Monday, September 14, 2015

projek ktt shaklee

assalamualaikum

projek baru yang dilancarkan oleh master-master group shaklee saya sangat menerujakan saya..
insyaAllah akan tetapkan momentum dan hala tuju dengan lebih baik..

don't talk too much, just do it..

#korang tau tak..






Tuesday, September 1, 2015

8 Cara untuk mengatasi stress





Stress adalah salah satu punca bermulanya semua penyakit. Antara sedar dan tidak sedar stress mempengaruhi kehidupan harian setiap insan jika tidak diatasi dengan perkara-perkara yang boleh menghindarinya dari berterusan.

Berikut ialah sedikit perkongsian cara untuk mengatasi stress.. ;

1.bersukan/Melakukan senaman
   Kita boleh pilih senaman atau pun sukan yang kita minati
   bagi menenangkan jiwa kita. Namun pastikan sukan yang  dipilih bersesuaian dengan umur dan keadaan kesihatan diri kita.

2.Berseronok
   Dalam erti kata lain kita menikmati kehidupan dan suasana disekeliling kita dengan berseronok dan take advantage dari apa yg ada disekeliling kita. Contohnya : menikmati suasana
bersama anak-anak dengan bermain atau menemani mereka bermain.

3. Pilih reaksi yang positif
    Cuba bertenang disaat didatangi stress dan pilih reaksi untuk tersenyum bagi menghadapinya.walaupun terdengar seperti susah untuk melakukan cuba dulu ambil reaksi begitu.anda akan rasai kesannya...

4. Bertenang/berehat secukupnya
    Ambil masa untuk diri bertenang dan berehat . Bila terlampau stress badan akan terasa sangat penta begitu juga dengan otak. Jadi ikhtiarkan untuk diri agar boleh rileks seperti mendengar lagu atau zikir.

5. Tidur secukupnya
     Tidur yang berkualiti sangat penting untuk memberi impak positif pada badan dan minda yang positif untuk berfikir. Jadikan amalkan untuk tidur seawal mungkin dan tidur dalam lingkungan 6-7 jam sudah mencukupi untuk diri kita.

6. Bernafas dengan betul
    Mengamalkan pernafasan yang betul membantu mengurangkan stress . Saat- saat didatangi stress cuba tenangkan diri dan tarik nafas berulangkan kali bagi meredakan perasaan tersebut.

7. Risau....tapi hanya untuk 10 minit shj
    Jika anda rasa risau..fikirkan dalam 10 minit pertama shj.
Selepas itu buangkan jauh-jauh dan ambil positif dari pelbagai sudut  dari perkara tersebut.

8. Letakkan didalam pelbagai perspektif
    Hadapi masalah yang membuatkan anda stress dan letakkan ia didalam pelbagai sudut yang positif yang boleh anda ambil kira.


Semoga tip diatas membantu anda menghadapi keadaan dan suasana yang me!buatkan anda stress.

Dari segi supplement juga ada yang boleh membantu anda untuk merembes enzim-enzim dan memberikan anda perasaan rileks..

B compleks sangat membantu bagi mereka yang sering kali menghadapi stress ditempat kerja maupun di rumah..
InsyaAllah kita hanya berusaha untuk lebih tenang bg menghadapi masalah-masalah dom kehidupan diri kita.

Selain itu mendekatkan diri kepada Maya Pncipta adalah salah satu jalan untuk memberikan diri kita tenang.



   


Monday, July 20, 2015

Tip di saat terperangkap dalam 'jem'

Saat pulang di musim perayaan kita akan menghadapi pelbagai situasi terutama ketika di lebuhraya.
Samada ada s3masa pulang ke desa atau kembali ke bandaraya,dua-dua situasi ini perlu kita ambil kira..

Apa yang saya ingin kongsikan ialah beberapa tips yang seharusnya semua keluarga ambil kira  terutama yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia lingkungan 1-ke 6 tahun.

Antara tips nya ialah...

1. Pastikan saat bertolak dari desa maupun dari bandaraya ke destinasi yang dituju ,anak-anak didalam keadaan yang sudah bersih dan bersedia untuk menghadapi long journey ..
- maksud bersih tu anak-anak dah mandi dan berpakaian yang sepatutnya.

2. Bekalan makanan dan minuman didalam kereta mencukupi untuk semua ahli keluarga.Bagi anak yang menyusu,susu dan botol susu tersedia rapi berhampiran ibu dan bayi. Bagi anak-anak yang lain makanan seperti roti dan air masak sedia ada berhampiran agar mudah untuk dicapai bila saat- saat mereka mula lapar.

3. Pasang lagu-lagu yang menenangkan hati pemandu dan seluruh ahli keluarga didalam kereta seperti bacaan zikir,bacaan ayat suci al -quran dan nasyid atau yang seumpama dengannya.

4.Adakan sesi game mudah didalam kereta seperti teka teki agar dapat menghilangkan rasa bosan seluruh ahli keluarga.
Yang ini haruslah bersesuaian dengan umur seluruh ahli keluarga agar semua dapat mengambil bahagian bersama.

5. ' Sing together' boleh juga menghilangkan kebosanan terlampau saat terperangkap dalam kes3sakan dimusim perayaan ini. Sama ada bersama -sama mengalunkan zikir atau nasyid maupun lagu-lagu yang berunsur nasihat ia dapat mengelakkan pemandu dari mengantuk.


Itu saja tips yang saya rasa sangat  berguna disaat terperangkap dlm kesesakan di high way . Jika anda ada tips lain diharap sudi berkongsi bersama dengan saya.
Semoga ia berguna untuk anda..
......
Dengan ingatan tulus ikhlas ...


Wednesday, July 8, 2015

Pilihan set untuk kurus , Segak dan Anggun Bergaya

Mencari set kurus yang sesuai dengan diri dan badan perlu banyak servey dan banyak perkara perlu diambil perhatian.

Antara yang perlu diambil perhatian ialah 

  • tentang cara pemakaian, 
  • cara pemakanan , 
  • kandungan dalam setiap pil kurus ,
  •  kesan dan tindak balas dari set kurus  tersebut 
  •  banyakkan membaca testimoni dari set kurus tersebut.
Semua perkara di atas perlu diambil serius agar tidak terjadi masalah dikebelakang hari yang menyebabkan masalah kesihatan dan risiko-risiko yang kita tidak ketahui terutamanya berkaitan dengan organ dalaman kita.

Set kurus dari shaklee atau Fitness set Shaklee adalah dari bahan semulajadi , halal dan selamat serta dikaji oleh lebih 1000 orang saintis. Fitness set shaklee mengandungi 5 item vitamin :

1. cinch Shake
2. Cinch tea Mix
3. Vitalea
4. Lecithin
5. Herblax




hasil kajian dari pengguna yang telah menggunakan set fitness ini selama 3 bulan menunjukkan purata berat  badan yang hilang selepas mengamalkan set fitness ini. 



 carta menunjukkan purata berat lemak yang hilang dalam masa 3 bulan mengambilan Set Fitness.


Bagi menurunkan berat badan dengan cara yang betul perlu dielakkan untuk kehilangan otot yang melampau.  Jadi untuk menghasilkan otot protein sangat diperlukan.Pengambilan protein yang baik akan memudahkan proses diet tersebut.




CINCH SHAKE
- dihasilkan oleh 16 gram protein soya non-gmo setiap hidangan untuk rasa         kepuasan dan kenyang.
- mempunyai pilihan perasa yang disukai iaitu Vanilla, Choco dan Latte.
- Cinch shake tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ia akan menyebabkan kehilangan protein dalam cinch tersebut.
- Cinch shake diperkaya dengan rumusan khas "leucine"
-kenapa leucine penting dalam diet seharian?
  -> leucine membantu dalam mengekalkan jisim otot serta membantu otot              menggunakan glukosa sebagai bahan api.


CINCH ENERGY TEA
-  mengandungi 3 jenis teh iaitu teh putih , teh merah dan teh hijau matcha eksotik.

                                


 Antara kebaikan cinch tea ialah 
  • membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
  • mengurangkan gula dalam darah
  • baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit-birit
  • mengurangkan kolestrol




VITALEA
- merupakan miltivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin yang akan membantu melengkapkan keperluan sel-sel dalam badan ketika proses diet.
- dengan pengambilan vitalea sepanjang proses diet ia akan membantu mengelakkan anda merasa letih dan kehilangan tenaga yang terlampau .



- Vitalea melengkapkan keperluan nutrisi dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.


LECITHIN
-  dihasilkan dari kacang soya yang kaya dengan kolin.
-  Dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan mencegah lemak dari melekat pada dinding sel .
- lecithin membantu mengelakkan lemak terkumpul daripada sel-sel badan jika diambil sebelum makan.
- lecithin menyolong kesihatan kardiovaskular
- ia juga menyokong kesihatan otak, meningkatkan ingatan dan menyerap nutrien larut lemak.


HERBLAX

- dihasilkan dari 9 jenis ekstrak herba. 


- fungsi herblax sebagai julap membantu mengelakkan sembelit dan membantu membersihkan usus besar.
- ia juga membantu proses detox dan pembuangan toksin didalam badan kita.
- pengambilan yang konsisten membantu untuk mengempiskan perut dan mengembalikan usus menjadi lebih sihat. 




Pengambilan yang konsisten set ini membantu anda untuk kurus namun untuk lebih cepat penurunan berat badan anda perlu mengamalkan seperti tip ini.


Bagi mendapatkan hasil yang diidamkan dari pengambilan set fitness ini,pengambilan secara betul untuk setiap vitamin dan perlu diberi masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk melihat hasil sebenar.


Anda boleh mendapatkan set ini dengan harga YES pack yang berbaloi dengan mendaftar sebagai SID dengan hanya rm69 dan anda jimat sebanyak 5% dari harga set tersebut dan akan mendapat PERCUMA vitalea -multivitamin yang berusia 100 tahun sah sehingga oktober 2015.
untuk mengetahui lanjut anda boleh hubungi :

Tini
Sid  Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini





Tuesday, July 7, 2015

Tip untuk kurus , sihat dan anggun di pagi raya..

assalamualaikum....dah masuk fasa ke tiga ramadhan.
saat-saat ini adalah waktu yang afdal untuk memantapkan momentum ibadah dan berdoa memohon apa saja yang kita hajatkan...InsyaAllah..

Saat-saat Hampir nak raya ni ramai pstinya ingin kelihatan sihat, kurus dan anggun bergaya di pagi rayakan, betul tak?

disini saya nak kongsikan sedikit tip yang berguna agar boleh diguna pakai untuk semua ,InsyaAllah.

Walau bagaimana pun semua tip dibawah ini perlu diamalkan dalam masa kurang 10 hari lagi sebelum menjelangnya aidilfitri , jadi untuk itu anda perlu konsisten mengamalkan nya InsyaAllah..


Tip ini dikongsi oleh pakar nutrisi Shaklee dan pakar fitness..

1) Lakukan senaman ringan mengikut rutin setiap hari . 
    Kata Kevin azhari " mengamalkan senaman   Intensif rendah ( heart rate slow jog atau brisk walk)1 jam sebelum berbuka adalah waktu terbaik untuk bakar lemak".
    Walau bagaimanapun pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan             orang sebelah tanpa rasa tercungap-cungap.

2) Mengamalkan pemakanan yang sihat saat-saat berbuka dan bersahur.
   - Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak ,kolestrol yang tinggi dan kafein.
     Mengamalkan pengambilan jus buah-buahan,sayur- sayuran dan memilih cara masakan makanan yang sihat akan  membantu anda mengurangkan berat badan anda sepanjang ramadhan ini.




3) Mengambil supplemen.
    - mengambil supplemen membantu melengkapkan nutrion yang tidak lengkap dan yang kita tidak dapat perolehi dari pemakanan seharian kita. Jadi suplemen yang diambil membantu melengkapkan sel-sel yang perlu didalam badan dan seterusnya memberi tenaga serta kesihatan imun badan kita.
  


 Moga tip diatas berguna untuk anda. Diharapkan boleh terus diamalkan walaupun badan anda sudah kurus dan mencapai berat ideal yang diidamkan. Pastikan anda tidak menggunakan diet yoyo kerana ia akan meningkatkan lagi kadar kenaikan berat badan anda tanpa anda sedari...
Apa itu diet yoyo?
nak tahu klik di sini ye...

ok berjumpa lagi di lain entry ye..
selamat berpuasa dan menambah ibadah di penghujung ramadhan...


Friday, July 3, 2015

Anak syurga menjadi impian.

Alhamdulillah...syukur bila mendengar khabar adik ipar saya mengandung..alhamdulillah..
sebagai kakak , saya turut tumpang gembira bagi pihak mereka. 

Bagi mereka pula tentunya amat gembira dan begitulah setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga , berita tentang kehamilan akan membuat kegembiraan ini  tersebar ke dalam seluruh ahli keluarga mereka terutama pada ibu bapa yang bakal bergelar datuk dan nenek nanti...

Bagi mereka yang sudah lama mendirikan rumah tangga berita ini kadang-kadang turut mencuit rasa hati mereka. Alangkah indah jika mereka yang telah berusaha lama turut mendapat khabar berita gembira itu.

                                          

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu kenapa segelintir mereka diuji dengan sebegitu.
InsyaAllah hanya kunci kesabaran dan tanpa mudah putus asa sebagai tali harapan mereka yang tidak putus-putus berusaha...


Banyak faktor menyebabkan ketidak suburan pada pasangan yang telah lama berkahwin. Samada isteri atau suami yang mempunyai masalah atau kedua-duanya sekali.

antara faktor ketidak suburan ini berpunca dari :

bagi isteri 


  1. ENDOMETRIOSIS
  2. KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
  3. HORMON DAN HAID
  4. FIBROID
  5. SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
bagi suami 
  1. KEKURANGAN SPERMA
  2. SALURAN AIR MANI TERSUMBAT



Untuk mengatasi masalah ini ,setiap pasangan diharapkan mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengelakkan beberapa perkara seperti

  • Stress - kurangkan memberi tekanan kepada sesama sendiri bagi meringakan masalah.seharusnya setiap pasangan perlu memberi sokongan diantara satu sama lain.
  • Menggelakkan makanan rapu - Makanan rapu ialah makanan yang tinggi MSG dan sangat tidak menyihatkan serta tidak membantu dalam meningkatkan kesuburan
                                                          


  • Amalkan cara hidup sihat- setiap pasangan disarankan mengamalkan pemakan yang sihat dan mengikuti program diet yang disarankan oleh doktor bagi memudahkan proses untuk hamil.                  
  • Tingkatkan sistem imuniti diri - pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk meningkatkan kesuburan samada dengan dengan cara mengambil vitamin-vitamin tambahan yang bersesuaian bagi meningkatkan kesuburan.
                        


Seperti kata seorang daktor Pakar Sakit Puan dibawah



Ada antara pasangan yang mencuba set kesuburan shaklee telah mendapat khabar berita gembira buat mereka.. hanya satu kata keramat dari saya iaitu konsisten pengambilan set yang dicadangkan akan membuahkan hasil seperti yang mereka inginkan InsyaAllah..

Testimoni pertama

                                          
Testimoni kedua

                                           

Set kesuburan ini disarankan diambil oleh suami dan isteri bagi membaiki sel-sel dalam badan dan kitaran haid serta meningkatkan kesuburan kedua-dua pasangan.


VITAMIN YANG DICADANGKAN

Untuk isteri:
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Complex.

Untuk Suami:
Vitalea, B Complex, Vita C , Vita E dan Zinc Complex.

                                          

Antara kebaikan zink bagi lelaki


manakala kebaikan GLA complex bagi wanita



jadi bagi mereka yang ingin mencuba set kesuburan ini boleh hubungi saya dan dapatkan konsultasi secara percuma dari saya , insyaAllah...

 Hubungi saya :
Tini
Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini






Impian menjadi kenyataan ...Amalkan tip ini insyaAllah..

Assalamualaikum...alhamdulillah kita berada di penghulu segala hari di 16 ramadhan 1436 H.
moga beransur-ansurnya fasa ke dua ramadhan ini pergi dengan meninggalkan iktibar dan peringatan buat kita..

sesungguhnya doa-doa di bulan ramadhan ini sangat mustajab dan minta lah bila masa dan di mana saja apa yang anda impikan dan apakah yang diharapkan oleh anda.. tak perlu sebenarnya nak berdoa kn ada ditikar sembahyang...dimana-mana yang terlintas dihati anda tentang hasrat hati teruskanla doa anda ...sesungguhnya Allah Maha Mendengar , Maha Melihat dan Maha Mengatahui apa yg terdetik di hati kita.. insyaAllah moga impian dan hasrat kita akan termakbul...

bila bercerita tentang impian ni...tentunya semua orang ada impian kan.?
begitu juga bagi mereka yang sudah lama berumah tangga ,tentunya mengimpikan suara-suara ahli Syurga di kediaman dan disisi mereka...
sesungguhnya setiap ujian Allah beri pada hambanya bersesuaian dengan tahap iman mereka jadi jangan cepat mengalah dan teruslah berusaha mencari penawar dan teruslah berdoa..kerana Allah amat suka hambanya yang sering berbicara denganNya..




WAduhhhhhhhh...panjangla mukadimah ni..iyelah kan kadang-kadang terusik dijiwa saya bile bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama berumah tangga namun masih belum ada waris mereka...


moga tip yang saya ingin kongsikan ini berguna untuk semua ye.. dan sampaikan juga pada mereka-mereka diluar sana..insyaAllah ...moga bermanfaat..

Bagi pasangan yang berumur 20 an yang telah lama berumah tangga yang belum ada waris bermula di tahun ke 2 perkahwinan dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan manakala bagi mereka yang berusia 30an dinasihatkan untuk membuat rawatan kesuburan bermula lebih awal di thn pertama usia perkahwinan mereka..


apa yang perlu dibuat?

Langkah-langkah untuk rawatan kesuburan :

1. Setiap wanita @isteri perlu tahu masa kesuburannya, jadi melakukan hubungan kelamin dimasa kemuncak kesuburan boleh meningkatkan kebarangakalian untuk mengandung.

2. Mendapatkan nasihat doktor puan bagi mendapatkan rawatan ubat kesuburan seperti clomiphene dan Ganodotropins  adalah langkah awal sebelum melakukan rawatan yang lebih canggih. Bagi masa untuk ubat kesuburan ini bertindak baru melakukan kaedah yang lain.

3. Jika pemeriksaan telah dibuat keatas isteri dan mendapati terdapat cyct dan masalah tiub falloppian tersumbat. Lakukan dahulu pembedahan minor ini.

4. Melakukan kaedah IUI iaitu satu kaedah yang membantu sperma suami untuk sampai kepada telur isteri. Ini berikutan sperma suami mempunyai kuantiti yang rendah dan lemah.

5.  Doktor akan menyarankan kaedah ART iaitu teknologi bantuan reproduktif apabila penyelesaian yang diatas gagal bagi anda dan pasangan anda. Kaedah ini lebih berteknologi tinggi dan mahal iaitu antaranya IVF (  In vitro Fertilization) , ICSI (  intracytoplasmic sperm injection) dan GIFT (  Gamate intrafallopian Transfer )


walaubagaimana pun langkah-langkah ini perlu diambil dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan memerlukan kos kewangan yang tinggi.


Selain itu amalan tradisional dan doa-doa juga boleh diamalkan bagi pasangan tersebut.

Dalam perubatan tradisional terdapat herba-herba yang boleh membantu merawat masalah tidak mendapat zuriat ini bagi suami dan isteri..

Rawatan herba bagi isteri :

  • akar pokok tunjuk langit dimakan bagi yang mempunyai masalah rahim
  • secekak akar semalu kering direbus dan diminum airnya bg ubati kemandulan wanita.
Antara rawatan herba untuk si suami :
  • campuran buah badam,susu cair, telur kuning, madu dan halba( dimasak ,dikisar dan diminum suami dan isteri)
  • Digalakkan suami dan isteri makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman.

  • Air kunyit dicampur  dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung ( dimkn setiap pagi)

walau bagaimanapun dinasihatkan agar bertemu dengan mereka yang lebih arif tentang rawatan tradisional ini adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan secara ini..

selain itu boleh diamalkan doa-doa yang berkaitan...

Antara amalan yang boleh diamalkan : 

amalkan selepas  fajar atau solat subuh ;
  • Baca Bismillah sekali
  • selawat keatas Nabi 3x
  • setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • dalam sujud itu mohonlah pada Allah hajat kita;
        cth " Ya Allah kurniakan kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh 
                yang Engkau berkati didunia dan akhirat ".
  • kemudian tutup doa ini dengan membaca selawat 3x.
Amalkanlah cara ini baik isteri atau pun suami selama 15 hari dan berterusan dan janganlah sesekali berputus asa. InsyaAllah kita berusaha Yang memberi tetap Dia yang Maha Kuasa.



InsyaAllah moga bermanfaat perkongsian kali ini..








Thursday, July 2, 2015

Jus Anggur yang banyak khasiat...

Kalau sebut pasal anggur ni terbayang dah anggur merah atau anggur hitam bulat-bulat tu..
sejuk-sejuk dikupas kulit terus masuk ke mulut...tapi kalau dah basuh dan direndam air garam terus saja dipetik dari tangkai masuk ke mulut ...aduhhh sedapnya..tambah-tambahan lagi masih sejuk dari peti ais..nikmatnya terasa...haippp...bulan pose dok berangan makanan aje ye... hihihi...

Anggur  mempunyai pelbagai jenis dan bentuk yang hampir sama untuk semua jenis..


buah anggur  mengandungi banyak khasiat ,antara vitamin yang terdapat didalam buah anggur ialah vitamin k,c ,B1, B6 , mangan dan kalium serta kaya dengan antioksidan yang tinggi

Anggur mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu antaranya :
  • agen antioksida yang tinggi
  • melambatkan proses penuaan
  • menyihatkan jantung
  • mencegah  kanser
  • dan banyak lagi.


hari ini saya akan kongsi kan tentang jus merah VIVIX yang mengandungi resveratrol anggur.Resveratrol ini adalah sejenis agen antioksida yang tinggi yang terdapat didalam buah anggur. 

resveratrol banyak terdapat pada kulit buah anggur. Fungsi resveratrol ini adalah untukmengelakkan buah anggur diserang kulat atau fungus. jadi dalam kebanyakan jenis anggur yang ada didunia hanya anggur muscadine yang mengandungi resveratrol yang paling tinggi kerana anggur ini ditanam dikawasan tanah yang lembap.Oleh kerana itu anggur muscadine menghasilkan lebih banyak resveratrol untuk mengelakkan atau melawan fungus dari merosakkan kulitnya..


wahhh..begitu hebat ciptaan Allah ini...patutla anggur muscadine ni mahal ye..
dan ShaKlee sanggup menghabiskan banyak kajian untuk menghasilkan kandungan yang terbaik didalam VIVIX. jadi memang tidak disangkal lagi harga yang tinggi itu berpatutan dengan kandungan VIVIX itu tersendiri.


 Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapatkan khasiat resveratrol yang hebat ini melalui jus merah VIVIX ini.

Antara khasiat yang boleh diperolehi dari jus merah ini ialah :
  • meningkatkan sistem imun badan
  • meningkatkan kesihatan mata
  • membekalkan antioksidan yang tinggi
  • melambatkan proses penuaan
  • mencegah kanser
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan insiden bagi penyakit ALzheimer
  • mengurangkan komplikasi penyakit diabetes
  • menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat Atau jus awek muda.
  • dan banyak lagi.....

siapa yang boleh mengambil jus merah ini?
jus merah ini boleh diambil oleh :
  • pesakit jantung
  • pesakit kencing manis
  • pesakit alzhemir
  • wanita yang ingin kekalkan awek muda
  • Mereka yang ingin sentiasa sihat
  • pesakit buah pinggang bocor 
  • dan yang lain-lain..
apa-apa pun sebelum mencuba atau membeli vivix dapatkan dahulu nasihat dari SID yang terlatih yang sudi memberi info kesihatan dan bimbingan untuk anda ye seperti saya... SID dari PERLIS..

Vivix ini  boleh dibuat minuman berbuka puasa yang mengembalikan tenaga dan khasiat untuk anda? acaner tu?

ok nantikan di episod akan datang ok...hihihihi




sebarang maklumat atau info tentang vitamin boleh dapatkan dari saya ye :

Tini
Sid perlis Anda
Call @sms :0195057535
Wassup : 01120757343
Email: lovetinimade@gmail.com
Fb page : Dunia vitamin Tini