Pages

Saturday, October 28, 2017

Jatuh bangun bisnes : satu sekolah kehidupan untuk lebih majukan diri.

Jatuh bangun dalam kehidupan adalah lumrah alam. Jatuh bangun ini sebenarnya mengajar kita erti kehidupan dan survival dalam  kita hendak menangani dan meneruskan kehidupan kita.


Begitulah dalam bisnes. Jatuh bangun dah menjadi adat untuk kita lebih berjaya dan tegar dalam mengatasi masalah yang datang malah how we action bila masalah yang datang itu sedikit sebanyak akan menguji hati ,jiwa dan kekuatan iman kita.

Namun bila kita dapat mengatasi setiap kejatuhan dan situasi ini..kita sebenarnya mengajar diri kita menjadi lebih kuat dan teguh serta untuk mengatasi setiap yang datang pada masa depan.

Alamak panjang pula mukadimahnya kan..alhamdulilah begitulah kak enan yang masih dalam membina empayar kak enan sendiri..bisnes kak enan di bawah lINANI MILLIONS FAMILY.

Pernah jatuh berkali-kali dan menyepi tapi rasa rugi time menyepi tu..rugi masa dan rugi segala-galanya yg digrab oleh orang time kita mengalah tu. 

Apa yang buat kak enan terharu saat menyepi tu upline kak enan tetap follow up kak enan dan memberi kata semangat serta mengingatkan kembali segala impian-impian kak enan ... Sop..sop...saat tu terasa rugi..yang salah adalah diri sendiri sebab tanpa perancangan ,tanpa strategi ,dan tanpa fokus memang semua impian-impian itu tidak akan tercapai..


Alhamdulillah bila bangkit kembali..atur strategi. Mula kenal erti buat perancangan..namun bila hilang fokus ,perancangan tiada maknanya betui tak..jadi kita perlu duduk dalam group yang sering menaikkan semangat dan buat kita sentiasa fokus dalam target dan impian kita.


Alhamdulillah satu tangga dapat kak enan jejak dalam bisnes shaklee kak enan  . Syukur sangat time tu bersama-sama upline yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar. Memegang bonus hampir rm2k dengan titik peluh sendiri dan pada masa yang banyak ilmu yang dipelajari ..sujud syukur  pada Allah...Hanya Allah yang tahu saat itu.

Saat menerima satu berita tentang kematian seorang pelanggan kak enan dan diikuti lagi satu kematian... Ya Allah..menangis hati kak enan ..sedih pilu bercampur baur hanya Allah yang tahu..saat tu terasa sangat-sangat down sehingga kak enan terlupa ajal dan maut itu adalah rahsia Allah.



Sehinggalah tersedar bila diketuk oleh upline kesayangan kak enan..katanya " akak tak boleh begini..ajal maut itu adalah rahsia Allah. Kita sebagai hanya membantu untuk kesembuhannya. Jadi tanggungjawab kita sebagai sid untuk bantu dan menyedarkan masyarakat diluar sana untuk lebih menjaga kesihatan dari segi pemakanan dan gaya hidup lebih sihat disamping mengamalkan pemakanan supplement untuk tingkatkan kualiti kesihatan kita. Bukan nya ambil supplement time dah sakit makin kronik. Inilah tugas kita untuk bagi tahu pada masyarakat kat luar sana".

Bagaikan batu terhempap dikepala terjaga kak enan mengosok kepala yang terasa sakitnya...huhuhu...
 Ya Allah lupa nya aku akan qada' dan qadar mu...huhu...

Sedih kembali mengingatkan arwah yang pergi. Al fatihah untuk arwah ayah downline dan mak dowline kak enan..kedua-duanya akibat kanser,kanser paru-paru dan kanser hempedu. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan dikalangan para soleh dan solehah. 

Dan bangkitnya kak enan dr sedar kali ini dengan strategi untuk sebarkan kebaikan dan gaya kesihatan yang lebih sihat untuk mereka di luar sana. Bukan hanya diluar kena bermula dari rumah sendiri dulu kan...insyaAllah semoga impian ,planning dan target kak enan akan tercapai dengan fokus ,fokus dan berada dalam kalangan orang yang ingin berjaya...


Terima kasih pada founder oms group ummi mai yang tak pernah jemu-jemu tarik kak enan dalam selut,ibu siti founder the dream builder, mama wardah sentiasa jadi penyelamat ,master azrin @mamarin founder osfteam dan neny lyna founder ireach .. InsyaAllah segala.ilmu yang kalian berikan, curahkan akan kak enan follow dan buat. Dan terus fokus untuk bisnes kak enan sendiri..insyaAllah.

"Ya Allah...kau bantulah hambamu ini yang ingin membantu mereka yang memerlukan untuk tingkatkan kesihatan mereka yg berada diluar sana.." amin

Sedang mencari vitamin shaklee?...hubungi kak enan ye sebab kak enan adalah sid yang berkaliber dan berilmu .




No comments:

Post a Comment