Pages

Monday, June 2, 2014

Radikal bebas

Kekurangan antioksidan didalam tubuh badan memberi ruang untuk radikal bebas bergerak dan memusnahkan berjuta-juta molekul didalam tubuh melalui tindakbalas berantai...

apa itu RADIKAL BEBAS?
- adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.
Jadi ia cenderung menyerang molekul berhampiran untuk dapatkan elektron dan menggantikan elektron yg telah hilang sebelum ini..

Dengan kata lain iaitu RADIKAL BEBAS merupakan molekul yang paling reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel. 
Komponen sel biasanya rosak akibat serangan radikal bebas termasuk asid lemak poli tak tepu dalam membran sel, protein seperti enzim dan pengangkutan ion membran dan asid nuklear deoksiribosa (DNA).




 
Bagaimana radikal bebas wujud?

Radikal bebas sentiasa dihasilkan dalam tubuh manusia melalui cara berikut :-

1. Kebanyakannya wujud dari tindak balas redoks biokimia melibatkan oksigen dan merupakan sebahagian dari metabolisma sel yang normal.

2. Akibat kerja fagosit sebahagian daripada tindak balas proses radang terkawal.

3. Kadangkala sebagai reaksi akibat pendedahan kepada radiasi pengionan, sinar ultra ungu, pencemaran alam sekitar, asap rokok, hiperoksia, bersenam keterlaluan dan iskemia.

Setiap kali terbentuknya radikal bebas dalam badan dengan spontan ia boleh memulakan tindak balas berantai yang bersiri.  Radikal bebas hanya akan berakhir kesannya jika bertindak balas dengan radikal bebas yang lain atau lebih tepat lagi akibat tindakan dari sistem anti pengoksidaan.


Antara jenis makanan yang mengandungi paras radikal bebas yang tinggi :
  • makanan yang bergoreng
  • makanan yang berlemak tinggi 
  • makanan yang dibakar atas arang
  • makanan yang menggunakan microwave


kalau nak tahu SATE adalah salah satu makanan yang tinggi radikal bebasnya.






RADIKAL BEBAS yang bergerak bebas dalam tubuh badan mampu merosakkan organ dalaman tubuh dan menyebahkan penyakit-penyakit yang hampir keseleluruhannya adalah berpunca dari RADIKAL BEBAS .
Antara penyakit akibat RADIKAL BEBAS tersebut ialah :
  • Kanser 
  • Kencing manis
  • Penyakit jantung kardiovoskular
  • Ketidaksuburan lelaki
  • Penyakit buah pinggang
  • Proses Penuaan 


APA LANGKAH YANG PATUT DIAMBIL?????

untuk menghalang atau menghapuskan radikal bebas dari menyerang sel kira adalah sukar..
TETAPI dengan pengambilan antioksidan yang tinggi ia mampu menghalang RADIKAL BEBAS dari menyerang sel-sel tubuh badan kita.


SUMBER ANTIOKSIDAN 
 kita boleh dapatkan dari sumber antioksidan ini dari sayur-sayuran,kekacang.minyak ikan dan lain-lain...





Perlindungan terhadap RADIKAL BEBAS ni memerlukan pengambilan yang berterusan dan konsisten untuk menghindarkan tubuh badan dari dipenuhi radikal bebas..

untuk memudahkan pengambilan antioksidan yang mudah kita boleh mengamalkan supplement yang mengandungi antioksidan yang tinggi iaitu vitamin E , vitamin A dan vitamin C.
Yang mana kita boleh dapatkan di farmasi atau stokis atau dengan nasihat pakar kesihatan kita.

Bagi saya ..saya suka SHAKLEE nya supplement iaitu :
  • VITAMIN E , 
  • CAROTOMAx- mengandungi vita A dan
  • SUSTAINED VITAMIN C 500MG 
  • VIVIX

anda bagaimana?
jangan biarkan RADIKAL BEBAS TERUS menerus mematikan sel-sel anda...
jangan tua sebelum umur anda ye...
jom cantik... :)





email : lovetinimade@gmail.com
sms  : 0195057535

No comments:

Post a Comment