Pages

Friday, November 9, 2018

Kelebihan Amalkan Surah Al Mulk Setiap Hari.


Surah Al Mulk  bermaksud kuasa Pemerintahan. Ia juga dikenali atau dipanggil ' surah Tabaraka '. Surah ini adalah surah yang mengandungi 30 ayat merupakan surah yang ke 67 dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah Makkiyah kerana diturunkan di Kota Mekah


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Al Mulk seharusnya menjadi amalan setiap hari bagi setiap umat islam. Ulama berkata
 “ Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajdah dan Surah Al Mulk.'


Image result for kelebihan surah al mulk

KELEBIHAN SURAH Al-MULK

  •       Surah ini menjadi penyelamat
  •      Penegah pembacanya akan   dijauhi dari seksa kubur.
  •      Berada dibawah naungan sayab malaikat ( mendapat rahmat Allah).
  •      Menjauhkan diri daripada Maksiat.
  •      Menjadikan diri sebagai orang yang bertawakal.




Image result for kelebihan surah al mulk

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
 .

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
 .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
 .
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
 .
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
 .
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
rujukan ;sini



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan).

InsyaAllah , semoga dengan amalan kita ini kita akan peroleh keredhaan dan keampunan dari Allah serta sentiasa terpelihara keselamatan diri kita. aminn..


Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang kurang itu atas kelemahan diri kak enan sendiri..semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini..


Wallahualam..


Anda nak cuba vivix? boleh saja dapatkan disini segera.

No comments:

Post a Comment