Pages

Wednesday, May 16, 2018

Cara mudah hilangkan loya semasa hamil bagi elakkan ibu hamil cepat letih.

Pelbagai tips dan cara untuk elak rasa loya terutama semasa hamil. Loya semasa hamil boleh menyebabkan pelbagai aktiviti bakal ibu ini akan terganggu.Loya semasa hamil menyebabkan Ibu hamil ini juga akan mudah letih ,penat dan lesu yang akan boleh menyebabkan ibu hamil mudah terhidrasi.Loya semasa hamil boleh menyebabkan ibu-ibu hilang nutrisi dan mudah jatuh sakit.



Loya ketika hamil memang tak dapat dipisahkan . Namun tidak semua ibu hamil yang mengalami perasaan ini. Jadi sebagai ibu yang sedang hamil anda harus enjoy saat-saat ini sebaiknya.


Oleh  itu anda boleh cuba pelbagai cara mudah yang boleh ibu hamil lakukan untuk elakkan rasa loya menjadi semakin teruk. Mari kita tengok apa yang boleh bantu anda atasi masalah loya ibu hamil ini.



1. Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan berempah
 - makanan yang berlemak seperti sup gear box atau sup tulang atau kari daging boleh menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi .

2. Mengambil makanan sedikit demi sedikit
- pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap boleh membantu mengelakkan rasa loya menjadi berlarutan. Malah pengambilan makanan secara sederhana dapat mengurangkan perut ibu hamil masuk angin.

3. Berehat 
- Dapatkan rehat secukupnya kerana keletihan dan tekanan boleh menyebabkan ibu hamil lebih kerap merasa loya dan pening-pening.

4. Minum teh halia.
- Teh halia boleh kurangkan angin dan rasa loya. Namun kuantiti halia hendaklah sederhana dan diambil secara berhati-hati.

5. Hidu bau Lemon

 - bau lemon sangat menyegarkan . Ia akan membuatkan rasa loya ibu hamil akan hilang namun tidak semua ibu hamil sesuai dengan kaedah ini.

6. Vitamin B6 dan Multivitamin
- Boleh mengurangkan rasa mabuk kehamilan. JIka ibu hamil mengambil dari sebelum hamil dan saat kehamilan ,ibu hamil mungkin akan kurang mengalami simptom yang teruk.

7.Peppermint

- Bau daun pudina boleh mengurangkan rasa loya ibu hamil. Bau yang fresh menaikkan lagi rasa kesegaran. Buat teh suam dicampur daun pudina kemungkinan boleh mengurangkan rasa loya ibu hamil juga.


Alhamdulillah sewaktu hamil anak ke 4 kak enan kurang dah alami rasa loya yang terlampau . Kak enan nak berkongsi dengan anda semua apa yang kak enan amalkan iaitu PEPPERMINT GINGER PLUS Shaklee.


Image result for peppermint ginger plus


Apa yang bestnya Peppermint Ginger Plus ini?

Peppermint Ginger Plus Shaklee mengandungi formulasi 4 herba iaitu :

1. Pudina

    Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.

2. Halia
     
    Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.

3. Pokok Adas

    Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.

4. Cekur manis (anise)
    
    Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.


Selain itu Peppermint Ginger PLus shaklee banyak khasiat nya lagi seperti :
  • Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  • Meningkatkan fokus
  • Menghalang muntah selepas pembedahan
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Melegakan haba pada musim sejuk / panas
  • Melegakan senak perut

jadi jika anda ingin dapatkan Peppermint Ginger Plus shaklee ini anda boleh hubungi kak enan seperti yang tertera ye :
  

Whatsapp/call/sms :01120757343
email : duniavitamintini@gmail.com
Fb pages: Dunia Vitamin Tini

ATAU ANDA BOLEH BELI DISINI 
Image result for buy now button


Kak enan boleh COD vitamin SHAKLEE diseluruh negeri PERLIS dan dikawasan sekitar mengikut temujanji.


No comments:

Post a Comment