Pages

Monday, October 8, 2018

Resepi Kek Marble Trio Yang Mudah Dan Sedap.

Lewat hujung minggu baru-baru ini sempat luangkan masa untuk buat kek. Sambil nak habiskan bahan-bahan kek yang masih bersisa sebelum tarikh expired semakin hampir. Jadi kak enan pun cuba intai-intai resepi kek marble yang belum pernah cuba dari google. hasilnya jumpa lah resepi kek Marble Trio ini dari salah satu gambar google tersebut. Resepi Asal ni dari Azlina Ina.



1st time buat kek marble guna resepi ni dan ternyata tidak mengecewakan . Memang sedap amat hasilnya..Bukan memuji hasil sendiri tetapi memang rasa kek marble kali ini berbeza dari kek marble yang sebelum ini yang pernah kak enan buat. Bayangkan awal kek ni masak suku dari kek ni dah habis dikerjakan oleh kak enan dan anak-anak.. itu pun kalau tidak ditahan mahu saja habis separuh keknya. hihi...

Ternyata keesokkan nya belum sampai masa untuk minum petang, habis sudah kek ini dimakan oleh anak-anak, suami dan mertua kak enan. Semuanya memuji kesedapan kek ini dan meminta untuk membuat lagi kek ini. Nampak gayanya kak enan kena bakar lagi kek ini hujung minggu ini sebab ada yang belum puas menikmatinya..

Jadi mari kita lihat resepi kek Marble Trio yang sedap ni.

RESEPI KEK MARBLE TRIO
Resepi asal dari : Azlina Ina

Bahan-bahan :

Bahan A:
4 biji telur
3/4 cawan gula halus( kak enan guna gula castor)
1 sb Ovalette
1 sk esen vanilla

Bahan B :
1 3/4 Cawan tepung gandum
1/4    cawan tepung jagung
1 sk baking powder

Bahan c
 250 gm butter ( kak enan guna farmfresh butter)
 5 sb susu Pekat manis

3 sb serbuk koko

Cara-caranya :

1. Bahan- bahan A dicampur dan dipukul /diputar dengan mixer sehingga gebu. ketepikan.
2. Ambil bahan-bahan B , ayak kan sehingga sekata. Ketepikan.
3.  Bahan-Bahan c dicampur bersama dan dipukul /diputar sehingga kembang bertukar berwarna kuning pucat.
4. Selepas itu, campurkan bahan-bahan A  dan bahan B  berselang seli kedalam bahan c tadi yang telah bertukar  warna kekuningan.  kaup balikkan sehingga adunan sekata.
5. Selepas itu bahagikan aduna tersebut kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah serbuk koko. kaup balikkan sehingga sekata.
6. Isikan dalam loyang 7" berselang seli dengan 2 adunan tadi. yang berwarna kuning dan coklat sehingga habis adunan tersebut.
7.Lorekkan corak diatas adunan tadi menggunakan lidi. sebelum itu panaskan oven 5 minit lebih awal pada suhu 160 c.
8. Turunkan suhu 150 c , masukkan loyang tadi dan bakar selama 40 ~ 45 minit api atas .

* suhu adalah mengikut kesesuaian oven masing-masing.



ini adalah bahan-bahan c iaitu butter dan susu pekat.


gambar bahan-bahan lain tak sempat kak enan ambil sebab kecoh dengan anak-anak yang sama-sama nak membantu kak enan buat kek ni. masing- masing sibuk nak pegang mixer.

bila nak ayak bahan-bahan B si kecil kak enan dengan yakinnya hampir menuang baking powder kedalam campuran tepung jagung dan tepung gandum. memang bising juga kak enan pada awalnya tapi ermm..melihat kesungguhan anak-anak membantu hilang semua amarah tu..hihi..


tengoklah hasil lorekan 3 tangan yang berbeza ni. Semuanya nak melorek dan nak nampak hasil tangan sendiri.. hihihi..


Alhamdulillah kek ni dah masak . Kak enan biarkan api atas selama lebih kurang 3 minit sebelum mengeluarkan ke ini dari oven. Sebabnya kak enan sukakan bahagian atas kek marble ini sedikit keperangan macam dalam gambar tu.


Hasilnya setelah kek ni sudah masak . Memang gebu kan... nyum..nyum.. sepotong demi sepotong akan di ambil. sedar-sedar eh.. dah habis suku dari kek nya...hihi..



Jadi kak enan harap kawan-kawan pun mencuba resepi ini ye..

selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera.


Jika anda inginkan Vitamin Shaklee , anda boleh dapatkan dari kak enan dengan menghubungi kak enan seperti berikut :
                                          
 Hartini zulaikha
Call/sms/whats up : 01120757343
Fb Page : Dunia Vitamin Tini
Email : duniavitamintini@gmail.com

Jadilah pengguna yang bijak iaitu dengan menyertai kami dishaklee. Anda akan perolehi penjimatan dari 5% sehingga 25 %.. hubungi kak enan ye. Kak enan juga boleh  COD VITAMIN  SHAKLEE DISELURUH KAWASAN NEGERI PERLIS DAN KONSULT ANDA SECARA PERCUMA.

No comments:

Post a Comment