Thursday, August 10, 2017

Resepi kek pisang yang mudah dan cepat dengan hasil yang gebu dan moist sangat.

Assalamualaikum semua...

Kali ni kak enan nak share resepi baru yang kak enan cuba. Baru -baru ni kak enan ada buat kek pisang yang sgt best teksturnya. Oleh kerana pisang banyak so, terjadilah 2 adunan kek pisang dgn 2 variasi yang kak enan buat.



Sebelum tu nak bg tau resepi yang asal dr blogger nina ni ada kak enan sertakan sekali disini. Tapi waktu kak enan buat kek tempohari kak enan dh buat versi resepi kak enan sendiri.Untuk versi ubah suainya pun ada kak enan lampirkan kt bawah sekali ni.

Kek pisang ni mmg sedap dimakan dengan air kopi panas atau teh o panas..mmg yummy la...dengan teksturnya yg gebu ni memang akan buat kita teringat-ingat akan keenakkan rasa pisang didalamnya...

Ok ini adalah resepi asal dr blog nina tu.

Kek pisang gebu dan moist.
Resepi asal : https://ninamirza.com


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
ayak semua dan satukan

4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
blend semua

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…

Memang klu kawan-kawan cuba resepi nina ni pun akan gebulah dan sedaplah keknya..


Ok ni resepi yang dah kak enan ubah mengikut rasa kak enan ye ;

Kek pisang gebu dan moist.

4 cawan tepung gandum*
1 1/2 soda bikarbonat*
2 sudu baking powder*


(Ayak ketiga bhn bertanda*)

5 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula
2 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen pisang
4 sudu besar serbuk koko
3 cawan pisang yang telah dilenyek .

Cara-cara

1. Putar gula dan telur sehingga kembang.


2. Masukkan susu pekat dan esen pisang.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan pisang yang telah dilenyek.


4 kaup balikkan sehingga sebati. Masukkan serbuk koko tadi.
5. Alaskan loyang dengan kertas minyak .
6. Bakar dalam suhu 130 darjah dlm masa 45 minit atau mengikut kesesuaian suhu oven anda.

Kak enan guna 2 loyang iaitu loyang empat segi 8" dan loyang bulat 6" serta beberapa paper cup.

kak enan buat 2 adunan untuk dapatkan2 variasi rasa. 1 bakar dan satu kukus.



yang ni kak enan bakar. Yang kukusnya tak sempat kak enan nak ambil gambar pun...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Memang hasilnya tidak mendukacitakan. Rasanya yang kurang manis dan sgt moist dan gebu ni sangat menangkap selera. Makan sekeping akan terasa nak makan sekeping lagi dan lagi dan lagi...hihihi.


oklah selamat mencuba ye kawan-kawan resepu ni. Boleh pilih nak guna variasi resepi yang mana2 saja. Untuk variasi kak enan tu boleh bahagikan ke pada 2 jika nak buat satu adunan kek sj.


Jika kawan-kawan nak.mencuba supolement semulajadi yang memang mempunyai.kajian dr para saintis bolehlah hubungi kak enan seperti berikut ye.

posted from Bloggeroid

No comments: