Wednesday, January 27, 2016

Apa itu SLE ?







Assalamualaikum..
Image result for hujan

Alhamdulillah perlis hujan renyai-renyai pagi ini...
termakbul doa pokok-pokok kayu meminta hujan akibat kepanasan kesan el-nino ni...
kat tempat kawan-kawan ada hujan x hari ni?

kawan-kawan pernah dengar tentang penyakit SLE?
tak pernah dengar? emmm...mungkin pendedahan tentang penyakit kurang kot noo...
saya pun tahu hanya pada nama aje mulanya..disebabkan nak tahu detail tentang penyakit SLE ni saya pun mencarilah info-info yang berkaitan dengan bertemankan pakcik google ni hah...



Image result for sle

alhamdulillah ..Allah permudahkan semua urusan saya...cheewaahhh...padahal ko type jer kat google dia kuar semua dah , yang penting kena baca ,faham dan hadam barulah boleh nak bercerita dengan orang lain plak....hihihi..


APAKAH SLE?
Image result for sle
SLE atau Systemic Lupus Erythematosus (SLE) ialah penyakit kronik auto-imun dimana badan peasakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah atau dipanggil antibodi akan memberi tindakbalas pada tisu. 

Ini berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.



Ia juga dikenali sebagai LUPUS bagi perkataan latin yang bermaksud serigala .Dimana pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).


Dan pada tahun Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

LUPUS terdapat 2 jenis iaitu:

1 ) Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
2 ) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian


Tahukah kawan-kawan, statistik mengatakan wanita adalah lebih banyak mengidap penyakit SLE?

Nisbah mengatakan diantara wanita dan lelaki adalah sebanyak 10: 1 atau 90% wanita lingkungan umur boleh hamil iaitu 15 5ahun ke 50 tahun  dan 10 % lelaki dan kanak-kanak.

Nisbah pesakit SLE :
dibarat , dikalangan afro-caribeans : 1 dalam 250 hingga 500 orang
di Amerika : 1 dalam 2000 orang
Di china 1 dalam 1000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih 10 000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Persatuan SLE malayasia (PSLEM ) mengatakan masih ramai pesakit sle diluar sana yang belum disahkan.
Image result for sle


Wah....bahaya juga kan penyakit SLE...sebenarnya pendedahan yang kurang buat kita pandang endah tak endah je pada penyakit inikan. Nanti kita tengok pulak apakah gejala dan rawatan yang boleh diguna pakai oleh pesakit SLE ni.

Image result for sle

Moga bermanfaat perkongsian di atas ye.



Jika kawan-kawan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang supplemen shaklee  boleh terus hubungi saya :






Jika anda berada di sekitar negeri perlis anda boleh dapatkan supplemen shaklee dari saya  secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee area kangar dan beseri .


Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 01120757343
Email : lovetinimade@gmail.com
FB : Hartini Zulaikha






No comments: