Tuesday, February 9, 2016

Kek coklat moist semudah ABC

Assalamualaikum...Alhamdulillah...cuti panjang sempena tahun baru cina ni digunakan sebaiknya.

Pulang ke kampung sudah jadi rutin bila ada cuti panjang.
Maklumlah nak uruskan kebun la...uruskan yang itula..uruskan yang ini lah..semua nya time cuti nila..

Sambil-sambil dok bercuti tu layan tekak dengan kek coklat. Permintaan anak-anak. Almaklumlah selepas berpantang hari tu belum berkesempatan lagi nak buat kek coklat ni.

Resepi ni saya dapat dr blog..tp tak ingat dah blog mana. resepi ni saya dah olah ikut citarasa dan ke'moist'an yang saya suka.

Yang ni baru lepas masak .belum letak topping lagi.


Nak cuba boleh tengok resepi ini...


Resepi kek coklat moist


Bahan A;
1 cawan koko
1 cawan gula
1cawan susu cair
1 cawan minyak masak atau minyak bunga matahari
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :
3@4 biji telur tgk saiz telurla ye.
1 sudu teh esen vanilla

Bahan c;
1 1/2 cawan tepung gandum
1sudu teh soda
1 sudu teh baking powder

Cara-cara :
*
1. Bahan A dicampur semua dimasak diatas dapur dgn api yg kecik.masak hingga gula hancur dan sebati.

2. Bahan B dipukul sehingga agak2 kembang.tak perlula bersungguh-sungguh.pukul ngan tangan pun boleh. :-)

3. Bahan C di ayak.

4.masukkan tepung yg sudah diayak kedalam campuran bahan A berselang seli dgn bahan B sehingga habis kedua-duanya.

5. Kukus lebih kurang 45 minit hingga sejam.kalau buat dlm bekas kecik-kecik tu ,kukus selama 10 ke 15 minit shj.

selamat mencuba. ...

No comments: