Wednesday, August 17, 2016

Tip berurus niaga didalam kehidupan seharian kita.

Assalamualaikum...

Tip berniaga..

Berniagalah dengan cara yang baik. Dapatkan sedikit keuntungan daripada perniagaan tadi supaya kita beroleh kebaikan daripadanya.

1. Janganlah hanya kerana mengejar mata ganjaran perniagaan, kita sanggup menjual dengan harga yang lebih rendah dari sepatutnya.

2. Boleh berikan 'hadiah' kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih, tetapi RAHSIAKAN lah hadiah itu kerana kita tidak mahu ia merosakkan perhubungan sesama kita. Saya tahu ada yang mampu nak beri hadiah tapi kita fikir juga untuk yang tidak mampu membeli hadiah tersebut pastinya akan merasa tidak puashati. Syarikat juga tidak membenarkan kita membuat sebarang tawaran hadiah yang bukan ditawarkan oleh syarikat. Maka kita sebagai ahli tertakluk pada peraturan yang ditetapkan.

3. Asas kehidupan adalah agama. Jika kita letakkan agama di hadapan insyaALLAH hidup kita akan dipandu oleh Al Quran dan sunnah dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

4. Untuk berjaya dalam satu bidang, solat yang utama. Seterusnya AL Quran dan Sunnah menjadi tunjang dalam segala urusan. Mintalah pd ALLAH jalan yang lurus, iaitu jalan yang ALLAH anugerahkan nikmat dan barakah. Bukan jalan yang dimurkai dan bukan jalan yang sesat.

5. Infaq lah sebahagian hasil tadi demi beroleh kebaikan dan keberkatan serta membantu membangunkan ummah.

Surat 4:29
29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

No comments: