Monday, June 22, 2015

Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum semua...

moga sentiasa ceria dan bahagia hendaknya..
hari ini saya ingin berkongsi tentang set bersalin dari Shaklee.


untuk set ini ,anda boleh pilih mengikut budget anda tetapi diingatkan yang ekslusif itu adalah lebih baik kerana ia membantu badan anda pulih dengan cepat dan mengembalikan tenaga seperti biasa.
walau bagaimanapun ia bergantung pada anda untuk membuat pilihan..


set pantang atau set bersalin shaklee mengandungi 3 set mengikut kemampuan dan pilihan anda:

Basic set
1.Vitalea
2.sustained release Vitamin c Plus
3.B-compleks
4. zink compleks



Confinemum premium set
1.Vitalea
2.sustained release Vitamin c Plus
3.B-compleks
4. zink compleks
5. Ostematrik


Confinemum set Super Premium
1.Vitalea
2.sustained release Vitamin c Plus
3.B-compleks
4. zink compleks
5. Ostematrik
6. Alfalfa compleks
7.Lecithin
8.ESP


setiap vitamin-vitamin tersebut mempunyai fungsinya tersendiri yang membantu memulihkan tenaga luar dan dalam untuk wanita selepas bersalin.


jom kita lihat apa yang vitamin-vitamin tersebut dapat bantu badan kita pulih dengan cepat...


ESP

~ Wanita yang baru bersalin sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka.Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

ESP Mengandungi 14g protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzen.Esp mengandungi protein rendah lemak yang terhasil dari sumber non-GMO( Gnetically modified organism).

ESP tidak mengandungi kolestrol dan laktosa, jadi ia sangat sesuai untuk ibu-ibu yang didalam pantang. Ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat,termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Ia juga merupakan sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik.

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia disalurkan ke dalam susu ibu dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.
Wanita hamil memerlukan hampir 70g protein sekurang-kurangnya untuk sehari.



B-COMPLEKS

~ Vitamin b complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin b iaitu B1,B2,B6,B3,B5,BIOTIN, B12 dan Asid Folik. Vitamin B sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolic.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh . ia juga dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Proses memasak terlalu lama boleh menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitaminnya.

Vitamin b complex bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak dan malangnya kebanyakkan ibu-ibu yang berpantang tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh berpantang.


Vitamin c plus

~ vitamin c sangat penting untuk kesihatan. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit dan pemulihan kecederaan yang lambat serta kulit mudah kering serta kasar.

Ibu yang tidak cukup vitamin c akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan. Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Seperti vitamin b, vitamin c juga tidak disimpan didalam badan dan perlu diambil setiap hari didalam pemakanan. Ibu yang berpantang memerlukan lebih kurang 120g vitamin c sehari.


Zink complex

~ zink antara zat yng diperlukan oleh badan. Ia terlibat dalam proses metabolism terutama dalam pembentukan sel-sel  yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang selalunya mudah demam dan mudah diserang pelbagai jenis virus atau bacteria. Zink diperlukan oleh mereka untuk meningkatkan system daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kalenjar thymus yang mengeluarkan T-Cells untuk menentang cancer dan menghalang jangkitan penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak,mengembalikan tenaga akibat kelesuan semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.

Zink sangat membantu wanita didalam pantang untuk proses penyembuhan luka diluar dan didalam badan akibat proses bersalin.
Wanita yg sedang berpantang memerlukan sekurang-kurangnya 12~20mg zink sehari.


Ostematrik

~ Ialah sumber kalsium yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk dirinya dan juga bayi yang disusukan.
Kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan.

Suplemen kalsiumdapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika berbaring dan tidak aktif semasa pantang.dimana kita tahu wanita yang berpantang tidak banyak bergerak dan lebih banyak berbaring saja.

Kalsium juga sangat penting intuk memperbaiki fungsi saraf bagi megelakan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka disamping mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Wanita yang menyusukan bayi memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg hingga 1500mg dalam sehari.


Vitalea

~ adalah multivitamin dan mineral dimana setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 23 vitamin dan 7 mineral penting .
Antara vitamin yang terdapat dalam vitalea ialah vita A, vita D , Vita E ,Vita C , asid folik , Iodin , Zat besi , magnesium dan lain-lain lagi.

Zat besi sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah.Oleh itu ia sangat penting untuk ibu yang berpantang bagi memberikan tenaga semasa pantang.

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25~27mg zat besi sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan hilang focus atau mudah stress.


Alfalfa

~ Dihasilkan dari tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat didalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin,asid amino,klorofil,serat,15 zat galian, 10 vitamin , 8 enzim dan fitokimia.

Alfalfa membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh akibat proses semasa bersalin dan membantu wanita yang bersalin dalam proses pemulihan rahim.

Ia juga membantu melegakan keletihan akibat proses semasa bersalin.
Bagi ibu yang menyusukan bayinya semasa didalam pantang ,Alfalfa membantu mengaktifkan kalenjar susu bagi pengeluaran susu yang banyak.Ia merangsang mempercepatkan penghasilan susu ibu dan juga mengawal pergerakan usus.


Lecithin

~ diEkstrak dari kacang soya non-Gmo, setiap kapsul mengandungi lecithin soya termasuk 80gm kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh badan akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu.

Lecithin membantu memecahkan lemak dan kolestrol bagi ibu yang didalam pantang untuk kembali kekal langsing selepas bersalin
Selain itu lecithin membantu mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku didalam pantang bagi ibu-ibu selepas bersalin.



Pilihan untuk set berpantang bergantung pada pilihan anda.
Berikut ialah antara pilihan yang boleh anda pilih :


Set Pantang Basic 



Set Pantang Premium




Set Pantang Super Premium

untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya ye.. : 

Tini
Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini




Friday, June 19, 2015

Zat Makanan Penting Semasa Hamil PART 2

Assalamualaikum semua...

alhamdulillah hari ni 2 ramadhan 1436H... syukur masih dapat bersama ramadhan kali ini..

Kali ini sungguh istimewa bagi saya kerana insyaAllah akan berpuasa penuh sempena ramadhan ini dengan usia kandungan saya mencecah 24 minggu pada minggu ni....  Alhamdulillah...

ok kawan-kawan...saya nak sambung berkongsi tentang zat makanan yang diperlukan oleh ibu yang hamil.

Kenapa ibu hamil memerlukan zat yang secukupnya?
Ini adalah kerana untuk pembesaran badan dan otak yang diperlukan oleh bayi dan juga bagi tubuh badan ibu hamil agar kekal sihat sepanjang kehamilan.

Sambungan dari sini ye PART 1 jom kita sambung.....

o  KARBOHIDRAT  o



Karbohidrat berfungi membekalkan tenaga untuk badan sepanjang hari. Jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari ialah sekitar 55% jeperluan tenaga yang boleh didapati daripada sumber karbohidrat. Sumber karbohirat yang penting adalah nasi,pasta,bijirin,roti bijirin penuh, dan kentang.


o  PROTEIN  o

Protein sangat penting untuk sel-sel baru bayi. Lebih kurang 80gm proten diperlukan daripada pelbagai sumber protein yang diambil oleh ibu hamil. 10gm digunakan di keseluruhan waktu trimester pertama. ketika trimester ke 2 10 gm diperlukam setiap minggu ,dan 10 gm setiap hari diperlukan di penghujung trimester kehamilan. sumber makanan ini merangkumi jenis makanan seperti daging , ikan , ayam , telur putih , kekacang dan tofu.


o  VITAMIN C  o

Vitamin c juga dikenali sebagai asid askorbik. vitamin iini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kedihatan gusi , tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh. Ibu hamil dan bayi memrlukan vitamin c mencukupi setiap hari kerana ia penting untuk pembentukan kolagen sebagai komponen tulang rawan,otot,tulang dan kulit.



Berdasarkan kajian , penyelidik percaya bahawa kekurangan vitaminc di kalangan bayi baru lahir boleh melemahkan perkembangan mentalnya. anda boleh memperolehi vitamin c daripada buah-buahn sitrus,sayur-sayuran hijau, jambu batu dan tomato.


o ZAT BESI  o

Ibu hamil memerlukan 30 mg zat besi setiap hari. Zat ini penting untuk membentuk hemoglobin bagi menghindari diri daripada masalah anemia. Tanpa zat besi yang mencukupi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sehingga boleh menjejaskan fungsi organ dan tisu tubuh akibat kekangan oksigen. Keadaan ini turut membahayakan bayi didalam kandungam disebabkan oleh kekurangan oksigen.



