Pages

Friday, May 22, 2015

Apa itu apendiks?

Assalamualaikum...
sekadar perkongsian info dalam pencarian saya mencari maklumat apendiks ini setelah mak mertua saya terpaksa menjalani pembedahan segera setelah disahkan apendiks.
memang sebelum ini mak mertua sering pengsan akibat sakit perut namun disebabkan dia memang mempunyai  gastrik yang teruk,jadi penyelesaian yang selalu diberikan hanya diberi ubat angin , ubat tahan sakit serta ubat senak perut selain dicucuk untuk melawan rasa sakit tersebut.
Disebabkan selalu sahaja sakit perut sehingga pengsan-pengsan ini saya memberi pada mak mertua saya  ESP dan zink .Alhamdulillah hampir sebulan mengambil esp dan zink ni baru terungkai rupanya selama ni dok pengsan- pengsan ni bukan gastrik tetapi apendiks..kalau diikutkan mak mertua saya selalu pergi check up kesihatannya. Apa pun segalanya kita berserah hanya kepada Allah..



Syukur setelah pembedahan berjaya.Alhamdulillah mak mertua saya terus mengambil zink untuk pemulihan luka dalaman dan luarannya .

Namun harus diketahui  kalau kita mengalami radang apendik, kita akan sakit disebelah kanan. Kalau disebelah kiri kemungkinan besar kita diserang gastrik. Jadi jika mengalami sakit perut perlu diberi perhatian kerana ia juga membahayakan kesihatan .antara simptom-simptom kecil apendiks ni ,pada mulanya hanya sakit perut biasa-biasa saja. Kurang selera makan dan asyik muntah. Lama kelamaan sakit perut semakin menjadi-jadi. 
MITOS Apendiks
Makan buah perlahan-lahan. Nanti tertelan biji, takut kena apendiks.” Ia antara ayat yang biasa didengar dalam kalangan masyarakat kita terutama daripada golongan lebih berusia.
Sejak kecil, ramai dalam kalangan kita disogokkan dengan fahaman ini. Biji buah-buahan dan sayuran seperti jambu, tembikai juga cili sentiasa dikaitkan sebagai punca masalah keradangan apendiks (atau istilah perubatannya apendisitis).
Hakikatnya, masalah keradangan apendiks ini terjadi apabila bukaan daripada apendiks menuju ke tiub besar atau sekum (cecum) tersekat. Sekatan itu mungkin terjadi kerana lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis yang keras daripada tiub besar termasuk ke apendiks.
Jelas Pakar Perunding Am dan Bedah Laparaskopik Pusat Perubatan Tropicana, Dr Muhd Daniel Soma, secara umumnya sistem pencernaan badan bermula dari esofagus, perut, usus kecil serta usus besar manakala apendiks pula berada di persimpangan antara usus kecil dan usus besar.
“Apendiks ini juga dikenali sebagai usus buntu kerana makanan yang dihadam mudah memasuki saluran berkenaan tetapi tiada ruang untuk keluar.
“Apabila ini berlaku, kawasan terbabit berisiko mengalami keradangan apendiks lalu membuatkannya membengkak hingga boleh pecah jika tidak mendapat rawatan segera.
“Ia sama sekali tiada kaitan dengan biji buah-buahan yang tersumbat. Mungkin dan tidak mustahil sedikit sebanyak ada menyumbang kepada masalah itu tetapi peratusannya terlalu kecil untuk dijadikan sebagai punca,” katanya.

Apa itu Apendiks?


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)



Simptom-simptom

  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. 
  2. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. 
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. 
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. 
  6. SembelitAda sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar 
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 
  8. Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa. 



No comments:

Post a Comment