Stress adalah salah satu punca bermulanya semua penyakit. Antara sedar dan tidak sedar stress mempengaruhi kehidupan harian setiap insan jika tidak diatasi dengan perkara-perkara yang boleh menghindarinya dari berterusan.
Berikut ialah sedikit perkongsian cara untuk mengatasi stress.. ;
1.bersukan/Melakukan senaman
Kita boleh pilih senaman atau pun sukan yang kita minati
bagi menenangkan jiwa kita. Namun pastikan sukan yang dipilih bersesuaian dengan umur dan keadaan kesihatan diri kita.
2.Berseronok
Dalam erti kata lain kita menikmati kehidupan dan suasana disekeliling kita dengan berseronok dan take advantage dari apa yg ada disekeliling kita. Contohnya : menikmati suasana
bersama anak-anak dengan bermain atau menemani mereka bermain.
3. Pilih reaksi yang positif
Cuba bertenang disaat didatangi stress dan pilih reaksi untuk tersenyum bagi menghadapinya.walaupun terdengar seperti susah untuk melakukan cuba dulu ambil reaksi begitu.anda akan rasai kesannya...
4. Bertenang/berehat secukupnya
Ambil masa untuk diri bertenang dan berehat . Bila terlampau stress badan akan terasa sangat penta begitu juga dengan otak. Jadi ikhtiarkan untuk diri agar boleh rileks seperti mendengar lagu atau zikir.
5. Tidur secukupnya
Tidur yang berkualiti sangat penting untuk memberi impak positif pada badan dan minda yang positif untuk berfikir. Jadikan amalkan untuk tidur seawal mungkin dan tidur dalam lingkungan 6-7 jam sudah mencukupi untuk diri kita.
6. Bernafas dengan betul
Mengamalkan pernafasan yang betul membantu mengurangkan stress . Saat- saat didatangi stress cuba tenangkan diri dan tarik nafas berulangkan kali bagi meredakan perasaan tersebut.
7. Risau....tapi hanya untuk 10 minit shj
Jika anda rasa risau..fikirkan dalam 10 minit pertama shj.
Selepas itu buangkan jauh-jauh dan ambil positif dari pelbagai sudut dari perkara tersebut.
8. Letakkan didalam pelbagai perspektif
Hadapi masalah yang membuatkan anda stress dan letakkan ia didalam pelbagai sudut yang positif yang boleh anda ambil kira.
Semoga tip diatas membantu anda menghadapi keadaan dan suasana yang me!buatkan anda stress.
Dari segi supplement juga ada yang boleh membantu anda untuk merembes enzim-enzim dan memberikan anda perasaan rileks..
B compleks sangat membantu bagi mereka yang sering kali menghadapi stress ditempat kerja maupun di rumah..
InsyaAllah kita hanya berusaha untuk lebih tenang bg menghadapi masalah-masalah dom kehidupan diri kita.
Selain itu mendekatkan diri kepada Maya Pncipta adalah salah satu jalan untuk memberikan diri kita tenang.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment