Pages

Tuesday, June 6, 2017

Cinch® Shakes Mix ,sarapan mudah dan berkhasiat yang membantu kekalkan otot dan inch loss.

Salah satu sarapan yg berkhasiat untuk mereka yang ingin berdiet dan dalam inch loss plan adalah dengan amalkan cinch shake mix ni.

Kak enan tak amik ni sebab kak enan sedang menyusu anak..jadi kak enan gantikan dengan ESP.

Ia boleh dicampur dengan milo atau minuman kegemaran yg lain.
bancuh macam tu pun sedap..shake dia pastu letak ais..atau buat smooties,mmg sedapnyaaa...



jom kita tgk apa sebenarnya CINCH shake mix ni..


Cinch® Shakes mix sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
• Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
anda menurunkan berat badan
• Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
dan puas
• Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

Cinch shake mempunyai 3 perisa iaitu :
*chocolate
*latte
*vanilla



Ia mengandungi Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos
• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO



Apa yang membezakan CINCH SHAKE MIX shaklee dengan produk diluar sana?

Setiap kali anda minum cinch shaklee ini, anda akan mendapat 24 gram protein,24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.

Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot,dan ototlah yang menaikkan metabolisme dan membakar kalori badan kita.

Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan ,yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Antara faedah dan kebaikan cinch shake mix shaklee ni ialah :

🍃indek glisemik 22 :rendah, sesuai untuk pengidap kencing manis.
🍃24gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
🍃tinggi kandungan serat iaitu 6gm serat setiap hidangan.
🍃memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
🍃glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
🍃menggunakan soya bebas GMO
🍃 tiada perasa tiruan,pewarna atau pemanis.

Untuk dapatkan segera cinch shake ini boleh dapatkan disini ye :


Image result for esell shaklee

Dapatkan konsultasi secara percuma setelah anda membuat pembelian di esell atau boleh saja hubungi kak enan untuk sebarang info tentang vitamin shaklee ;


posted from Bloggeroid

Sunday, June 4, 2017

7 tanda dan gejala buah pinggang anda mempunyai masalah buah pinggang yang perlu dirawat.

Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila berlakunya pengeluaran protin berlebihan didalan air kencing atau mengalami kekurangan fungsi buah pinggang yang ketara.




Apakah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang kronik ini?

Antara punca berlaku penyakit buah pinggang ini adalah ;

1. Kerap tahan kencing
2. Kurang minum air
3. Merokok
4. Suka mengambil minuman bergas
5. Kerap makan ubat tahan sakit.

Ia juga lebih mudah berlaku apabila individu mempunyai penyakit-penyakit berikut :

🌷Diabetes(kencing manis)
🌷tekanan darah tinggi
🌷Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
🌷batu karang



7 Tanda dan gejala anda ada masalah buah pinggang ;

1. Badan berasa mudah letih
2. Hilang selera makan , rasa loya dan muntah.
3. Bengkak kaki dan muka.
4. Sukar bernafas.
5. Gatal seluruh badan
6. Pucat
7. Kerap kencing terutamanya pada waktu malam.


Apakah risiko jika lambat kesan sakit buah pinggang ini?

Apabila mengalami kerosakan buah pinggang yg teruk ,ia memerlukan rawatan dialysis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Ia juga boleh menjadi risiko kematian disebabkan kerosakan jantung dan salur darah akibat komplikasi penyakit buah pinggang.


Jadi ia sangat bahaya ,jangan dibiar jika dah ada tanda dan gejala seperti diatas tu..
Pergilah hospital dan jalani ujian darah,ujian air kencing dan pemeriksaan tekanan darah. Dapatkan nasihat doktor dan rawatan dengan segera sebelum ia menjadi lebih bermasalah.

So sayangilah buah pinggang kita ye, cegah sebelum ia menjadi semakin parah.

*rujukan - flyer KKM.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 3, 2017

Cara mudah meningkatkan metabolisma badan bagi mudahkan proses kuruskan badan.

Cinch tea...

Dikenali sebagai energy tea dan teh pemberi tenaga.

Apa yang bestnya cinch tea ni ia bantu tingkatkan tenaga jika diambil time sahur disaat bulan ramadhan yg berkat ni.. Tak adalah kita rasa lemau je disiang hari ketika berpuasa ni.

Selain tu cinch tea ni juga tinggi antioksidan tau dan tea yang membantu tingkatkan metabolisma badan dan juga tenaga.



Kalau dibancuh dengan vivix atau performance drink walawehhh....pasti terangkat...segar bugar selepas berbuka sehinggalah waktu terawikh nanti.

Apa yang terkandung dalam CINCH TEA.

Kandungan cinch tea terdiri daripada 4 bahan iaitu ;

1. Matcha Green Tea powder
➡ disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun tea tersebut termasuk serat,mineral dan antioksidan.

2. Red Tea Extract
➡ salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah,yang dikenali sebagai polifenol -pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badab yang disebabkan oleh radikal bebas.Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan agen yg menghalang daripade sel2 kanser merebak.

3. White tea extract
➡ dikenali juga sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4. Rooibos red tea extract
➡ satu tumbuhan unik yang berasal di afrika selatan yang kaya dengan polifenol- antioksidan yang tinggi.


Apa yang membezakan cinch tea shaklee ini dengan teh diluar sana?

Cinch tea shaklee adalah selamat dan penggalak tenaga semulajadi. Ia merupakan pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengelakkan kecergasan tubuh.

Cinch tea shaklee ditambah dengan taurina bagi membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Ia dihasilkan tanpa gluten ,tiada perisa tiruan ,pewarna dan bahan pemanis.


Berapa harga sekotak Cinch tea?

Sekotak cinch tea mengandungi 28 stik tea dan berharga rm 131.25 .

Siapa yang perlukan cinch tea ini?

Mereka yang sering menghadapi lesu,letih, masalah metabolisma badan rendah ?sering gagal dalam diet sendiri ? Lambat kurus walaupun sering bersenam dan kurang makan nasi?

Mungkin salah satu sebab adalah kerana kurangnya metabolisma didalam badan anda.

Apa fungsi metabolisma didalam badan ?
Ia membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori didalam badan kita. Kekurangan metabolisma badan akan menyebatkan diet anda sering gagal malah
Ia menyebabkan diet kita menjadi diet yoyo dan boleh merosakkan organ dalaman kita.

Jadi jangan tunggu lagi ..dapatkan cinch tea shaklee yang pastinya banyak kebaikan dan keistimewaannya dengan segera disini.



hubungi kak enan untuk konsultasi secara percuma atau sebarang pertanyaan ye..


posted from Bloggeroid

Thursday, June 1, 2017

Cegah penyakit Gout dengan set vitamin Gout Shaklee.

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

 Image result for gout

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah pada buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Image result for gout


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
Image result for gout diet
  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam


Supplemen yang dicadangkan

  • Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Image result for performance drink shaklee

  • OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.


Image result for omega guard shaklee
  • Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
Image result for alfalfa shaklee
  • Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
Image result for vivix shaklee

kita lihat apa kata mereka yang telah berikhtiar dengan set gout shaklee ini.





untuk dapatkan set vitamin gout ini dengan segera boleh sj klik pada esell dibawah ye.

Image result for esell shaklee

terima kasih kerana membeli di esell , untuk cara pemakanan vitamin yang betul serta konsultasi secara percuma  bolehlah hubungi kak enan ye.







sebelum tu ikuti video ini mengenai 5 manfaat Alfalfa Shaklee. semoga berguna untuk anda. :)