Pages

Wednesday, February 17, 2016

Vitamin- apa pentingnya pada tubuh badan kita - 2?

assalamualaikum..

Alhamdulillah moga kita semua didalam rahmat dan limpahan kasih sayangNya.ameen.

Tahukah kawan-kawan makanan yang kita makan sekarang mengandungi bahan kimia secara sedar atau tidak sedar sebenarnya kita turut makan makanan tersebut seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. eh dah baca belum yang sebelum ni?belum? ok klik cni ye.

Image result for beras

macam mana tu?

tahukah kawan-kawan proses penuaian padi di zaman teknologi sekarang ni dengan pada zaman nenek dan datuk moyang kita dulu?

Dulu nak tuai padi hanya 2 kali  setahun saja tetapi sekarang, boleh tuai padi 4 kali setahun. Ini adalah sebab teknologi sudah bertambah  makin maju sehingga kita boleh mempercepatkan dan menggandakan hasil tuaian. Namun, tahukah kita apa kesan sampingan disebaliknya?

Di masa padi hanya boleh dituai 2 kali setahun dulu, tanah-tanah sawah  cukup masa untuk mengembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. Jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan takat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi untuk kita.

Tapi sekarang ni padi dapat dituai 4 kali setahun,jadi tanah tidak cukup masa untuk mengembalikan nutrisi-nutrisi didalam tanah. Baru kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai pun padi tersebut. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2 kali ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu semakin berkurang.

kenapa dihasilkan macam tu jugakkan?

sebabnya ...sudah tentulah petani-petani buat begitu untuk mendapat  keuntungan dan duit yang cepatkan. Ye lah, dok kampung pun nak jugak pakai kereta, nak jugak jalan-jalan luar negara, nak juga rumah besar dan selesa kan?jadi ia bukanlah salah petani-petani tersebut ye.
jangan plak dok p soal siasat kat pakcik-pakcik yang tengak dok kerjakan bendang dia ye..hihi

Begitu jugalah  kejadiannya pada apa-apa jenis tanaman pun; sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian, atau yang lain-lain walaupun kita rasa macam kita dah banyak makan buah dan sayur-sayuran, dan rasa badan kita dah dipenuhi dengan nutriei tapi sebenarnya nutrisi yang kita dah jauh lebih berkurang.

Ini belum termasuk buah-buahan yang harganya murah-murah tu banyak guna berbagai pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya, buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak sedap sangat. durian pulak direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak asyik. dan sebagainya….

percaya atau tidak itulah hakikatnya dimasa kini di saat teknologi semakin tinggi..

Selain pemakanan diatas tahukah kita udara yang kita sedut hari-hari ini turut mengandungi racun yang membunuh dalam kita tak sedar tu?

Sebenarnya ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni seperti asap kilang, asap jerebu & asap kereta. lagi-lagi lah majoriti kita duduk dekat kawasan pekan atau bandar sebab nak dekat dengan tempat kerjakan.

Kebanyakkan rakyat malaysia kini yang suka bersenam suka buat kat outdoor, maklumlah untuk dapatkan fresh air katanya. tambahan pula, nak bersenam kat Gymnasium mahal, dekat RM200 gak sebulan. lepas duit minyak pergi-balik kerja jugak tu.Lalu kita pun menghirup  fresh air  di taman tasik titiwangsa...

Tak percaya udara ada yang boleh membawa maut?

tak payah susah-susah sangat fikir. contoh yang paling dekat ialah isteri yang asyik terdedah dengan asap rokok suami pun boleh kena kanser (ini mmg dah ada kes, bukan takat teori je). apatah lagi kita rakyat marhaen yang pasti terdedah dengan asap kereta setiap hari? dan memang kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian. percaya atau tidak itulah hakikatnya kan...



Namun hakikatnya majoriti orang Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas dan pasti kekal malas nak bersenam untuk pada7-hari akan datang. paling2 pun nak sedapkan hati “lipat baju bergunung-gunung tu kira bersenam lah tu” atau “hari-hari sapu/mop lantai peluh jugak tau atau hari-hari cuci toilet pun berpeluh gak tau".
ni ayat nak sedapkan hatikan...hahahhahaha



ya peluh, tapi berapa sen je lah kalori yang terbakar kalau setakat seterika baju sekolah anak-anak tu? cuba bandingkan lah pulak dengan berapa pinggan nasik lauk ayam yang kita dah telan hari tu? belum masuk air manis, teh tarik madu special, kari kepala ikan terlajak laris, sup kambing super-power atau menu extra kalori macam roti canai , cheese kek, brownies dan ais krim magnum tukan?


hah kau baru terfikir balik mana semua kalori ni pergi?dah dibuang ke atau masih tersimpan didalam usus dan menjadi plak-plak yang akan menyumbat salur arteri darah kita dan usus kita...

kesimpulannya,


  •  kalau kita cukup bersenam sekalipun perlukan vitamin sebagai pendinding untuk tingkatkan imunisasi badan kita  melawan macam-macam penyakit. 
  • Walau dah cukup makanan seimbang pun kita masih perlukan vitamin untuk Detox macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan dan makan selama ni. 
  • Walaupun hari-hari kita makan sayur/salad/buah-buahan pun kita perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman yang kita ambil tu.. 


Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita , keluarga kita & orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin.



tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atok/nenek kita yang suci murni tu. kita sedang hidup di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyok. lebih parah, situasi ni akan jadi semakin teruk sebab tiada siapa yang sanggup:


  • perbelanja lebih untuk menapis asap-asap kereta sehingga bersih,
  • membiarkan ayam-ayam yang diternak itu membesar secara normal, biarpun hasilnya kecik ,
  • mengurangkan proses penghasilan tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih 


sudah semestinya tidak sanggupkan..
jadi, kita lah yang kena sihatkan diri sendiri dengan lengkapkan diri dengan memakan makanan tambahan seperti vitamin-vitamin ni.

tapi ingat jugak, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni kita tak akan mati-mati. dah makan vitamin pun kita takkan boleh lawan kuasa Allah/Tuhan. Cuma  dengan vitamin ni lah insuran yang kita ada supaya risiko nak kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah...betul tak?

Daripada diserang sakit jantung esok lusa kalau skip atau tak makan vitamin, kepada mungkin kita akan nak kena stroke pun lagi 10-20 tahun lagi kalau makan vitamin. Jadi  ok sangat dah tu. sempatlah kita nak tunaikan tanggungjawab kita menjaga anak-anak,balas jasa mak/ayah, adik-beradik & paling penting TAUBAT secukupnya sebelum pergi meninggalkan dunia yg fana ini untuk selama-lamanya….

jadi janganlah kita pandang negatif maupun ambil tenteng tentang pemakanan vitamin-vitamin ini.
sebaiknya kalau kita amalkan secara konsisten kita akan lebih cergas dan tubuh badan akan lebih sihat. jadi fikir-fikirkanlah...

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
Image result for bunga


No comments:

Post a Comment