Nutrien ini boleh ditemui dalam kebanyakan jenis makanan , namun sumber haiwan(daging) lebih mudah diserap oleh tubuh badan berbanding sumber tumbuh-tumbuhan.( sayur-sayuran)


o  AIR  o

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan tubuh badan agar tidaj dijangkiti penyakit kerana ia boleh memudaratkan bayi didalam kandungan. Oleh kerana itulah, ibu hamil digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam dan selsema.



Adalah sangat penting untuk ibu hamil minum air didalam jumlah dan kuantiti yang mencukupi. Tambahan pula , isipadu darah ketika hamil meningkat secara mendadak. Jadi dengan meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari turut boleh mengelakkan masalah-masalah berbangkit seperti dehidrasi dan sembelit.



~ kajian : 56% orang dewasa mengambil suplemen tambahan untuk memenuhi keperluan makanan seharian.


Vitamin-vitamin diatas boleh juga didapati didalam bentuk suplemen.
Bagi ibu hamil keperluan zat -zat ini sangat penting ,anda boleh memilih untuk mendapat sumber vitamin tambahan daripada suplemen untuk melengkapkan zat-zat yang diperlukan untuk bekalan tubuh anda dan juga bayi...


Antara vitamin shaKlee yang dicadangkan untuk ibu hamil :



untuk maklumat lanjut tentang set ibu hamil boleh hubungi saya :

tini

Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini

# sumber rujukan > Pa&ma , Google



Wednesday, June 17, 2015

Tips untuk kecantikan

Assalamualaikum semua...

sempena promosi set kecantikan shaklee bulan ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk  semua.

Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.

Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.



Bagi mereka yang sukakan secara semulajadi atau remedi boleh amalkan petua-petua dibawah ini..

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.




Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.



Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.



Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.



bagi mereka yang kurang rajin untuk menggunakan kaedah semulajadi boleh saja mengamalkan pengambilan supleman shaklee ini yangpastinya semulajadi,berkesan dan halal.
yang penting pengambilan yang konsisten akan memberi kesan yang lebih baik.



Daripada makan,  suplemen tersebut juga boleh dibuat masker. jadi anda akan jimat dan untung berganda.



selamat mencuba ya kawan-kawan.

berminat hendak tau lanjut tentang suplemen shaklee boleh hubungi saya ye :


tini
Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini





Sunday, June 7, 2015

Zat Makanan Penting Semasa Hamil PART 1

Assalamualaikum semua...

Mengandung kali ini membuatkan saya lebih banyak mencari informasi tentang zat-zat yang sangat perlu diambil oleh ibu semasa hamil. Bukan hanya untuk kandungan saya tetapi untuk tubuh badan saya agar kekal aktif dan sihat sepanjang kehamilan untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak yang lain..

Jadi jom sama-sama kita tambah input tentang ini...

ZAT-ZAT YANG PENTING

o   DHA   o


kajian menunjukkan Omega-3 seperti DHA banyak ditemui didalam otak,saraf dan retina.Oleh itu, ia dipercayai membantu perkembangan otak dan mata bayi maupun kanak-kanak.
Jika anda memperolehi bekalan DHA yang mencukupi pada peringkat akhir kehamilan, anda akan melahirkan bayi yang memiliki status DHA yang baik.
       Kajian turut menunjukkan kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil supleman DHA semasa hamil dan ketika menyusukan,menunjukkan prestasi kognitif san keputusan ujian IQ yang lebih berbanding kanak-kanak yang mana ibunya tidak mengambil suplemen DHA.
       Antara lain suplemen omega-3 dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.malaj pengambilan DHA turut digalakkan kepada anda yang merancang untuk memiliki anak melebihi daripada seorang. Hal ini kerana kajian membuktikan kelahiran yang ramai menjejaskan tahap DHA tubuh ibu dan merencatkan status DHA anak yang dilahirkan.Omega 3 boleh didapati daripada minyak ikan , kacang walnut dan lain-lain lagi.



