moga beransur-ansurnya fasa ke dua ramadhan ini pergi dengan meninggalkan iktibar dan peringatan buat kita..
sesungguhnya doa-doa di bulan ramadhan ini sangat mustajab dan minta lah bila masa dan di mana saja apa yang anda impikan dan apakah yang diharapkan oleh anda.. tak perlu sebenarnya nak berdoa kn ada ditikar sembahyang...dimana-mana yang terlintas dihati anda tentang hasrat hati teruskanla doa anda ...sesungguhnya Allah Maha Mendengar , Maha Melihat dan Maha Mengatahui apa yg terdetik di hati kita.. insyaAllah moga impian dan hasrat kita akan termakbul...
bila bercerita tentang impian ni...tentunya semua orang ada impian kan.?
begitu juga bagi mereka yang sudah lama berumah tangga ,tentunya mengimpikan suara-suara ahli Syurga di kediaman dan disisi mereka...
sesungguhnya setiap ujian Allah beri pada hambanya bersesuaian dengan tahap iman mereka jadi jangan cepat mengalah dan teruslah berusaha mencari penawar dan teruslah berdoa..kerana Allah amat suka hambanya yang sering berbicara denganNya..
WAduhhhhhhhh...panjangla mukadimah ni..iyelah kan kadang-kadang terusik dijiwa saya bile bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama berumah tangga namun masih belum ada waris mereka...
moga tip yang saya ingin kongsikan ini berguna untuk semua ye.. dan sampaikan juga pada mereka-mereka diluar sana..insyaAllah ...moga bermanfaat..
Bagi pasangan yang berumur 20 an yang telah lama berumah tangga yang belum ada waris bermula di tahun ke 2 perkahwinan dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan manakala bagi mereka yang berusia 30an dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan bermula lebih awal di thn pertama usia perkahwinan mereka..
apa yang perlu dibuat?
Langkah-langkah untuk rawatan kesuburan :
1. Setiap wanita @isteri perlu tahu masa kesuburannya, jadi melakukan hubungan kelamin dimasa kemuncak kesuburan boleh meningkatkan kebarangakalian untuk mengandung.
2. Mendapatkan nasihat doktor puan bagi mendapatkan rawatan ubat kesuburan seperti clomiphene dan Ganodotropins adalah langkah awal sebelum melakukan rawatan yang lebih canggih. Bagi masa untuk ubat kesuburan ini bertindak baru melakukan kaedah yang lain.
3. Jika pemeriksaan telah dibuat keatas isteri dan mendapati terdapat cyct dan masalah tiub falloppian tersumbat. Lakukan dahulu pembedahan minor ini.
4. Melakukan kaedah IUI iaitu satu kaedah yang membantu sperma suami untuk sampai kepada telur isteri. Ini berikutan sperma suami mempunyai kuantiti yang rendah dan lemah.
5. Doktor akan menyarankan kaedah ART iaitu teknologi bantuan reproduktif apabila penyelesaian yang diatas gagal bagi anda dan pasangan anda. Kaedah ini lebih berteknologi tinggi dan mahal iaitu antaranya IVF ( In vitro Fertilization) , ICSI ( intracytoplasmic sperm injection) dan GIFT ( Gamate intrafallopian Transfer )
walaubagaimana pun langkah-langkah ini perlu diambil dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan memerlukan kos kewangan yang tinggi.
Selain itu amalan tradisional dan doa-doa juga boleh diamalkan bagi pasangan tersebut.
Dalam perubatan tradisional terdapat herba-herba yang boleh membantu merawat masalah tidak mendapat zuriat ini bagi suami dan isteri..
Rawatan herba bagi isteri :
- akar pokok tunjuk langit dimakan bagi yang mempunyai masalah rahim
- secekak akar semalu kering direbus dan diminum airnya bg ubati kemandulan wanita.
Antara rawatan herba untuk si suami :
- campuran buah badam,susu cair, telur kuning, madu dan halba( dimasak ,dikisar dan diminum suami dan isteri)
- Digalakkan suami dan isteri makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman.
- Air kunyit dicampur dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung ( dimkn setiap pagi)
walau bagaimanapun dinasihatkan agar bertemu dengan mereka yang lebih arif tentang rawatan tradisional ini adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan secara ini..
selain itu boleh diamalkan doa-doa yang berkaitan...
Antara amalan yang boleh diamalkan :
amalkan selepas fajar atau solat subuh ;
- Baca Bismillah sekali
- selawat keatas Nabi 3x
- setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- dalam sujud itu mohonlah pada Allah hajat kita;
cth " Ya Allah kurniakan kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh
yang Engkau berkati didunia dan akhirat ".
- kemudian tutup doa ini dengan membaca selawat 3x.
Amalkanlah cara ini baik isteri atau pun suami selama 15 hari dan berterusan dan janganlah sesekali berputus asa. InsyaAllah kita berusaha Yang memberi tetap Dia yang Maha Kuasa.
InsyaAllah moga bermanfaat perkongsian kali ini..
Perkongsian yang sangat menarik..
ReplyDelete