Pages

Wednesday, February 17, 2016

Kaedah bermain dengan bayi didalam kandungan

Berita gembira bagi seorang ibu adalah apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung. Membuatkan sang ibu ini tersenyum, tersengih sendirian dan turut memanjatkan syukur ke hadrat ilahi dengan kurniaan yang tidak ternilai ini.

macam tu jugakla saat-saat saya diberitahu comfirm mengandung oleh doktor . walaupun ia mengandung kali yang ke 4. keterujaan nya tetap sama ...menanti permata syurga.hihihi

saat teruja menanti bayi membesar ini memang best tapi  tahukah kita sebenarnya kita dah boleh bermain dengan bayi kita ketika bayi didalam kandungan lagi?

Image result for respon janin

pernah tak kita tengok ada si ibu ni mengusap-usap perutnya dan bercakap dengan perutnya?

kalau pernah tengok itulah antara kaedahnya.Ada juga dikalangan ibu yang memperkenalkan bayi dalam kandungannya dengan muzik, tidak kurang juga ada yang memperdengarkan dengan ayat-ayat suci al- Quran sebagai rangsangan untuk bayi didalam kandungan.

jom kita tengok apa kaedah lagi yang kita boleh rangsang bayi didalam kandungan kita.

1 . Ransangan suara.
  •  berdasarkan kajian yang dijalankan diluar negara ,bayi di dalam kandungan telah berupaya untuk mendengar dalam rahim seusia 26 minggu atau trimester ketiga. Cecair ketuban menjadi perantara penghantar gelombang suara yang baik kepada janin sehingga rangsangan suara maupun bunyi disekelilingnya dapat didengar oleh bayi.
    • Bagaimana?
                    - memperdengarkan bayi dengan muzik yang teratur iaitu bermula dengan nada rendah 
                      hingga nada yang lebih tinggi,
                    - berbicara dengan bayi dengan pelbagai intonasi suara.
                    - Memainkan alat muzik seperti piano atau gitar
                    - memperdengarkan bayi dengan ayat-ayat suci Al-quran dan zikir-zikir yang berirama.

Image result for respon janin


2. Rangsangan sentuhan
Image result for respon janin
  • janin yang berusi 16 minggu akan memberi tindakbalas terhadap usapan , sentuhan mahupun tekanan diperut ibunya. Tindakbalas yang sering dilakukan adalah gerakan menghisap inu jarinya.
    • Bagaimana bermain?
      • mengetuk perut dengan beberapa kiraan kemudian menunggu bayi memberi tindakbalas dipermukaan perut ibu.
      • mengusap-usap perut yang menonjol akibat tekanan tubuh janin.
      • menekan bahagian perut yang menonjol kerana tekanan kaki atau tangan janin.biarkan seketika dan bayi akan membalas dengan menunjukkan respon dibahagian yang lain di perut anda.
3. Rangsangan Cahaya
  • kelopak mata janin boleh dibuka seusia 26 minggu.Namun demikian janin telah un menunjukkan tindak balas terhadap cahaya ketika perut ibunya disinari cahaya. ini boleh dilihat dengan tindakbalas pada jantungnya. 
  • Image result for respon janin
    • bagaimana bermain:
      • mengajak janin berbicara saat berada ditempat gelap lalu berpindah ke tempat yang lebih terang.
      • menghalakan lampu ke merata-rata tempat dibahagian perut anda. hidup dan matikan lampu tersebut dan lihat respon pergerakan bayi anda.

Image result for respon janin


sudah pastinya ia membuatkan kita tersenyum dan tertawa sendiri. Namun itulah nikmat nya bergelar ibu mengandung walaupun membawa badan yang berat namun indahnya hanya kita yang bergelar ibu saja yang tahukan.

moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..


Jika kawan-kawan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang supplemen shaklee  boleh terus hubungi saya :






Jika anda berada di sekitar negeri perlis anda boleh dapatkan supplemen shaklee dari saya  secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee area kangar dan beseri .
Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 01120757343
Email : lovetinimade@gmail.com
FB : Hartini Zulaikha

No comments:

Post a Comment