Jadi disarankan ibu hamil mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA asid lemak omega-3 setiap hari. Supplemen yang dicadangkan oleh saya dan saya amalkan ialah OMEGA GUARD SHAKLEE.


o   PROBIOTIK   o

Bakteria hidup bermanfaat kepada kesihatan kerana didalam usus, probiotik menghasilkan enzim dan vitamin B tertentu.Pengambilan suplemen probiotik yang berkualiti tinggi berupaya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien serta dapat mencegah sembelit dan radang usus.keberkesanan probiotik untuk  sistem imunisasi berjaya dibuktikan menerusi jakian ke atas bayi dan kanak-kanak.
     Probiotik tidaj sahaja bermnafaat untuk usus anda,malah berguna dalam mencegah penyakit urogenital seperti jangkitan saluran kencing ketika hamil. Jenis-jenis bakteria yang digunakan untuk menangani jangkitan saluran kencing,yis dan kulat adalah Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillys Reuteri RC-14. Untuk pengetahuan anda, suplemen probiotik adalah selamat untuk diambil dalam jangkkka masa panjang.



o  ASID FOLIK   o

Ia penting dalam pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yang mengangjut oksigen je sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf( NTD).Ibu hamil disarankan mengambil 400-600 mcg asid folik sehari.
ia boleh didapati daripada sayur berdaun hijau dan kekacang.ketahuilah pengambilan suplemen folat sebelum dan semasa 2 bulan pertama kehamilan dapat memberi perlindungan kukuh terhadap kecacatan tiub saraf seperti Spina bifida.



o   KALSIUM DAN VITAMIN D   o

bagi perkembangan tulang dan gigi yang sihat,pengambilan vitamin D dan kalsium patut diberi perhatian sewajarnya. Vitamin D boleh diperolehi daripada cahaya matahari,susu dan produk tenusu. Fungsinya ialah membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.
     Disebabkan keperluan kalsium bayi meningkat, ibu hamil perlu menambah pengambilan kalsium harian bagi mencegah kehilangan kalsium daripada tulang.Kalsium pula boleh diperolehi daripada susu, produk tenusu , bayam ,tofu,ikan bilis dan ikan sardin. Ibu hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya 1000-1200mg kalsium sehari.



Sampai sini dulu untuk kali ini...saya akan bersambung untuk part 2 nanti ok.InsyaAllah..

Sambungan nya di sini --> PART 2







Friday, June 5, 2015

Kenapa perlu Detox?

Assalamualaikum semua.

moga kalian sihat dan sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t..insyaAllah..

kawan-kawan tahu tak apa itu detoks?
bagaimana kita hendak buat detoks ni?
dan apa kepentingan detoks untuk tubuh badan kita?

ok hari ini santai-santai kita sembang tentang detoks ok..
moga sama-sama boleh tambah pengetahuan tentang ilmu ni..



Apa itu detoks?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Antara tanda-tanda toksin banyak didalam badan kita :
  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Bagaimanakah cara untuk kita detoks?

banyak cara untuk diamalkan bagi kita mendetoksifikasikan toksin dalam badan kita..antara yang boleh kita amalkan adalah :


  • Banyakan minum air masak 
  • Makan makanan yang berserat
  • elakkan pengambilan alkohol
  • Makan mengikut masa yang ditetapkan
  • Mengamalkan pengambilan protein yang sihat
  • menggelakkan pengambilan gula yang berlebihan
  • Mengamalkan olahraga atau senaman setiap hari.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat dan barang-barang yang segar.
  • Mengamalkan tidur secara sihat dan cukup.


selain itu pengambilan suplemen tertentu juga membantu kita untuk detok hati,usus dan darah kita.
pengambilan supleman dengan konsisten turut membantu kita untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa.

Antara suplemen dari shaklee yang membantu untuk detoks ini seperti :


Herblax - sangat sesuai membantu untuk detok usus kita yang semakin sempit akibat dipenuhi tempelan-tempelan kolestrol maupun lemak didinding usus.



Alfalfa- sangat bagus untuk mendetokkan darah kita. jika anda mempunyai resdung dan asma, alfalfa sangat mebantu dalam membersihkan darah-darah kotor tersebut.


Dtx complete - Membantu mendetokkan hati.


Detoks sangat penting bagi mereka yang ingin kurus dan kurangkan kolestrol dalam badan.
Untuk kurus dan membuang lemak proses pertama yang harus dilakukan adalah detoks.
jadi jika kaedah detok yang betul diamalkan, anda akan cepat mendapat berat yang diimpikan tanpa komplikasi pada kesihatan organ-organ dalaman anda.

jadi moh amalkan kehidupan yang lebih baik dengan mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat...


untuk maklumat lanjut mengenai supplement di atas boleh hubungi saya:

tini

Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini