Assalamualaikum...
Diharap semua pembaca blog ini didalam lindungan dan rahmat dari Nya.InsyaAllah...
Kawan-kawan pernah tak buat ujian pap smear atau mamogram?
Sebenarnya sebagai wanita kita harus ambil berat tentang perubahan yang berlaku pada tubuh badan kita. Pap smear dan mamogram adalah ujian yang penting untuk mengesan kanser di peringkat awal. Mengesan perubahan lebih awal adalah lebih baik dari menerima berita diperingkat terakhir . Jadi ruangkan masa untuk jalani pemeriksaan tubuh badan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Apakah tanda-tanda atau gejala-gejala kanser ini?
Antaranya ialah ;
1. Sukar untuk bernafas atau termengah-mengah ketika bernafas.
~ ini adalah salah satu tanda pertama kanser paru-paru; dimana kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah-mengah yang amat.
2. Batuk kronik atau sakit dada
~ boleh dikategorikan simptom-simptom atau tanda-tanda beberapa jenis kanser seperti leukimia atau tumor paru-paru.
Ia juga hampir sama dengan batuk teruk atau bronkitis.
3. Kekerapan demam atau menjalani jangkitan.
~ ini juga merupakan salah satu tanda penyakit leukimia iaitu kanser pd sel-sel darah yg bermula dalam tulang sum-sum. Selalunya apabila demam atau selsema dalam jangkamasa yg pjg.
4. Kesukaran untuk menelan makanan
~ sering berkait rapat dengan kanser tekak dimana seseorang itu sukar untuk menelan makanan yg dimakannya.
5. Nodus limfa membengkak atau benjolan pada leher ,ketiak dan pangkal paha.
~ pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik.benjolan yg tidak menyakitkan pada bawah leher,ketiak atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda-tanda awal leukimia.
6. Lebam melampau atau pendarahan yang tidak berhenti.
~gejala gejala ini selalunya menandakan perkara yg tidak normal berlaku pada platlet dan sel-sel darah merah.
7. Lemah dan lesu.
~ lesu dan lemah adalah gejala-gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu dilihat.ia juga boleh bergabung dengan gejala-gejala lain.
8. Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal.
~ masalah ini sering berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari.
9. Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.
~ salah satu tanda kanser ovari ialah tiada selera makan dan tidak boleh makan walaupun sebenarnya kita belum makan.
10. Sakit pada pelvik atau abdomen.
~ sakit pada pelvik boleh menandakan banyak perkara seperti gejala fibroid,sista ovari dan penyakit saluran reproduktif. Lakukan pemeriksaan penuh kerana kejang dan sakit pada pelvik serta abdomen berkemungkinan adalah tanda awal kanser ovari.
11. Pendarahan rektal atau darah dalam najis.
~ini juga adalah antara tanda-tanda kanser kolorektal.
12. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
~ merupakan tanda penyakit kolon (usus besar) dan kanser sistem penghadaman yg lain..ia juga boleh menandakan kanser yang merebak pada hati ,memberi kesan pada selera dan kebolehan tubuh untuk keluarkan bahan kumuh.
13. Haid yang banyak atau menyakitkan atau pendarahan dalam haid.
~ ini boleh menunjukkan tanda-tanda kanser endometritis atau uterus ( rahim ).
14. Pembengkakan pada wajah.
~ selalunya ini adalah tanda-tanda mereka yang mengalami kanser paru-paru. Ini berlaku disebabkan oleh sel-sel kecil tumor menyekat saluran darah dalam paru-paru ,sekaligus menghalang darah daripada beredar dengan bebas daripada kepala ke wajah.
Jika ada kawan-kawan yg mengalami tanda-tanda seperti diatas ,nasihat saya pergilah ke hospital untuk jalani pemeriksaan lanjut. Mencegah dari awal itu lebih baik dari kita tahu berita atau penyakit ini di peringkat akhir.
Salam sayang dari saya.moga perkongsian ini bermanfaat untuk kalian semua...

No comments:
Post a Comment