan perlahan-lahan memasukkan solat dhuha sebagai rutin harian buat kita untuk dikerjakan, InsyaAllah.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang tidak baik itu atas kekurangan diri kak enan sendiri. Wallahualam..


 Jika anda ingin dapatkan vitamin Shaklee dan konsultasi atau info tentang vitamin Shaklee anda boleh hubungi kak enan seperti yang tertera ;


Hartini zulaikha
Call/sms/whats up : 01120757343
Fb Page : Dunia Vitamin Tini
Email : duniavitamintini@gmail.com

Jadilah pengguna yang bijak iaitu dengan menyertai kami dishaklee. Anda akan perolehi penjimatan dari 5% sehingga 25 %.. hubungi kak enan ye. Kak enan juga boleh  COD VITAMIN  SHAKLEE DISELURUH KAWASAN NEGERI PERLIS DAN KONSULT ANDA SECARA PERCUMA.

No comments:

Post a Comment